BAB 62 - BATAS KESABARAN!

14.4K 474 82
                                    

          Selepas mendapat kebenaran daripada pihak Sofea, Afiq khairul menyediakan peguam yang terbaik untuk kes Sofea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Selepas mendapat kebenaran daripada pihak Sofea, Afiq khairul menyediakan peguam yang terbaik untuk kes Sofea.  Manakala, Ilham Hakimi pula mengupah penyiasat peribadi yang handal untuk mencari lokasi lelaki bangsat tu.

          Tetapi, semuanya dilakukan secara 'privacy and confidentiality' sahaja.

          Disebabkan keadaan Sofea yang masih trauma, mereka faham dengan situasinya sekarang ni

          Hanya beberapa orang saja yang tahu situasi sebenar yang berlaku kepada Sofea tempoh hari tu.  Selebihnya, perkara tu dirahsiakan.  Orang lain hanya tahu yang butik Sofea dimasuki pencuri sahaja!

          Berpandukan pada CCTV di pintu masuk butik Sofea tempoh hari, mereka dapat kenal pasti lelaki bangsat tersebut! 

          Rupa-rupanya, lelaki tersebut adalah bekas pekerja di sebuah kedai runcit yang tidak jauh dari butik Sofea tu.  Selain itu juga, lelaki bangsat tu seorang pengedar dan penagih dadah.  Selama ini, lelaki tersebut menyimpan perasaan kepada Sofea.  Namun, Sofea pernah menolaknya secara baik.  Disebabkan hilang kewarasan diri, dendam kerana cintanya ditolak... Dia 'serang' Sofea.  

          Nasib baik Pak Samad datang awal ketika kejadian tu berlaku!

          Ketika lokasi lelaki bangsat tu dapat dikenal pasti.  Afiq Khairul, Ilham Hakimi dan Amin ikut serta bersama-sama dengan pegawai polis untuk menyerbu tempat tersebut.  Di sebuah bangunan kosong dalam kawasan perindutrian.  Lokasi hotspot untuk penagih dadah!

          Tetapi...

          Lelaki bangsat tu berjaya melarikan diri bersama-sama dengan penagih dadah yang lain.  Pada mulanya Afiq Khairul, Ilham Hakimi, Amin hanya ingin jadi pemerhati saja.  Tapi, disebabkan lelaki bangsat tu cuba melepaskan diri... Mereka bertiga serta pegawai polis terpaksa berpecah dan meredah semak samun, bangunan kosong demi menangkap lelaki bangsat tersebut.

          Tumpuan Amin hanya kepada susuk tubuh lelaki yang berlari di hadapannya sekarang ni.  Lelaki yang menyebabkan Sofea trauma dan menghilangkan diri selama 2 tahun!

          Ketika lelaki bangsat tersebut berlari ke satu selekoh, dia berhenti.  Tembok batu-bata yang tinggi itu menghalangnya dari terus melarikan diri.  Dia menoleh dan melihat Afiq Khairul dan Amin, orang yang dapat mengejarnya ketika ini.

          "Kau tidak boleh larikan diri lagi.  Lebih baik serah diri," kata Amin dengan nada yang tenang saja.

          Lelaki bangsat tu tidak takut dengan kata-kata Amin.  Malah, dia keluarkan pisau lipat daripada poket seluarnya.  

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now