BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!

19K 693 26
                                    

          Awal-awal pagi lagi, aku ikut atok ke kebunnya yang terletak tidak berapa jauh di belakang rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Awal-awal pagi lagi, aku ikut atok ke kebunnya yang terletak tidak berapa jauh di belakang rumah.  Ini disebabkan, umi telah mengeluarkan arahan mandatorynya kepada aku.

          Kata umi, pergi saja kat mana-mana asalkan jangan berada di dalam dapur buat sementara waktu.  Lebih tepat lagi, aku kena halau!

          Apataknya, aku dengan baik hatinya nak tolong umi goreng ikan tadi.  Tapi, tak tahu pula yang ikan tu boleh jadi hangus.  Hitam legam macam belakang kuali tu! Masa aku nak selamatkan ikan tu, boleh pula ikan tu 'terpelanting' atau 'terbang' ke lantai.

          Tak dapek dek nak selamatkannya!

          Aku tambah sakit hati apabila Amin dah ketawa sampai terguling-guling di atas lantai.  Cis, kurang asam betullah dengan abang kembar aku tu! Bebelku dalam hati.

          Aku duduk mencangkung di atas batas sambil menopang dagu.  Apabila sinaran matahari mula terasa pada kulit muka aku yang sememangnya tak berapa nak putih ni, aku berdiri dan berteduh di bawah pokok pisang.  Aku tengok atok tengah siram tanaman pokok tomatonya yang dah pun berbuah dengan lebat itu.  Kemudian, atok cabut pula rumput yang tumbuh meliar di bawah pokok lada besar.

          Aku tersenyum, bangga dengan hasil tanaman atok!

          Aku garu kepala yang tak gatal.  Bosan! Tak tahu nak buat apa.  Tadi, aku nak tolong atok siram tanaman dia.  Tapi, atok buat silang 'x'.  Tidak membenarkan aku berbuat apa-apa sebab aku dah pakai baju cantik.  Takut baju aku kotor.  Biasalah, Pak Cik Sufian nak datang hari ni!

          Lantaran terlampau bosan.  Aku berdiri lalu berlari ke arah atok.

          "Atok, Leha ke rumah Sofea dulu ye? Tak lama, kejap saja..," pintaku kepada atok yang sedang sibuk mencabut rumput itu.

          Atok angkat wajah lalu tersenyum melihat aku.  Topi di atas kepalanya dibetulkan lalu mengesat peluh yang mula kelihatan di dahinya itu.

          "Baiklah, tapi jangan lama sangat.  Pak Cik Sufian kamu tu tak lama lagi nak sampai.  Kang tak pasal-pasal... Umi melaung jerit nama kamu lagi," pesan atok dengan sengihan lebar.

          Aku ketawa dengan kata-kata atok itu.  Selepas berpamitan dengan atok.  Aku berlari anak ke rumah Sofea yang hanya beberapa langkah dari rumah aku ini.  Sofea Alisya Binti Samad, jiran rumah merangkap kawan baik aku serta crush Amin!

          Aku berjalan dengan santai apabila terlihatkan Sofea masuk ke dalam reban ayam di belakang rumahnya itu.  Sofea dengan suara ayunya menjerit di situ.  Dengan gabungan suara ayam yang terpekik dan teriakan ayu Sofea yang menyuruh ayam tu 'jangan lari'.  Aku ketawa kuat.  Lawaklah Sofea ni!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now