BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!

25K 772 39
                                    

          Ilham Hakimi terkejut dengan permintaanku itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Ilham Hakimi terkejut dengan permintaanku itu.  Dia menoleh kepada Afiq Khairul.  Afiq Khairul pula melemparkan pandangannya ke arah Adila.  Kening Afiq Khairul berkerut apabila dia tengok Syamir berdiri di hadapan adiknya itu.

          Terus renungan Afiq Khairul jadi tajam.  Setajam mata pisau!

          "Apa yang berlaku?" tanyanya perlahan.

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul.  Aku dekatkan diriku kepadanya.  Dia tunduk dan melihat aku dengan wajah serius.

          "Kami terserempak dengan Syamir dan girlfriend dia tu.  Tapi, girlfriend Syamir tu macam terlebih-lebih pula.  Terlalu bangga diri dan pandang Adila dari atas sampai ke bawah.  Leha benci dengan pandangannya tu!" jelasku dengan nada berbisik lagi.

          Tangan kirinya memegang pipiku.  Kemudian, mengelusnya perlahan.  Barangkali cuba meredakan kemarahanku.   Ini adalah kali pertama dia tengok aku marah dengan orang lain.  Selalunya kalau aku marah, ia mesti disebabkan oleh dirinya sendiri!

          Aku tengok Afiq Khairul.  Dia diam.  Dia seperti dalam dilema.  Rasanya aku boleh agak apa yang dia fikirkan itu.  Dia tidak mahu Ilham Hakimi dan Adila ada kaitan antara satu sama lain!

          "Tolong, please..," rayuku sambil menggerak-gerakkan lengan Afiq Khairul itu.  

          Aku tayang muka kesian habis-habisan!

          Hanya cara ini yang aku dapat fikirkan sekarang ni.  Aku tidak akan biarkan Adila nampak lemah di hadapan Syamir tu.  Terutama sekali, di depan girlfriend Syamir tu.  Never!

          Perempuan tu ingat dia saja yang boleh terlebih-lebih.  No way.  Aku pun boleh!

          Mungkin tidak tahan dengan penangan muka kesianku itu, Afiq Khairul menoleh kepada Ilham Hakimi lalu menganggukkan kepalanya saja.  Aku tengok Ilham Hakimi tersenyum nipis.  Tanpa membuang masa, dia melangkah ke arah Adila sambil meletakkan tangan kanannya ke dalam poket seluarnya itu.  

          Afiq Khairul dan aku juga turut melangkah ke arah Adila.

          Apabila langkah Ilham Hakimi semakin dekat dengan Adila, aku tahan debaran di dada.  Bolehkah Ilham Hakimi menyamar jadi boyfriend Adila?

          Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Apa-apapun, aku yakin yang Ilham Hakimi pasti boleh lakukannya.  Ilham Hakimi, you can do it! Sorakku dalam hati.

          Aku pegang lengan Afiq Khairul dengan erat sekali.  It's show time!

          "Adila," panggil Ilham Hakimi.

          Nada suara Ilham Hakimi ada sedikit husky.  Jadi, apabila dia panggil nama Adila tu... Entah kenapa, rasa macam ada aura romantik gitu!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now