Bab 49

379 31 3
                                    

Why waste your time and emotions getting hurt by someone when there's still many people out there can make you happy.

Tubuh Ayra yang sedang duduk berhampiran meja makan dirapati. Dari jauh mata Arian sudah menangkap segelas susu di hadapan Ayra. Ada beberapa pil ubat yang Arian sendiri tak tahu untuk apa.

"Lifeline..."

Ayra berpaling. Dia lihat ada Arian yang sedang merapati. Berdiri beberapa langkah dari kedudukannya. Tak membalas Ayra kembali menoleh.

"Duduklah." Hanya itu yang terluah sebelum Ayra meneguk susu dari gelas.

"Buat apa?" Arian labuhkan duduk di sebelah Ayra. Pil ubat ditarik merapatinya. Di baca satu persatu. Tak lama kemudian dia mengangguk. Ada beberapa pil yang besar kemungkinan di bekalkan oleh pihak hospital untuk ibu mengandung. Ada juga yang berkemungkinan Ayra beli sendiri. Muda kata, supplement tambahan.

Melihat kebisuan Ayra, Arian ukir senyuman pahit. Matanya menilik wajah Ayra. Terlalu rindu. Seminggu mereka berpisah jarak. Dan sudah lebih sebulan perang dingin berlaku.

Mata Arian turun memandang satu kain yang ada di riba Ayra. Di tarik sedikit kain tersebut sebelum dia ukir senyuman lucu.

"Curi baju abang lagi? Berapa banyak baju yang sayang bawa?" Arian tahan tawanya dari terlepas. Hatinya rasa sedikit tercuit melihat tangan halus itu menggenggam erat baju miliknya.

Ayra tak membalas. Namun, jarinya naik menunjukkan angka tiga. Ya, dia ada bawa beberapa helai baju Arian. Buat bekal rindu. Lagi pula alahannya hanya akan berkurang dengan menghidu wangian pada pakaian Arian. Namun, lihat saja wajah dan dengar suara Arian alahannya seakan akan hendak meletup.

"Lifeline..."

"Boleh tak awak berhenti bercakap." Ayra memotong perlahan sambil jemarinya naik mengusap dada sendiri. Ada satu rasa yang menyerbu di situ buatkan dia risau andai dia tak dapat menahan rasa itu.

Arian kelu. Dia bungkam. Sampai sebegitu rupa layanan Ayra padanya? Hinggakan wanita itu tak mahu adanya perbualan antara mereka berdua.

"Ayra, abang-"

"Cukup." Serentak itu Ayra bangkit dari duduk. Kedengaran kerusi terseret ke belakang ketika dia menolak kerusi tersebut. Baju Arian di riba ditarik merapat menekup hidung dan mulut sendiri.

"Saya tak nak dengar suara awak. Maaf." Ayra bersiap sedia hendak buka langkah. Baru setapak dia berlalu, lengannya sudah dipaut oleh Arian. Ayra hela nafas kasar. Dia takut andai rasa yang sejak tadi dia tahan terhambur sebentar lagi.

"We need to talk."

"Not now." Ayra menggeleng. Tangan Arian ditolak lembut.

"Ayra, please..."

Ayra pejam mata. Sumpah, rasa yang sejak tadi dia tahan sudah berada di hujung tanduk. Sikit hari kagi pasti akan meletus. Suara Arian seolah olah booster yang meningkatkan kelajuan rasa tersebut. Ayra tarik nafas dalam dalam.

"Abang nak minta maaf..."

Pakaian Arian di tangan di alihkan ke bahu Arian. Disangkut ke bahu lebar itu. Kemudian mata Ayra naik memandang Arian yang sudah terkelu akibat tindakannya.

"Maaf?" Kali ini Ayra bersuara sebelum dia telan kesat air liurnya.

Arian mengangguk. Tubuh Ayra ditarik merapat di hadapannya. Bibirnya turun mengucup dahi itu. Matanya terpejam seolah olah menzahirkan kekesalan di hati. "Abang-"

Bwerk!

Berair mata Ayra melepaskan rasa itu. Tekaknya terasa kelat. Habis dimuntahkan susu yang baru saja dia minum sebentar tadi. Ya, tepat di dada Arian.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now