BAB 16 - MISI GAGAL!

21.7K 789 15
                                    

          Aku menjenguk ke luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku menjenguk ke luar.  Mencari kelibat Afiq Khairul.  Tiada.  Aku hembus nafas lega.  Dengan langkah perlahan, aku menyandar di dinding.  Kemudian, dengan menjengukkan kepalaku dahulu, aku menapak perlahan ke ruang tamu.  Slow and steady!

          Jeng-jeng-jeng... Gayaku seperti pengintip yang tak bertauliah!

          Setelah aku fikir masak-masak.  Bukan setakat masak-masak, sampai ke tahap hangus dah aku berfikir!

          Aku akan pujuk Afiq Khairul dengan cara aku sendiri.  Aku akan pujuk dia sampailah dia bersetuju untuk membenarkan aku tidur di bilik sebelah tu.

          Lagipun, sia-sia saja aku menangis hari tu.  Walaupun aku buat perangai merajuk kat Afiq Khairul sepanjang malam itu, dia buat tak tahu saja.  Buat nothing dan aku pula yang sakit hati lagi.

          Jadi, abaikan tentang perkara tu.  Yang penting tindakan aku sekarang ini.  Usaha tangga kejayaan.  Fighting!

          Kakakaka.... Aku ketawa jahat dalam hati.

          Kertas memo di tanganku itu, aku perhatikan dan kemudian tersenyum sumbing di situ.  Harap-harap misi yang akan aku laksanakan ini, akan berjaya.  Good luck Leha!

          Aku perhatikan ruang tamu.  Kosong!

          Dengan langkah laju, aku berlari anak ke ruang tamu.  Satu kertas memo aku lekatkan di kaca television.  Kemudian, ke dapur.  Satu kertas memo juga aku lekatkan di peti sejuk.  Begitu juga di setiap pintu bilik di dalam kondominium ini.  Setelah berpuas hati, aku berlari anak masuk ke dalam bilik tidur kami.

          Mission accomplished!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul mengurut bahunya yang terasa sengal.  Kertas kerja di hadapannya itu diambil dan dimasukkan semula ke dalam briefcase.  Laptop di hadapannya itu turut dimatikan.  Jam di dinding diperhatikan.  Dah nak masuk waktu Isyak.

          Afiq Khairul menapak keluar dari bilik kerjanya itu.  Pintu bilik ditutup rapat.  Tetapi, sesuatu menarik perhatiannya.  Kertas memo yang tertampal di pintu itu ditarik...

  Kertas memo yang tertampal di pintu itu ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now