Bab 53

238 24 1
                                    

You need to stop being scared of losing people, let them go and let them leave.

Azan berkumandang buatkan Arian terpisat pisat bangun. Buka saja mata, tubuhnya terus menegak bila menangkap batang tubuh yang selamba duduk di atas kerusi berhadapan dengannya.

"Lifeline!"

Ayra terkebil kebil memandang wajah terperanjat Arian.

"Buat apa dekat sini?" Arian tolak rambut yang jatuh ke dahinya. Tulang belakangnya dah rasa macam badan udang! Lenguh!

"Saya..." Ayra bermain dengan jemari sendiri.

"Anak awak ni!" Perutnya ditunding.

Arian kemam bibir menahan gelak. "Ya, kenapa dengan anak abang?"

"Dia asyik tendang je dari semalam. Saya tak dapat tidur." Ayra mengomel perlahan. Ish! Bukan ni yang dia nak cakap sebenarnya!

"Alahai anak abah ni. Sayang jangan susahkan ibu. Kesian ibu." Arian tunduk menghadap perut Ayra. Satu kucupan singgah di perut itu sebelum dia bangkit dari duduk.

Ayra turut bangkit mengejar langkah Arian yang hendak ke bilik air. "Saya nak tanya sesuatu!"

"After this, lifeline. Kita solat dulu." Arian usap kepala Ayra. Terus saja pintu bilik air dikatup rapat.

Ayra terkebil kebil di hadapan pintu. Tangannya bergerak mengusap perut sendiri.

"Jangan sakiti saya lagi, Arian." Nafas dihela. Ya, peluang akan dia berikan. Sekali lagi. Dia akan dengar semua penjelasan lelaki itu. Harapannya cuma satu.

Perkahwinan mereka perlu diselamatkan. Walau apa sekali pun. Ayra tak kisah. Anaknya berhak dapatkan keluarga yang lengkap.

Ayra duduk di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayra duduk di atas katil. Kelibat Arian yang sejak tadi bergerak ke hulur dan ke hilir memeningkan kepalanya.

"Arian..."

"Sekejap sayang." Arian masih lagi bergerak gerak di hadapannya. Kali ini ada mop di tangan lelaki itu buatkan Ayra picit dahi sendiri.

"Awak dah tukar job ke? Dah jadi cleaner pula?" Tergeleng kepala Ayra. Mana taknya sejak tadi Arian sibuk bersih wad yang dia diami. Bermula dengan sapu lantai dan kini beralih kepada mop lantai! Dah buang tebiat ke apa?

Arian sekadar senyap. Fokusnya masih pada lantai. Bukan apa dia cuma risaukan kebersihan bilik ini. Nanti ada bakteria ke apa? Tak pasal pasal sakit Ayra jadi berlipat kali ganda.

"Awak kata nak jawab soalan saya!" Ayra tahan amarah. Berdongkol rasa geramnya saat ini.

"Ya, sekejap." Arian selesaikan tugasnya. Baldi dan mop diletakkan semula ke dalam tandas.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now