BAB 27 - SUKA BABY TAK?

26K 847 39
                                    

          Tak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Tak... Tak... Tak... Kedengaran bunyi tatakan pisau dari arah dapur.

          Afiq Khairul tersedar daripada tidurnya.  Tangannya meraba-raba ke sebelah.  Sudah terbiasa apabila setiap kali terbangun daripada tidur, isterinya dulu yang dicari.  Tapi, tiada.  Kosong!

          Dia bangun daripada pembaringannya.  Kemudian, selimut dilipat dan katil dikemas dengan rapi.  Dia melangkah ke bilik air.  Mandi dan bersiap sebelum ke ruang tamu.  Mencari kelibat isterinya itu.

          Leha yang sedang berbual di telefon itu dipandang seketika.  Hari ini, isterinya memakai baju blouse colour maroon dan skirt platted colour putih cream.  Rambutnya pula diikat ala-ala ponytail.  So damn cute!

          "Leha dah masukkan ayam... Ooo, okey.  Jadi, lepas ni... Tinggal nak masukkan santan dan perasa je kan?" Kedengaran suara isterinya itu bertanya sambil mengaul sesuatu di atas stove gas tu.

          Wangian masakan yang dapat dihidu dari dalam bilik tidur lagi membuatkan dia terasa lapar.

          "Erm, baiklah... Terima kasih dengan tunjuk ajar umi.  Okey, nanti Leha sampaikan salam umi dekat Abang Afiq.  Assalamualaikum.  Bye umi..." Apabila Leha nak menyimpan handphone miliknya itu di atas kaunter bar dapur, dia terjerit!

          Terkejut punya pasal!

          "Abang!" Terjerit isterinya itu apabila melihatnya berdiri di situ. 

          Afiq Khairul hanya tersenyum.

          "Tengah masak apa?" tanyanya sambil melihat ke dalam periuk.  Pipi Leha dielusnya perlahan.

          Leha menghela nafas sambil mengurut-urut dadanya.

          "Abang buat Leha terkejut tau.  Ni haa, bukan abang nak makan bubur lambuk ke? Leha tengah masakkan untuk abang.  Resepi versi daripada umi.  Hah, umi kirim salam dekat abang tadi," jawab Leha sambil mengacau perlahan bubur lambuk tersebut.

          Afiq Khairul terdiam.  Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman yang paling manis untuk isterinya itu.  Tak sangka yang Leha akan masakkan bubur lambuk untuknya!

          Walhal, dua hari yang lepas... 

          Semasa mereka keluar lunch bersama, dia ternampak banner bubur lambuk yang tergantung di tepi kaunter restaurant tersebut.  Semasa dia nak order, dia diberitahu yang bubur lambuk tersebut hanya dijual pada hari yang tertentu sahaja.

          Afiq Khairul tunduk dan merenung Leha dengan pandangan yang redup.  Terharu dengan tindakan isterinya itu.  Terus saja jari-jemarinya mengusap-usap belakang kepala isterinya itu.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now