Bab 50

400 25 9
                                    

Tone is always important to me, speak to me nicely.

Belum sempat Arian tanggalkan butang baju, telefon bimbit miliknya sudah menjerit nyaring. Serentak itu nafas dihela lemah. Tubuhnya sudah keletihan.

Telefon dicapai. Matanya menangkap nama Citra tertera di skrin. Panggilan di tolak. Telefon kemudian dicampak semula ke atas katil.

"Merumitkan." Getusnya. Selamba kaki melangkah masuk ke dalam tandas.

Sekali lagi bunyi panggilan masuk buatkan Arian ketap bibir. Sabar dipupuk. Langkah kembali ke arah telefon miliknya. Kali ini dahinya berkerut. Tertera nama Encik Khalid di atas skrin itu. "Assalam-"

"Arian! Ayra masuk hospital! Dia... Dia kemalangan!" Kedengaran nada cemas Encik Khalid. Dalam masa yang sama turut kedengaran derap langkah itu. Laju dan terburu buru.

Arian bungkam. Masa bagaikan terhenti. Suara Encik Khalid melaung dan mengkhabarkan padanya keberadaan Ayra buatkan Arian kembali ke alam realiti.

"Arian... Arian datang sekarang!"

Buru buru Arian buka langkah. Anak tangga dituruni dengan larian laju. Serupa pelesit.

Bila mana enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan sekuat mungkin. Langsung tak dia fikirkan lagi peraturan jalan raya. Otaknya kini dipenuhi dengan wajah isterinya.

Ya Allah.

Jagakan bidadari ku.

Bunyi telefon kembali berdering buatkan tangan Arian kembali meraba ke poket. Panggilan terus dijawab tanpa melihat terlebih dahulu nama yang tertera di muka skrin.

"Abang... Tolong..."

Suara itu buatkan mata Arian membulat. Brek ditekan mengejut. Mujur saja jalan sudah kian lenggang.

"Citra.... Citra jatuh dekat toilet." Sayu nada Citra. Kedengaran esak tangisnya kian pecah menusuk sukma pendengar.

"Sakit... Citra... Citra takut... Banyak darah..." Suara Citra kedengaran kian tak bermaya.

Setitik air mata Arian jatuh ke pipi. Mengalir ke rahang tajamnya. Matanya dikatup. Serentak itu wajah Farraz dan Ayra silih berganti bermain di kotak mindanya. Anak Farraz atau anak sendiri?

"Abang..." Suara Citra buatkan Arian buka kembali kelopak mata.

"Saya datang." Serentak itu pedal minyak kembali ditekan. Kereta bergerak ke arah bertentangan. Bukan lagi menuju ke lokasi isterinya. Namun, ke lokasi Citra.

"Maafkan abang, lifeline. Abang... Abang tak mampu memilih... Bertahan sayang... Abang akan datang..." Matanya kian kabur dengan air mata yang bertakung. Sebaknya menikam tajam. Sesak serasa dada menanggung rasa.

Ya Allah, aku tidak tahu seperti apa kedepannya nanti.

Tolong.

Tolong yakinkan aku bahawa semua yang menjadi takdirku adalah yang terbaik pemberian-Mu.

Tolong yakinkan aku bahawa semua yang menjadi takdirku adalah yang terbaik pemberian-Mu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana CintaWhere stories live. Discover now