BAB 7 - BALAS DENDAM!

16.4K 708 18
                                    

          Afiq Khairul berdiri di beranda belakang rumah sambil merenung sekujur tubuh yang sedang diulit mimpi di hadapannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Afiq Khairul berdiri di beranda belakang rumah sambil merenung sekujur tubuh yang sedang diulit mimpi di hadapannya itu.  Jam di tangan dikerling.  Dah masuk pukul 6:45 petang.  Kemudian, sekujur tubuh itu direnung sekali lagi.  Dengan tubuhnya menyandar di kerusi rotan sambil duduk bersimpuh ayu.  Siapa lagi kalau bukan si Leha, budak senget lagi biut ni!

          Sejak tadi lagi dia mencari kelibat Leha.  Sehinggakan dia terpaksa mencari dari tingkat bawah ke tingkat atas.  Nasib baik hatinya tergerak untuk menjenguk ke beranda belakang rumah.  Akhirnya, dia jumpa juga dengan budak senget ni!

          Kepalanya digeleng berkali-hali.  Astaghfirullah Al-Azim... Boleh pula budak ni tidur time matahari dah nak terbenam?

          Niatnya untuk menanyakan sesuatu kepada Leha dibatalkan.  Ini disebabkan, agenda jahat mula bermain di fikirannya.  Dia tersenyum tapi sinis!

          Afiq Khairul mula mendekati Leha dan kemudian membisikkan sesuatu ke telinga Leha yang tersembunyi di sebalik tudung itu.

          "Bangun! Kau tak nak Solat Subuh ke?" Afiq Khairul menegakkan tubuhnya semula selepas mengejutkan Leha daripada lenanya itu.

          Terpinga-pinga budak tu bangun sambil melihat kiri dan kanan.  Matanya dilenyekkan beberapa kali.  Jelas kelihatan raut wajah budak tu yang bingung serta blur dengan situasi sekarang ini.

          "Dah subuh ke?" tanya budak tu cemas.

          Afiq Khairul hanya tayang muka tanpa perasaan.  Kemudian, dia menganggukkan kepalanya dengan wajah serius saja.

          "Kenapa tiada sesiapa yang kejutkan aku? Aku tidur kat sini ke malam tadi? Yaa Allah..." Kalut budak tu berdiri dan cepat-cepat berlalu ke pintu dapur.

          "Kau nak ke mana?" tanya Afiq Khairul.  Saja nak tanya.  Padahal dia dah dapat agak budak tu nak ke mana.

          "Aku nak Solat Subuh.  Dah lambat ni..," jawab budak tu lalu hilang di sebalik pintu dapur tersebut.

          Sesaat kemudian, Afiq Khairul tersenyum sinis lagi sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.  Tak sangka yang niatnya untuk mempermainkan Leha berjaya dengan jayanya.  Itulah padah apabila tidur pada sebelah petang apatah lagi dekat-dekat nak Maghrib macam ni.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku berlari anak masuk ke dalam bilik dan segera mengambil tuala di belakang pintu tanpa mempedulikan Adila yang sedang duduk di birai katil.  Nak cepat!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now