Bab 8

1K 95 32
                                    

No matter how many times you fall backwards always pick yourself up and try again.

Arian tarik sedikit kemeja yang di pakainya. Dikemaskan bahagian kolar dan lengan kemeja itu. Dibuka dua butang teratas kemejanya cuba memberi pengudaraan. Ruangan ini serasa sesak! Mata mata yang memandang buatkan dia rimas! Ikutkan hati memang dia tak akan jejak kan kaki ke majlis perkahwinan Nawra ini. Ya, pujaan hati kekanda Arian dah selamat berumah tangga.

Dengar dari gosip hangat Farraz, Nawra disatukan dengan calon pilihan keluarga. Arian senyapkan saja hal itu walau hatinya sedikit tertanya jika punca sebenar Nawra menolak pinangannya adalah disebabkan dia sudah di satukan dengan pilihan kelurganya. Kecewa? Mungkin ya. Mungkin jua tidak.

"Terjegat dekat sini kenapa? Mari duduk." Farraz tarik lengan sahabatnya itu menuju ke arah satu meja bulat. Mungkin sudah dikhaskan untuk mereka.

"Aku kekok lah, Farraz."

"Tahu. Kau buat tak tahu sudah lah. Tak ada orang tahu lah hal kau dan Nawra ni. Ingat sikit Nawra ni kawan kita. Bahagia dia, bahagia kita." Farraz tolak tubuh Arian ke arah kerusi. Dah serupa jaga budak kecil!

Arian senyap saja. Tak berniat nak menyampuk.

Arian halakan matanya memandang sekeliling. Memerhati manusia manusia yang hadir pada malam itu.

"Ayra Qistina..." Perlahan kedengaran suara Farraz menyebut sebaris nama. Familiar!

Sepantas kilat kepala Arian berpaling. Segera dia rapatkan tubuh ke arah Farraz.

"Tengok!"

"Eh! Kau ni dah kenapa? Ada artis ke?" Farraz jauhkan tubuhnya. Eh! Mamat ni dah kenapa?

"Bukanlah! Nama kau sebut tadi tu? Mana kau tahu nama tu?" Mata Arian meliar tercari cari empunya nama tersebut.

"Nama?" Farraz tayang wajah blur.

"Ya! Nama Ayra tu. Mana kau baca?" Arian semakin menggesa.

"Oh, ni." Farraz capai sesuatu di atas meja. Kepingan kad berwarna putih yang sedikit terlindung di atas kuntuman bunga di atas meja. Di hulur kad tersebut ke arah Arian.

"Nama penghuni meja. Tu macam kau punya." Farraz tunding kembali jarinya ke arah kepingan kad di hadapan Arian.

Arian sekadar mengganguk. Faham. Matanya kusyuk meneliti aksara yang terpapar di atas kepingan kad itu.

Ayra Qistina Binti Ahmad Khalid.

Arian ukir senyuman. Dia pasti ni Ayra yang telah cop dia sebagai perompak! Tapi mana gadis itu? Dan apa hubungan Ayra dengan Nawra?

"Kau senyum kenapa? Kau kenal ke dia ni?" Farraz kerutkan kening. Dah kenapa mamat ni duk senyum.

"Kenal kot. Kau rasa apa dia buat dekat sini?"

"Ish! Tentu tentu lah dia ni kenalan Nawra."

"Tapi Nawra tak kawan dengan orang lain selain kita kan?"

"Lah! Goblok. Dah kalau bukan kawan Nawra dah tentu lah tu kawan suami dia. Kau ni belajar tinggi. Ada master. Tapi benda simple, tak perlu tekan kalkulator pun kau tak dapat solve." Farraz picit pelipisnya.

Arian tersengih. Sedar kecetekan akalnya ketika ini. Kemudian, matanya kembali beralih. Cuba mencari susuk gadis itu.

"Kau ni! Macam kucing hilang anak aku tengok. Cari apa?" Farraz tolak sedikit bahu Arian. Rimas dia lihat lelaki itu asyik tertoleh toleh. Tak sakit tengkuk agaknya.

"Cari Ayra." Selamba Arian membalas buatkan Farraz jegilkan mata.

"Weh! Dia tu siapa?" Ditarik bahu Arian agar berpaling ke arahnya.

"Dia tu-" Terhenti kata kata Arian. Membulat matanya. Ayra! Dia tak mimpi. Jelas dengan mata kepalanya sendiri. Ayra dalam busana kurung moden. Simple namun berjaya menarik perhatian mata mata di situ.

"Ayra?"

"Arian?"

Arian tersenyum puas bila Ayra ingat akan namanya. Dia segera anggukkan kepala dengan senyuman.

"Awak-"

"Kau-"

Bicara mereka serentak buatkan kedua dua mereka terdiam. Arian senyum janggal. Ayra pula sudah meramas beg tangan milikya.

"Kau dulu-"

"Awak dulu-"

"Ah! Cukup! Biar aku cakap dulu!"

Pft! Farraz si pengacau sudah mari!

Arian jeling lelaki itu dengan pandangan ak puas hati! Sibuk saja lah!

"You ni siapa? You kenal Arian ke?"

What the hell?

Arian rasa nak tergelak saja sekarang ni. Sejak bila Farraz ni jadi mat romeo? You, you bagai?

"Uh! Saya..." Ayra ketap bibirnya. Kekok. Lelaki ini siapa sebenarnya? Lihat dari pakaian, Ayra tahu lelaki ini bukan lelaki biasa. Pasti usahawan juga. Macam mana kalau dia salah beri jawapan?

"Ayra ni kawan aku." Arian segera berikan jawapan. Kasihan dia lihat wajah Ayra.

"Oh... Nawra tu kawan you ke? Eh! Arian! Asal kau ada kawan lain aku tak tahu? Kau menduakan persahabatan kita!"

"Kepala hotak kau!" Arian ketuk kepala Farraz. Semoga berhubunglah sel sel otak lelaki itu.

"Eh, tak. Saya tak kenal Nawra tu siapa. Saya datang atas jemputan pengantin lelaki." Sebelum keadaan jadi lebih teruk baik Ayra cepat cepat jernihkan keadaan.

"Oh..." Arian dan Farraz menggangguk serentak.

"Farraz, kau tukar tempat duduk dengan aku." Belum sempat otak Farraz nak proses arahan Arian, tubuhnya sudah di tolak ke kerusi milik Arian. Baru dia hendak protes, Arian sudah selamat duduk di kerusinya. Arian jegilkan mata seolah olah sedang beri ugutan maut pada Farraz. Ayra pula terus duduk di sebelah Arian.

"So..."

Ayra jongketkan kening. Dia capai cawan di hadapannya sebelum diteguk sedikit. Lega tekak saat air lalu di tekaknya.

"Kenapa kau tak call aku?" Rendah saja nada suara Arian buatkan mata Farraz terbeliak! Oh, tidak! Sejak bila lelaki sedingin Arian gunakan nada rendah bila bercakap?

Uhuk! Farraz buat buat batuk sebelum tayang sengihan tak bersalah. Dia kena pasang telinga tau! Dia kena hantar laporan dekat Umi! Gempar gempur!

"Hm, saya call awak? Untuk apa?" Ayra garu kening lebat miliknya. Dah kenapa pula dia nak call anak teruna orang? Buat malu saja!

"Oh, ya tak ya juga." Arian termalu sendiri.

"Hm, awak datang tengok siapa kahwin?" Ayra ajukan soalan pula kali ini. Dah macam berjodoh pula mereka ni terserempak dekat majlis macam ni.

"Tu kawan aku." Arian tunding jari ke arah pasangan pengantin di atas pelamin itu. Bibirnya mengukir senyuman pahit. Ayra angguk sedikit sebelum dia alihkan matanya. Tak betah melihat kebahagian orang yang pernah dia sayangi.

"Dia lah perempuan yang aku cerita tu."

Ayra rasa macam nak tersedak liur. Arian dengan muka selamba dia. Tak berperasaan sungguh!

"Oh..."

"Kau pula?"

"Tu ex saya." Giliran Ayra pula tunding jari ke arah pengantin lelaki itu.

Arian angguk. Terkejut juga tapi dia tahan saja riak wajahnya. Dua oraang bekas kekasih datang ke majlis pernikahan ex mereka? Wow!

Farraz? Matanya sudah terbeliak! Mulutnya terlopong akibat terkejut! Kepalanya rasa berdenyut.

"Aku masuk alam mana ni?" Farraz picit pelipis sendiri. Tak sampai sejam dia di sini, dah bermacam kejutan dia dapat. Panjanglah laporan dia kena buat nanti.








Kerana CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant