Bab 16

757 57 2
                                    

Your words mean nothing when your action complete opposite.

Sesekali mata Ayra menjenguk ke luar. Kemudian, kembali fokus pada kerjanya.

Hm...

Mana agaknya Arian ya?

Sejujurnya, dah lama dia tak nampak kelibat Arian muncul di cafe ini. Tak ada lah! Tu semua propa je. Minggu lepas, tiap hari Arian tu datang dekat cafe ni. Sampaikan semua pekerja dia dah kenal dengan Arian.

Tapi...

Minggu ni, tiba tiba saja Arian tak muncul. Tak pula lelaki itu tinggalkan sebarang pesan. Tiba tiba saja hilang tanpa jejak. Hilang tanpa khabar.

Ayra lepaskan pen di tangan. Timbunan kertas di hadapannya ditolak menjauh. Tangannya memicit pelipis sendiri. Sekarang dah hari khamis. Berbaki beberapa hari saja lagi nak genapkan seminggu. Tak akan lah Arian dah tak nak kawan dengan dia kot? Ke dia ada buat salah? Ish! Tak ada pula.

"Patut ke aku call dia dan tanya?" Ayra ketuk hujung dagunya sebelum tiba tiba dia menggeleng laju.

"Eh, kau ni Ayra... Kau tu dah ada tunang... Dah kenapa nak call lelaki lain pula? Hish!"

Ayra gelengkan kepala berkali kali.

Aduh...

Agaknya kenapa ya?

Ketukan pada muka pintu buatkan fokus Arian teralih buat seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketukan pada muka pintu buatkan fokus Arian teralih buat seketika. Lihat saja wajah Farraz yang tersengih terus saja dia alihkan mata. Kembali memandang skrin komputer di atas meja.

Baru bunyi kerusi di tarik Arian terus lemparkan soalan, "Kau nak apa? Tak ada kerja dah?"

Uish!

Tachod kite!

"Amboi! Garangnya..." Farraz buat buat terkejut. Tangannya di letak tetap di dada sendiri.

"Tak payah nak drama..." Arian jegilkan mata. Menyampah lah ada kawan macam ni!

"Arian..."

Jeda. Arian dengar Cuma dia malas hendak keluarkan suara. Dia tengah sibuk sangat sekarang ni.

"Ish! Arian!"

"Apa dia?" Arian letakkan pen di tangan. Tubuhnya bersandar ke kerusi. Layankan sajalah Farraz ni. Lagi cepat dia layankan kerenah Farraz ni, lagi cepat lah dia berampus!

"Umi call aku. Katanya call kau tak dapat."

Arian terkebil kebil. Matanya meliar ke atas meja mencari telefon pintar miliknya. Di selak beberapa helaian kertas. Jumpa saja objek itu terus punat di tekan beberapa kali.

"Patutlah... Dah arwah." Dia tayang objek itu pada Farraz.

Farraz hela nafas. "Kau lupa ke hari ni kau kena fitting baju?"

Kerana CintaWhere stories live. Discover now