EXTRA I - MAHU TAPI MALU!

11.3K 356 58
                                    

          Afiq Khairul memarkirkan keretanya di tepi pagar sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Afiq Khairul memarkirkan keretanya di tepi pagar sekolah.  Kelihatan kelibat anak lelakinya iaitu Aqil Zayaan sedang berjalan ke arahnya dengan langkah yang sedikit laju.  Berbaju seragam colour navy blue berbanding budak-budak sekolah yang lain.  Smart dan segak seperti selalunya!

  Smart dan segak seperti selalunya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Bye Aqil, jumpa esok..," sahut budak perempuan yang berdiri di tepi pagar sekolah tu.

          Terukir senyuman nipis di bibir Afiq Khairul.  Keningnya terangkat sebelah!

          "Aqil! Bye!" teriak budak perempuan yang lain pula.

          Namun, Aqil Zayaan tidak menoleh.  Gelak ketawa serta usikan budak-budak perempuan yang masih menunggu di tepi pagar sekolah tu tidak di pedulikan sama sekali.

          Bukan kali pertama perkara sebegini terjadi.  Selalu sangat sampai dia dah biasa!

          Afiq Khairul menggelengkan kepalanya.  Dia ketawa sambil membukakan pintu untuk anaknya itu.  Aqil Zayaan hanya mengerutkan dahinya.  Huluran tangannya itu disambut seperti biasa.  Anaknya itu menyalamnya dengan muka merona merah.  Malu kot?

          "Tak nak lambai balik ke?" usik Afiq Khairul selamba.  

          Sedetik waktu, Aqil Zayaan menutup pintu kereta dan segera memakai tali pinggang keledar.  Kemudian, melihat Afiq Khairul dengan kening bertaut rapat.

          "Mama kata Aqil masih budak-budak lagi.  Dan, kalau tak suka seseorang, jangan bagi harapan.  Lagipun, mama suruh ke sekolah untuk belajar.  Bukan untuk bercinta!" balas Aqil Zayaan serius.

          Terus saja Afiq Khairul ketawa apabila mendengarkan kata-kata anaknya itu.  

          Aduhai, kenapa serius sangat ni?

          "Ini ke pesanan mama semalam?" tanya Afiq Khairul lagi dengan sisa ketawa yang masih ada.

          Aduh, isteriku... Ada-ada saja!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now