BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!

19K 694 15
                                    

          Aku duduk di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku duduk di birai katil.  Adila duduk di hujung kakiku sambil menyapu minyak gamat di tempat gigitan lintah tu tadi.  Tapi, aku dapat tangkap senyuman Adila yang pelik semacam itu.

          "Kalau kau nak ketawa... Ketawa.  Jangan ditahan-tahan.  Aku tak kesah!" kataku sambil lepaskan keluhan kecil.

          Apalagi, selepas saja mendapat keizinan daripada aku... Adila ketawa sampai tak ingat dunia!

          Aku hanya mendiamkan diri.  Pasrah!

          Semasa sampai di rumah tadi, bukan riak simpati yang aku lihat daripada raut wajah abah, umi dan yang lain-lain.  Tapi, gelak ketawa!


'Alahai Leha, dah besar panjang pun masih menangis sebab lintah lagi ke? Bukan Leha lanun ke dalam rumah ni? Sampaikan terpegang lengan Abang Afiq kamu tu.  Hish, buat malu je laa...' Itu ejekan daripada abah.


          Aku hanya mampu menahan malu.  Aku rasakan kulit mukaku sudah setebal kamus dewan bahasa.  Tapi, apa boleh buat... Terima sajalah dengan hati yang terbuka.

          Aku kerling Adila semula, ketawanya masih lagi bersisa. Lalu aku kembungkan pipi.  Geram!

          "Peliklah kau ni Leha.  Dalam banyak-banyak perkara, lintah juga yang kau takutkan," perli Adila.

          Dia tersengih lebar sambil botol minyak gamat itu ditutup rapat lalu duduk di birai katil bersama aku.

          Aku belek kakiku.  Dah okey.  Hanya tinggal kesan gigitan lintah tu saja kat situ.

          "Terima kasih," ucapku sambil melihat Adila yang sudah bertiarap di atas katil.

          "Aku takutkan binatang drakula tu pun sebab abang kau.  Kalau bukan dia, taklah aku geli sangat dengan binatang tu," sambungku lagi dengan muka sememeh.

          Adila tergelak sekali lagi.  Mungkin dia teringatkan permulaan trauma aku dengan binatang tu!

          Tapi, Adila pandang aku semula dengan kening terangkat sebelah...

          "Kau masih panggil Abang Afiq 'kau' atau 'bos' ke? Kamu sekarang ni kan dah nak kahwin.  Kenapa tak panggil darling ke, sayang ke, honey ke, baby ke... Tak pun abang? Lagi sweet!" cadang Adila.

          Siap dengan senyuman meleret!

          Pantas mataku terbeliak bulat.  Bulu romaku menegak sekali lagi... Wuekkk, tak ingin aku panggil dia dengan panggilan macam tu!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now