Bab 32

340 32 1
                                    

Literally doesn't cost you anything to speak nicely.

Aroma kari dagjng jelas menusuk ke hidung. Semerbak rumah dengan haruman enak itu. Ayra tersenyum puas melihat hasil tangannya. Periuk kari ditutup seketika. Fokusnya dialih ke arah ikan goreng. Ayra terbalikkan ikan tersebut. Bila dilihat warna kedua dua belah ikan kian sekata Ayra terus keluarkan ikan dari kuali. Dipindahkan ke pinggan kemudian diletakkan di atas meja.

Ruang masak dibersihkan sedikit sebelum dia kembali ke arah periuk yang berisi kari. Digaul sedikit. Api gas ditutup.

Pelukan pada pinggang buatkan Ayra tersentak. Membulat matanya. Ada penceroboh ke? Terus saja tubuh Ayra berpaling, sudip di tangan dihayun kuat kepala orang tersebut. Berkali kali dengan mata terpejam. Takut punya pasal, sedikit pun matanya tak dibuka.

"Aduh!"

Serentak itu Ayra buka matanya. Terkebil kebil dia. Alamak! Ni Arian. Suami dia. Ya Allah!

"Arian! Ya Allah! Maaf. Saya terkejut." Lekas lekas Ayra letakkan sudip ditangan. Tangannya dipanjangkan mengusap dahi Arian yang sudah memerah. Ayra ketap bibir. Dah merah! Mati lah!

"Kenapa awak pukul saya?" Arian tahan jemari Ayra. Wajahnya masam saja. Sempat sudip yang Ayra letakkan ditolak sedikit jauh. Risau kang Ayra ketuk dia semula. Orang baru nak bermesra dah kena ketuk! Nasib tak biul.

"Awak tu peluk saya, tak ada salam pun. Saya terkejut lah. Ingatkan ada penceroboh." Ayra garu kepala yang tak gatal.

Arian menggeleng. Seketika matanya meliar memandang ke sekeliling. "Mana opah?"

"Keluar dengan Farraz." Ayra palingkan tubuh. Menyambung tugasnya yang tergendala. Kuah kari di tuang ke dalam mangkuk kaca. Baru tangannya hendak mengangkat mangkuk itu, tangan Arian sudah terlebih dahulu memintas ke hadapan.

"Saya bawakan. Panas ni." Arian bawa mangkuk ke meja makan. Kemudian dia tarik lengan Ayra untuk duduk di sebelahnya.

"Awak nak makan ke?" Ayra mengerut. Dah kenapa bawa dia duduk dekat meja makan?

"Bukan." Arian menggeleng. Kerusi Ayra ditarik merapat.

"Lepas isyak nanti kita keluar."

Ayra terkebil sendiri. "Pergi mana?"

Arian koyak senyuman. Jari telunjuknya bergerak ke dagu runcing Ayra sebelum dia kenyitkan mata. "Dating."

Uh.

This man literally make me...

Blushing!

Ayra dapat rasa pipinya membahang panas.

"You looks extra cute when you blushing." Arian mengomen selamba. Makin galak jarinya mengusap hujung dagu Ayra.

Ayra masih diam. Darah gemuruh dah datang! Silap hari bulan Arian terlungkup ke belakang dengan kerusi tu terkena sepakan dia.

"Stop it." Ayra tolak jemari Arian. Terus saja dia berdiri tegak di sisi kerusi. Matanya meliar tak tentu arah. Gila punya suami! Tak sudah sudah nak menyakat dia. Kang tersepak lagi baru tahu erti taubat.

Arian menyengih nakal. Wajahnya tenang. Seketika dia tergelak kecil.

Ayra kaku. Suara Arian mengetuk gegendang telinganya. Isyarat di hantar ke otak.

Danger!

This man...

He's going to be really hot.

Really...

Really...

Hot!

"Stop?" Arian bangkit dari duduk. Bahu Ayra dipegang kejap. Menghentikan tingkah Ayra yang sudah seperti cacing kepanasan.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now