BAB 29 - EGO?

25.1K 764 26
                                    

          Kembang-kempis hidungku baca WhatsApp daripada Adila tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Kembang-kempis hidungku baca WhatsApp daripada Adila tuAmboi, bukan Syamir tu dah minta putus ke dengan Adila? Kenapa dia nak WhatsApp Adila lagi ni? Apa motif dia nak Whatsapp Adila? Bebelku tidak puas hati.

          Aku pula yang stress apabila membacanya...

Adila : Syamir WhatsApp aku tadi.   Dia tanya khabar.  Tapi, aku tak reply... (tambah emoji muka menyampah)

Aku : Jangan reply langsung.  Kenapa pula dia nak WhatsApp tanya khabar segala? Syamir tu tiada perasaan malu ke? Aku pula yang malu tengok perangai dia macam tu... (tambah emoji muka geram)

Adila : Hahaha... Leha.  Kalau Syamir tengok apa yang kau hantar ni.  Confirm, dia muntah darah! (tambah emoji muka ketawa terbahak-bahak)

          Aku mencebik geram.

Aku : Bukan apa... Aku geram dengan apa yang dia buat dengan kau hari tu.  Ingat hati kau ni hati ayam ke? Seenak rasa saja dia nak buat begitu.  Abaikan.  Kau dah move-on pun sekarang ni.  Jangan kusutkan fikiran dengan Syamir tu (tambah emoji muka tersenyum)

Adila : Aku baru je block nombornya.  Walaupun nampak macam budak-budak main block-block segala ni.  Tapi, macam yang kau cakap.  Aku dah move-on.  Hehehe... (tambah emoji muka tergelak)

          Aku tersenyum lebar.  Aku ambil remote control dan matikan siaran Netflix tu.

Aku : Alhamdulillah... Kau kuat Adila.  Jangan risau, tiada BF bukannya tak boleh gembira langsung.  Kau masih ada kami.  Dan, aku ada untukmu.  Hehehe... (tambah emoji muka tersipu-sipu malu)

Adila : Lega bila dah berbual dengan kau.  Thanks kakak iparku... I love u (tambah emoji muka kiss)

          Aku tergelak apabila baca WhatsApp terakhir daripada Adila tu.  Kalau diikutkan, walaupun kami lahir pada tahun yang sama.  Berbanding Amin dan aku yang lahir pada bulan Jun, Adila pula lahir pada bulan April.  Kiranya, dia yang kakak.  Tapi, memandangkan aku kahwin dengan abang dia.  So, aku yang jadi kakak sekarang ni.

          Selepas aku ucap good night kepada Adila, aku ketuk pintu bilik kerja Afiq Khairul dan membukanya dengan perlahan.  Aku tengok dia masih sibuk di hadapan laptop  miliknya itu.

          "Abang masih busy ke?" tanyaku sambil melangkah ke arahnya.

          Dia sekadar menganggukkan kepalanya.  Dengan isyarat mata, dia arahkan aku duduk di sebelahnya itu.  Tanpa banyak songeh, aku tarik kerusi roda lalu duduk di sebelahnya.  Menopang dagu dengan muka selamba dan gaya santai.

          Afiq khairul meneruskan kerjanya.

          "Abang..," panggilku apabila ada sesuatu yang berlegar di benak fikiranku sekarang ini.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now