BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!

17.1K 609 62
                                    

          Adila tersenyum sambil menundukkan badannya sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Adila tersenyum sambil menundukkan badannya sedikit.  Dia mempelawa sepasang pelanggan masuk ke dalam cafe.

          "Selamat datang... Sila masuk." Ini pelanggan yang ke-25 malam ni.

          Adila menarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Dia melihat ke hadapan semula.  Di samping itu, dia buat biasa saja kepada sesetengah pandangan orang yang lalu lalang ni.  Bukan sekali diaorang menoleh, berkali-kali!

          Adila mengeluh halus.  Sesekali, ada siulan nakal yang kedengaran.  Begitu juga dengan sapaan nakal, terutama daripada budak-budak remaja.  Adila buat bodoh dan tersenyum nipis saja.  Abaikan!

          Menjelang pukul 10:00 malam.  Selepas mengemas cafe bersama pekerja-pekerja yang lain, Adila berpamitan untuk pulang dahulu.

          "Adila, lepas ni awak nak ke mana? Nak saya hantar pulang?" tegur Rafie yang merupakan barista di cafe ni.

          Adila menoleh, dia mendongak kepada Rafie.

          Sekali lagi usikan nakal kedengaran dari arah belakang.  Pekerja-pekerja yang terdengar pertanyaan Rafie tu tersengih-sengih melihat mereka berdua.  Tetapi, Adila hanya tersenyum nipis.

          "Saya direct balik rumah.  Saya booking Grab je..." Adila tunjukkan screen handphone miliknya itu.

          Rafie tersipu malu.

          "Oh... Hati-hati balik ye," pesan Rafie kepada Adila.

          Adila anggukkan kepalanya saja.

          "Adila, jom! Awak tunggu Grab kat side entrance kan? Saya pun sama.  Husband saya ambil kat sana juga." Aisyah memegang lengan Adila lalu berpamitan kepada pekerja-pekerja yang lain.

          Adila anggukkan kepalanya lagi.

          "Bye..." Adila lambaikan tangannya saja kepada pekerja-pekerja yang lain tu.

          Mereka berdua melangkah bersama-sama.  Adila terdengar Aisyah tergelak kecil...

          "Untunglah, Adila nak tahu.  Sebenarnya, awak ramai peminat kat cafe tu..," beritahu Aisyah kepada Adila.

          Adila tersengih saja.

          "Boleh saya cakap sesuatu dengan Adila?" soal Aisyah sambil melihat Adila juga.

          Adila hanya anggukkan kepalanya buat kesekian kali.

          "Be careful dengan mulut manis lelaki.  Awak cantik, comel, baik dan rajin pula tu.  Tentu ramai yang nak usha awak.  Saya tahu perangai budak-budak kat cafe tu.  Diaorang okey, cuma saya nak Adila jaga diri baik-baik.  Hati kita ni hanya satu saja.  Lebih baik reserve untuk orang yang selayaknya.  Lagipun, susah kita nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas dengan kita.  Hati-hati je supaya tidak dipermainkan..." ujar Aisyah panjang lebar.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now