BAB 17 - BULI!

22K 811 11
                                    

          Ting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Ting... Tong... Ting... Tong!

          Loceng pintu yang berbunyi itu membuatkan aku terkocoh-kocoh berlari ke muka pintu.

          Siapa yang datang?

          "Assalamualaikum..," salam orang tersebut disebalik pintu.

          Aku terlopong.  Pantas aku buka pintu luas-luas.  Seakan tidak percaya dengan apa yang aku tengok sekarang ni.  Baru semalam aku bermimpi tentang dia, tapi hari ini dia muncul di hadapanku.  Bukan bermimpi tapi reality!

          "Amin!" teriakku lalu menerpa ke arah Amin.

          Apalagi, aku peluk Amin ketat-ketat!

          "Auch-auch... Ini peluk orang ke atau peluk kayu balak?" adu Amin apabila pelukan aku itu terlampau kuat.

          Aku lepaskan pelukan sambil tersengih-sengih.  Tanpa membuang masa, aku tunduk lalu menyalam tangan Amin.  Hormat untuk abang kesayanganku.  Walaupun dia lahir 6 minit lebih awal daripada aku!

          Sudahlah lahir lebih awal, lebih tinggi dan lagi bijak daripada aku.  Bertuah sungguh!

          "Kenapa tak beritahu yang Amin nak datang hari ni?" tanyaku sambil pelawa Amin masuk.

          Aku selitkan tanganku di lengannya.  Kami bergandingan lengan sambil melangkah ke ruang tamu.  Amin hanya tayang muka selamba lalu mengusap kepalaku saja.

          "Amin deal dengan Abang Afiq supaya tak beritahu kat Leha.  Saja nak buat surprise..," balas Amin sambil tersenyum nakal.

          Aku muncungkan bibirku.  Suprise konon!

          Aku ambil beg pakaian Amin di tangannya itu.  Kemudian, menyuruhnya duduk di ruang tamu sementara aku simpan begnya itu di bilik tidur khas untuk tetamu yang datang.

          Selepas itu, aku buatkan minuman untuknya.  Amin bangun daripada sofa dan melangkah ke area dapur.  Dengan selamba, dia tarik kerusi lalu duduk di meja makan tersebut sambil memerhatikan aku yang sibuk menyediakan minuman untuknya itu.

          10 minit kemudian, aku hidangkan segelas coffe latte untuknya.  Minuman kegemarannya itu.  Aku turut hidangkan laksa penang yang aku buat untuk makan tengah hari tadi.

          "Rindunya dekat Amin.  Kenapa tak bawa abah, umi dan atok sekali? Rindulah!" soalku lalu duduk di hadapannya.

          Amin tersenyum sinis.

          Amin tersenyum sinis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now