BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!

25.7K 824 9
                                    

          Mulut yang ternganga luas sebentar tadi tu, aku tutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Mulut yang ternganga luas sebentar tadi tu, aku tutup rapat.  Afiq Khairul yang berdiri di hadapanku itu, aku renung tajam.

          Selamba saja dia tersenyum di situ sambil tayang muka innocent!

          "Jadi, maksud abang..." Aku tidak sanggup sambung ayat itu sampai habis.

          Mukaku mula merona merah.  Aku pegang kedua-dua pipiku lalu berpaling dan membelakangkan Afiq Khairul.

          Oh my gosh, malunya aku!

          "Jangan risau.  Semasa hari kejadian, diaorang tidak tahu yang abang selamatkan Leha melalui kaedah CPR.  Apa yang diaorang tahu, Leha dah sedarkan diri time diaorang sampai kat sini.  Anggaplah ini adalah rahsia kita berdua.  Abang dan Leha saja yang tahu.  Jadi, ciuman pertama Leha berlaku di sini.  So, tak perlu nak malu atau mengelak daripada abang.  Sebab yang bagi bantuan pernafasan tu bukan orang lain.  Tapi, abang juga kan..." Meleret sungguh ayat Afiq Khairul itu.

          Aku tak terkata-kata apabila terdengar kata-katanya tu.  Pokok pangkalnya, aku speechless!

          Aku tak sangka yang dia selamatkan aku dengan cara yang macam tu!

          "Tapi, ciuman semalam tu lebih thrill... Rasanya sebab Leha dah jadi isteri abang dan besar panjang macam ni kot?" bisik Afiq Khairul tiba-tiba di telingaku.

          Aku yang terkejut dengan kelakuannya itu menjarakkan diri dengan mulut terlopong luas lagi.

          Thrill?

          Pandangan mata Afiq Khairul jatuh ke arah bibirku.  Aku bertambah malu dan frustrated dengan kelakuannya itu.

          Eee, miang!

          "Sejak bila abang jadi miang macam ni? Sudah! Leha tahu... Jangan diulang lagi!" bentakku geram dan terus melangkah pergi dari situ.

          Tidak sanggup rasanya nak berhadapan dengan Afiq Khairul lagi.

          "Eh? Bukan Leha yang nak tahu sangat ke perkara ni, apasal pula nak mengelak?" perli Afiq Khairul dengan senyuman sinis.

          Aku menoleh dengan muka bengang.

          "Sudah! Cukup!" arahku sambil menudingkan jari kepada dia.

          Afiq Khairul ketawa dengan reaksiku itu.  Aku gigit bibirku.  Menyesal aku tanya!

          Aku berjalan laju tanpa menghiraukan Afiq Khairul yang masih lagi ketawa di belakangku itu.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now