Bab 11

872 67 3
                                    

Nothing's more dangerous than a person with broken heart and smiling face.

Ayra duduk menonton televisyen. Mulutnya sibuk mengunyah kerepek kentang. Fokusnya bukan pada rancangan yang sedang dia tonton namun sibuk melayang entah ke mana. Dia bah kan tak tahu fikirannya melayang memikirkan hal apa.

"Ayra..." Encik Khalid menyeru nama anaknya. Di tangannya ada dua cawan air. Satu susu dan satu lagi kopi.

"Ayra..." Dia laung nama itu sekali lagi bila Ayra tidak lagi kelihatan. Dia pandang ke arah ruang tamu. Bibir tuanya mengukir senyuman nipis bila Ayra kelihatan leka termenung sambil mulut masih lagi mengunyah kerepek. Geleng. Haih. Apa saja lah yang anak itu fikirkan. Encik Khalid letakkan cawan itu di atas meja. Dia kemudiannya duduk di samping Ayra. Keluhan di lepaskan bila gadis itu masih tak sedar akan kehadirannya.

"Jauh termenung..." Encik Khalid tepuk bahu Ayra buatkan bahu itu terhinjut sedikit. Terkejut.

"Eh, ayah... Mana ada. Leka sangat tengok movie ni." Ayra ukir senyuman.

"Movie?"

Angguk.

Encik Khalid menggeleng dengan senyuman. Sah. Fikiran Ayra dah jauh melayang.

"Sejak bila pula channel National Geographic ni jadi movie?"

Eh!

Ayra toleh pandang televisyen. Di tilik siaran yang sedang terpasang. Kemudian dia sengih. Lah!

"Ayra... Ayah nak cakap sikit ni."

Ayra kerutkan kening. Ni mesti hal serius punya. Dia angkat kaki ke atas sofa kemudian duduk bersila menghadap Encik Khalid menunjukkan yang dia sudah bersedia mendengar.

"Apa dia ayah?"

"Ayah tak paksa Ayra... Ayah cuma beritahu..."

Ayra angguk. Dia senyap menanti Encik Khalid meneruskan perbualan.

Jeda.

Ayra ukir senyuman. Dia capai jemari tua itu. Digenggam erat sebelum dikucup lembut.

"Cakap je, ayah. Ayra sedia nak dengar."Ayra senyum menyakinkan.

"Ayah berat nak beritahu. Ayah tak nak Ayra rasa tertekan."

"Ayah nak kahwin ke?" Laju Ayra memotong buatkan Encik Khalid tepuk bahunya. Mengekek dia ketawa.

"Apa pula ayah... Macam ni, kamu ingat lagi tak Umi Kalsom?"

Ayra geleng kepala. Siapa pula tu? Bakal mak dia ke? Okay! Gurau!

"Hm, kawan ibu Ayra. Jiran kita dulu."

Oh!

Ayra angguk. Dah ingat! Dulu mereka tinggal di satu taman perumahan berhampiran ibu kota. Namun, lepas sahaja perpisahan menjadi pilihan kedua orang tuanya, mereka terus buat keputusan untuk berhijrah. Tak mahu tenggelam dengan memori lama. Walaupun rumah itu banyak kenangannya tapi mereka yakin akan ketakutan terhadap memori silam yang bakal membunuh jiwa masing masing. Rumah itu tak di jual mahupun disewakan. Cuma di biarkan kosong bersama memori lampau. Sesekali mereka akan kembali ke sana. Sekadar untuk membersihkan. Setahun sekali. Mungkin.

"Kenapa dengan Umi?"

"Dia call tadi."

Diam. Ayra tekun menanti. Tiba tiba dia rasa tak sedap hati pula.

"Dia tanya kalau Ayra dah berpunya atau belum."

"Ayah cakap apa?"

"Maaf, ayah cakap Ayra masih bujang." Encik Khalid menunduk kesal. Dia di serang rasa serba salah bila tak bertanya pada tuan punya badan terlebih dahulu.

"Eh, tak apa. Betul lah tu." Ayra senyum sedikit. Dia genggam erat jemari itu.

"Umi Kalsom tanya... Kalau..."

"Kalau?" Debar. Dada Ayra di palu rasa debar.

"Kalau Ayra nak jadi menantu dia. Kalau Ayra setuju, minggu ni bertunang."

Dum!

Membulat mata Ayra. Me-menantu? Maksudnya? Dia kena kahwin dengan anak lelaki Umi Kalsom? Dan... Bertunang? Minggu ni? Ayra rasa nak pitam!

"T-tapi bukan Umi Kalsom tak ada anak ke?"

"Ada. Dulu anak lelaki Umi tu duduk dekat luar negara dengan pakcik dia. Bila dah habis menuntut dia balik Malaysia."

"Habis tu... Ayah kata apa?" Ayra gugup bertanya.

"Ayah tak beri jawapan. Ayah kena tanya Ayra dulu." Encik Khalid usap kepala anaknya. Satu satunya harta yang dia miliki kini.

Ayra tunduk. Dia pandang jemari dalam genggamannya. Jemari ini. Yang mati matian bekerja untuknya. Yang tak pernah mengeluh. Kasarnya jemari itu adalah bukti bertapa besarnya pengorbanannya hanya untuk memberi kesenangan pada anak gadisnya ini.

"Ayra... Kau kena cari bahagia kau. Kalau tak selamanya kau akan terperangkap dalam masa silam. Jangan takut untuk patah hati. Tapi takutlah bila hati tu dah mati untuk sesiapa pun."

Ayra pejam mata bila kata kata Arian minggu lepas kembali berputar dalam kotak fikirannnya. Bagaikan kaset rosak.

"Ayra..."

Ayra kembali buka mata. Dia pandang mata Encik Khalid, kemudian dia hadiahkan senyuman. Tekad. Kau pun layak bahagia. Jangan takut patah hati! Patah sebelum parah adalah cara Tuhan untuk selamatkan kita dari orang yang salah!

"Katakan saja... Ayra terima."

"Ayra... Tak perlu-"

"Ayah, Ayra okay. Ni yang terbaik." Ayra tepuk tangan dalam genggamannya. Dia hulur senyuman ikhlas.

"Ayra... Ayah tak nak Ayra terburu buru. Jikalau hati tu masih ada luka lama. Sembuhkan dahulu. Hati tu. Mungkin masih ada yang hancur."

"Tak apa. Ayra tahu masih ada bahagian dalam hati ni yang dah berderai. Mungkin dah luka kan bahagian lain. Tapi tak mengapa. Ayra harap penghuni yang bakal menetap di hati lepas ni... Akan kutip semua serpihan. Cantumkan dan hapuskan semua luka."

Encik Khalid senyum. Tubir matanya terasa panas. Oh anak! Andai saja kamu tahu bahawa hancurnya hati mu buatkan aku terluka sama. Ayra, gadis yang dia besarkan dengan titik peluhnya sendiri. Tak pernah dia terbayang yang gadis ini akan sehancur ini. Tak pernah. Puteri yang dia besarkan, hancur ranap hatinya diperlakukan oleh lelaki lain.

"Ayah jangan lah sedih. Anak ayah ni strong tau!" Ayra cubit pipi tua itu. Padahal matanya juga sudah berkaca menahan sebak.

"Ini yang terakhir. Jikalau penghuni kali ini akan hancurkan hati Ayra lagi... Kembali lah pada ayah... Biarkan ayah sembuhkan luka itu. Tak perlu kan lelaki lain lagi."

Ayra angguk. Ya. Ini yang terakhir dan jikalau kali ini dia melalui episod 'meraung tak sudah' tak mengapalah jika dia membujang sampai tua.

"Dengan syarat..." Ayra pasang riak serius. Kesedihan di tepis jauh.

"Syarat apa?"

Ayra ukir senyuman. Semoga apa saja syarat yang bakal dia berikan diterima denganbaik. Dia nekad sekiranya terdapat syarat yang di tolak dia akan batalkansegalanya. First impression! Jikalau perangai cerewetnya tak mampu dipenuhi maka lelaki itu tak mampu berdiri di samping ayahnya. Bahkan tak mampu menggantikan tempat Encik Khalid untuk menjaganya. The standard really high!

















Kerana CintaWhere stories live. Discover now