Bab 58

268 22 3
                                    

Beberapa orang memang di hadirkan di hidup kita hanya sebagai pelengkap cerita bukan untuk pelengkap jiwa.

Matanya tak tenang sejak tadi. Dia mahukan Arian! Apa pun yang terjadi, dia mahukan Arian ada di hadapannya ketika ini!

"Aku nak Arian! Mana suami aku?" Citra ketuk kepala sendiri. Matanya sesekali bertembung dengan jururawat di situ.

"Kenapa abang hantar Citra kat sini? Citra tak suka..." Air mata sudah mula mengalir di pipi buatkan jururawat yang bersamanya berpandangan sesama sendiri.

"Kau dah call Encik Arian ke?"

"Dah. Kejap lagi mesti dia sampai." Kedua duanya panik memandang keadaan Citra. Menakutkan. Wanita itu sudah tidak terurus.

Bunyi pintu dibuka kasar buatkan Citra berpaling memandang Arian. Ada Taufik di samping lelaki itu. Kedua duanya tercunggap cunggap mengambil nafas.

"Citra..." Arian perlahan lahan menghampiri Citra. Matanya sempat melirik ke arah pisau yang ada di tangan wanita itu.

"Letak gunting tu Citra. Bahaya." Lengan Citra cuba di capai namun wanita itu lebih pantas menolak kasar buatkan Arian terundur setapak.

"Tak nak! Abang bunuh mak! Abang bunuh anak Citra!" Citra menengking kuat buatkan Taufik julingkan matanya.

"Aku dah kata dia ni dah gila." Taufik menggumam perlahan. Entah mengapa dia terheret sama ke sini.

"Tak, saya tak bunuh-"

"Penipu! Kau penipu!" Citra berundur ke palang balkoni. Sekilas matanya memandang ke belakang. Berada di tingkat tiga rumah Arian buatkan angin menyapa tubuhnya.

"Betul, saya tak bunuh." Arian angkat tangan separas bahu cuba menyakinkan Citra. Tubuh itu kelihatan menggigil. Entah sedang berperang dengan emosi sendiri atau sedang sejuk disapa angin malam.

"Maafkan, saya Citra. Buang gunting tu. Tolong buang." Nada Arian sudah turun seoktaf. Nadanya lembut memujuk.

"Citra..." Citra pandang gunting di tangan. Tubuhnya bersandar ada balkoni. Seketika matanya dipejam erat.

"Citra sakit abang... Citra sakit kehilangan..." Mata itu kembali terbuka dengan air mata yang deras mengalir.

Arian ketap bibir. "Saya juga Citra."

"Saya pun sakit. Tapi saya terpaksa tanggung semua ni. Saya terpaksa diamkan semua hal." Arian menunduk seketika.

Kali ini Taufik tegakkan tubuh. Dia pasti ada kebenaran yang Arian ingin buka hari ini. Dan dia nak tahu segalanya!

"Saya... Saya..." Arian genggam erat tangannya. Matanya naik memandang Citra.

Hal yang paling berat saat ini adalah ketika kamu terdiam tanpa rasa. Mendiamkan segala hal yang tak pernah kamu inginkan.

"Citra tak pernah sedar semua hal ni jadi sebabkan Citra..." Arian melangkah setapak ke hadapan buatkan Citra mendonggak menatapnya.

"Di saat semua orang tak faham apa yang saya cuba buat... Saya... Hanya saya yang berdiri menanggung rasa sakit ni..."

"Citra bunuh Farraz... Citra fitnah Farraz... Malah, Citra buatkan isteri saya terlantar sakit di hospital tapi saya tetap pertahankan Citra. Saya tetap berikan Citra peluang walau seisi dunia tak mengerti."

"No one. No one notices my pain. No one notices my tears. No one notices my sadness. But, they all notice my mistakes."

Taufik kelu mendengar. Saat ini dia rasa terhempap. Arian... Arian juga tak rela dengan semua ni... Apa yang memaksa lelaki itu?

Kerana CintaWhere stories live. Discover now