BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!

20.3K 571 90
                                    

          Lahad Datu, Sabah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Lahad Datu, Sabah?

          Aku buat selamba saja.  Di saat ini, aku tidak tunjukkan sebarang reaksi di raut wajahku.  Sama ada reaksi teruja mahupun reaksi terkejut.  Walaupun hakikatnya, aku ingin memberitahu Amin yang Sofea berada di negeri Sabah sekarang ni.

          Pelbagai kemungkinan bermain di benak fikiranku...


Scenario 1 -  Adakah Amin dan Sofea akan terserempak di sana nanti?

Scenario 2 -  Mungkinkah Amin akan cari Sofea di sana nanti?

Scenario 3 -  Atau, mereka tidak akan terserempak sehinggalah projek di sana habis dan Amin kembali semula ke sini?


          Apa-apapun, aku hanya tunduk dan sesekali melihat Amin di hadapanku itu.  Tapi, Amin hanya bersikap seperti biasa saja.  Timbul perasaan simpati kepada abangku itu.  Tabahnya dia!

          Namun, secara tidak sengaja pandanganku bertembung pula dengan Afiq Khairul.  Dia tersenyum dan lirikan matanya itu buat aku rasa lain.  

          Eh, kenapa? 

          Pelik semacam cara Afiq Khairul pandang aku ketika ini.  Aku diam seketika.  Cuba mencari maksud di sebalik senyuman dan lirikan mata Afiq Khairul tu.

          Tapi, tidak lama lepas tu... Aku ketap bibirku.  Dia tahu apa yang aku fikirkan!

          Terus aku lepaskan helahan nafas halus.  Aku balas senyumannya itu dan perhatikan saja Aqil Zayaan yang sedang duduk di pangkuan Amin tu.  

          Pelik tapi itulah hakikatnya yang sebenarnya.  Tiada perkara yang boleh aku sembunyikan daripada dia.  

          Sejak dulu lagi, aku syak Afiq Khairul ni ada kuasa boleh baca fikiran orang lain kot? Apalagi kalau berkaitan dengan aku.  Senang-senang saja dia boleh tahu apa yang aku fikirkan.  

          Menakjubkan!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Pejam celik, pejam celik.  Tiga bulan sudah berlalu...

          Aku terjaga daripada tidur.  Sayup-sayup kedengaran suara dari luar pintu bilik kami.  Aku tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Afiq Khairul.

          "Abang..," bisikku perlahan.

          Afiq Khairul mencelikkan matanya.  Terus tangannya naik ke pinggangku.  Perlahan-lahan dia mengusap perutku itu.  Rutin harian Afiq Khairul setiap kali terjaga daripada tidurnya.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now