BAB 37 - BE GENTLE!

31.5K 807 34
                                    

          Pada sebelah petang, umi dan ibu sediakan minum petang untuk kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Pada sebelah petang, umi dan ibu sediakan minum petang untuk kami.  Pisang goreng cicah dengan sambal tomato serta minuman teh susu 'kaw-kaw'.  Nyum nyum nyum!

          Kami duduk santai saja di beranda rumah.  Aku pula duduk di sebelah Afiq Khairul.  Oleh disebabkan aku masih kenyang lagi, aku hirup teh susu saja.  Haaa, nikmat sungguh!

          "Kenyang?" bisik Afiq Khairul kepada aku.

          Aku anggukkan kepalaku saja.

          "Leha rasa macam nak jadi ular sawa.  Terlalu kenyang.  Dari pagi, Leha makan bubur durian, buah durian, buah rambutan, buah duku, nasi ayam, kuih-muih dan sekarang... Pisang goreng ni.  Confirm, berat Leha naik 1 kilo lagi," balasku perlahan kepada Afiq Khairul.

          Afiq Khairul tergelak.

          "Bukan selalu kita kumpul ramai-ramai macam ni.  Makan je, jangan risau.  Leha macam umi.  Kantung perut je yang besar.   Biar makan banyak, tapi bentuk badan tidak berubah.  Cuma pipi Leha je yang makin montel," sampuk umi di sebelahku itu.

          Aku muncungkan bibirku apabila tengok Adila hamburkan ketawanya di depanku itu.

          "Untunglah Leha, kalau Adila... Kena control makan.  Kalau tidak, confirm... Esok-esok seluar tak muat," kata Adila tapi mulutnya tetap mengunyah pisang goreng itu dengan penuh nikmat sekali.

          Tiba-tiba, Adila tersenyum malu kepada kami.

          "Tapi, Adila sokong cakap mak cik. Bukan selalu kita kumpul ramai-ramai macam ni.  So, nanti balik KL... Baru Adila diet.  Motto Adila sekarang, hidup untuk makan!" sambungnya lagi dengan penuh bersemangat.

          Apalagi, kami ketawa dengan telatahnya itu.

          "Hish, kamu ni... Tidak habis-habis nak melawak je dari tadi!" rungut ibu sambil menepuk manja paha Adila tu.

          Adila buat selamba saja sambil tersengih-sengih macam kerang busuk!

          Lepas tu, mereka berbual-bual lagi dan aku sekadar jadi pendengar saja.  Seketika kemudian, aku menguap sambil menutup mulutku dengan tangan kanan.  Mengantuk punya pasal!

          Mungkin disebabkan aku terlalu kenyang.  Dan juga, gara-gara terlalu excited nak balik kampung, aku tidur lewat semalam.

          Aku menguap lagi lalu menggosok mataku pula.  Afiq Khairul menoleh kepada aku.  Dia menyuruhku naik ke bilik untuk cuci muka bagi menghilangkan rasa mengantuk tu.  Selepas berpamitan, aku naik ke tingkat atas saja.  Aku pulas tombol pintu bilikku lalu masuk dan melangkah ke arah bilik air.  Tapi, langkahku terhenti.  Aku menoleh ke kanan.  Aku pandang katilku itu.  5 saat kemudian, aku surrender... Aku tergoda!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now