BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!

17.4K 574 43
                                    

          Adila melambaikan tangannya kepada Aisyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Adila melambaikan tangannya kepada Aisyah.  Teringat kata-kata Aisyah sebentar tadi...


'Adila, sportinglah mama boyfriend awak tu.   Tambahan pula, nama kami sama laa.  Aisyah.  Okey, awak boleh panggil saya mama juga.  I tak kisah.  No hal punya.  Anggaplah awak practice untuk masa depan gitu.  Hurry up!' 


          Aisyah ni luculah!

          Adila hanya mampu tergelak dan gelengkan kepalanya saja.

          Langkah Adila terhenti.  Dia mendongak ke atas.  Titisan air hujan menghalangnya daripada terus melangkah ke hadapan.

          Alamak, hujan!

          Adila mengundurkan tubuhnya sedikit ke belakang.  Tempias air hujan hampir membasahi kasutnya itu.  

          Macam mana nak ke sana?

          Lagipun, dia tidak ada bawa payung.   Selalunya, Ilham Hakimi akan tunggu dia kat ruang parking di tepi shopping mall ni.

          Haaa... Adila jadi buntu sekejap!

          Ting... Ting... Bunyi menandakan ada pesanan WhatsApp yang masuk.   Pantas Adila capai handphone miliknya itu di poket seluar jeans saja.

          Tertera nama Ilham Hakimi.  Adila menghela nafas lega.   Nasib baik!

Ilham Hakimi : On the way.  Adila tunggu kat pintu masuk shopping mall.  Hujan ni.

          Ringkas pesanan Ilham Hakimi tu.

Adila : Okey.

          Lagi ringkas maklum balas daripada Adila.

          10 minit kemudian, kelihatan kereta Ilham Hakimi berhenti di depan ruangan pintu masuk shopping mall tu.   Adila bergegas menghampiri kereta Ilham Hakimi memandangkan banyak kereta yang beratur dan menunggu di bahagian belakang.  Sesak gitu!

          "Nak saya perlahankan suhu penghawa dingin ke?" tanya Ilham Hakimi selepas melihat Adila memakai tali pinggang keledar.

          Adila gelengkan kepala.

          "It's okey.  Tak berapa sejuk berbanding kat luar tadi," balas Adila segera.

          Ilham Hakimi tersenyum.  Dia memasang signal untuk keluar ke jalan utama.  Mungkin disebabkan hujan, Ilham Hakimi memandu dengan kelajuan yang sederhana saja.   Berhati-hati.  Pandu cermat jiwa selamat.

          "Tadi saya tak sempat nak tanya.  Adila okey ke? Maaf, saya pun tak sangka mama akan datang ke tempat kerja Adila tadi..," soal Ilham Hakimi dengan nada bersalah.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now