BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!

26.7K 752 44
                                    

          Aku tunduk dan ambil dompet Afiq Khairul di atas lantai tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku tunduk dan ambil dompet Afiq Khairul di atas lantai tu.  Aku tengok gambar-gambar tersebut.   Mulutku terlopong luas lagi.  Mataku terbeliak bulat dan keningku berkerut rapat.  Aku terkejut lagi!

          Oh my gosh!

          Aku kenal perempuan niLaaa, inikan gambar aku!

          Kenapa gambar-gambar masa aku sekolah menengah ada kat dalam dompet Afiq Khairul ni?

          Aku renung gambar-gambar tersebut.  Ada 3 keping kesemuanya.  Diletak secara bersebelahan.  Asalnya ia saiz standard gambar tapi gambar-gambar tersebut digunting agar muat pada frame di dompet Afiq Khairul ni.

          Gambar pertama, aku bergambar dengan Adila.  Di bawah pokok manga depan rumah kat kampung tu.

          Gambar kedua, masih berdua dengan Adila.  Masa tu kami berdua tengah pegang ketupat.  Tengah melahap di pagi Hari Raya Aidilfitri.

          Aku ingat lagi, kedua-dua gambar ni di ambil ketika kami masih dalam tingkatan 4 gitu.

          Dan gambar yang terakhir, aku sendiri.  Kalau tidak silap, masa aku tingkatan 5.  Aku bergambar pakai baju sekolah sambil buat signal 'peace'.  Bukankah ini gambar yang hilang di albumku hari tu? Aku ingatkan gambar ni tercicir kat mana-mana semasa aku kemas bilikku hari tu.  Missing in action gitu!

          Astaghfirullah... Siapa yang bagi gambar-gambar ni kat Afiq Khairul?

          Tidak.  Soalan yang lebih penting.  Kenapa dia simpan gambar-gambar aku kat frame dompetnya ni?

          Aku duduk di birai katil.  Aku bingung dan buntu!

          Patutlah hari tu Afiq Khairul gelabah apabila aku pegang dompetnya tu.  Rupa-rupanya, dia takut ketahuan sebab simpan gambar aku ni!

          "Leha?" Kedengaran suara Afiq Khairul di muka pintu bilik kami.

          Aku menoleh ke arahnya.  Mungkin dia hairan sebab aku lama sangat kat dalam bilik ni sedangkan aku cuma nak ambil minyak angin saja.

          Aku pandang Afiq Khairul.  Dompetnya masih ada di atas ribaanku lagi.  Apabila Afiq Khairul jatuhkan pandangannya ke ribaanku itu, riak wajahnya berubah.  Pantas dia melangkah ke arahku dan segera mengambil dompetnya itu.

          Aku diam.  Daripada reaksinya tu, apa yang dia cuba sembunyikan daripada aku?

          Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.   Tenang.  Aku cuba berfikiran positif lagi.  Pasti ada sebab tertentu kenapa dia berkelakuan gelabah macam ni?

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now