BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!

24.3K 826 28
                                    

          Aku bukan naif sangat dalam bab-bab cinta ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku bukan naif sangat dalam bab-bab cinta ni.  Walaupun tidak pernah bercinta, tapi sudah berpuluh-puluh novel genre romance aku baca sampai habis.  Itu belum lagi dengan drama di television ataupun movie genre cinta-cinta ni.

          Semestinya aku tahu apa yang sedang aku alami di saat ini.  Walaupun aku terkeliru buat sementara waktu tadi.

          Indeed, i'm jealous guys!

          Aku termenung di atas katil sambil mengeluh kuat.  Ini semua gara-gara Afiq Khairul punya pasal!

          Sejak kami mengambil keputusan untuk jadi suami isteri yang sebenar-benarnya, dia layan aku dengan baik sekali.  Jarang dah dia buat aku marah ataupun sakit hati.  Kadang-kadang sahaja.  Lepas tu, dia lebih banyak tersenyum sekarang ni.  Tidak lagi tayang muka macam terpijak tahi ayam tu.

          Pokok pangkalnya, aku selesa apabila bersama dengan Afiq Khairul.

          Aku termenung seketika apabila teringatkan senyumannya itu.  Memang menawan sekali... Aku terpesona dengan senyumannya itu!

          Aku ketuk kepalaku perlahan.  Boleh pula aku menghayalkan senyuman suami aku tu!

          Pantas aku ambil handphone di sebelahku itu.  Teringatkan abang aku yang masih lagi bercuti di kampung tu.  Tanpa teragak-agak, aku cari nama Amin.  Kemudian, hantar WhatsApp kepadanya.

Aku : Assalamualaikum abangku sayang... (Tambah emoji mata 'love-love')

          Tiada balasan daripada Amin.  Tapi, aku tengok dia tengah online sekarang ni.  Dia busy kot? Gumamku perlahan.

          Tidak lama kemudian...

Amin : Typing...

          Aku betulkan pembaringanku.  Menanti balasan WhatsApp daripada Amin tu

          Tapi...

Amin : Ini siapa?

          Aku speechless.  Takkan adik sendiri pun tidak kenal kot!

Amin : Setahu aku, adik aku tak pernah hantar WhatsApp gedik-gedik macam ni.  Kau siapa? Siapa yang rasuk adik aku sekarang ni?! (Tambah emoji muka ketakutan)

          Aku speechless lagi.

Aku: Sampai hati! Takkan nak manja-manja pun tak boleh?! (Tambah emoji muka marah)

Amin : Don't manja-manja to me.  Pergi manja-manja kat Abang Afiq.  Nak apa? Kalau dah perangai pelik macam ni mesti nak sesuatu kan? (Tambah emoji muka menyindir)

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now