Bab 51

210 18 3
                                    

Princess treatment comes naturally from a man who loves you, stop begging for it.

Di penjuru bilik, Arian duduk sambil merenung ke arah katil pesakit. Sesekali matanya terkatup sendiri sebelum lekas lekas dia buka kelopak mata. Rasa mengantuk sudah menyapa sejak sejam yang lalu. Seharian dia duduk di situ dan menanti isterinya untuk sedar.

Mengikut laporan kesihatan, Ayra alami beberapa hentakan ringan pada kepala. Tangan kiri wanita itu juga patah akibat hentakan kuat. Mungkin Ayra melindungi kepalanya dengan tangan dan memberi kesan kepatahan pada tangan itu. Laporan kesihatan juga ada sahkan yang Ayra tak akan koma dalam tempoh masa yang panjang. Arian hembus nafas panjang. Ada banyak perkara yang sedang berpusu pusu dalam kepalanya saat ini.

Sekarang mereka hanya perlu tungu Ayra untuk sedar. Lagi pula tak ada siapa tahu punca kemalangan Ayra.

Tanpa sedar dia melangkah menghampiri tubuh yang terbaring kaku itu. Kepalanya menunduk sebelum dahi Ayra dikucup syahdu.

"Maafkan abang..." Arian pejam mata. Dia duduk di kerusi bersebelahan katil sebelum jemari Ayra dicapai dan dibawa ke bibir.

"Banyak sangat dosa abang pada Ayra. Terlalu banyak, sampaikan satu tahap abang rasa abang ni suami yang tak berguna." Nada Arian bergetar halus.

"Tolong bangun. Abang janji akan jelaskan semuanya. Abang akan selesaikan semua ni. Tapi tolong..."

"Tolong bangun, lifeline." Serentak itu air matanya jatuh. Arian ketap bibir. Tangannya bergerak pula menyentuh perut Ayra yang kini sudah menunjukkan bentuk.

"Maafkan abah, sayang. Abah sakitkan ibu. Maafkan.... Maaf.... Abah minta maaf..." Kepala Arian jatuh ke atas katil. Terhinggut hinggut bahunya melepaskan rasa.

Arian ketap bibir. Rahangnya bergerak gerak menahan rasa. Ayra bukan kemalangan akibat kecuaian. Ada dalang di sebalik insiden tersebut.

Bunyi pintu ditolak buatkan Arian palingkan kepala. Air mata yang tadinya menyapa mata di kesat laju.

"Kenapa?"

"Dia dah sedar." Taufik ukir senyuman sinis.

"Bagus." Arian bangkit dari duduk. Matanya singgah menatap wajah Ayra.

"Cepat bangun, lifeline." Sekali lagi dahi itu dikucup.

Taufik tayang muka toya. Arian ni tak sedar ke dia masih ada dekat sini? Tak kisah lah Ayra tu dah sedar atau pun tak dia tetap nampak kemesraan pasangan itu!

"Eh, sekejap!" Taufik tahan tubuh Arian yang hendak melintasinya.

"Apa?" Arian jongket kening. Dah kenapa pula mamat ni?

"Kau nangis?" Taufik kemam bibirnya rapat. Tahan. Hendak terburai tawanya melihat mata merah Arian.

"Jangan sibuk urusan orang lah gila!" Arian tolak bahu Taufik. Mamat ni memang tak guna!

"Ada modal lah aku lepas ni nak menyakat kau." Makin galak Taufik menyakat.

"Diam." Arian jeling lelaki itu langsung saja dia tarik tombol pintu. Belum sempat dia melangkah keluar dia kembali berpaling memandang Taufik yang statik tak bergerak.

Taufik jongket kening. Dah kenapa Arian pandang dia serupa nak telan?

"Kau buat apa lagi kat sini? Keluar."

Taufik menyenggih. Lupa lah pula.

"Tumpang lalu abang kawasan."

Arian gelengkan. Ni dah dapat genetik Farraz ke apa?

Kerana CintaWhere stories live. Discover now