BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!

34.6K 1.2K 66
                                    

          Selepas bercuti selama 3 hari di kampung tu, aku kembali semula ke Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Selepas bercuti selama 3 hari di kampung tu, aku kembali semula ke Kuala Lumpur.  Bekerja semula walaupun mood bercuti masih ada.  Walaupun begitu, aku mulakan rutin harianku seperti biasa.  Check email serta print out email yang urgent.  Lepas tu, letak di atas meja kerja Afiq Khairul.

          Tepat pukul 9:30 pagi, Afiq Khairul muncul.  Aku hanya buat kerjaku tanpa menoleh ke arahnya.  Selang 20 minit kemudian, Afiq Khairul arahkan aku type surat rasmi.  Aku anggukkan kepalaku saja.  Dia bos, aku kuli.  Arahan dituruti!

          Setelah surat rasmi tu siap ditaip, aku print out dan terus masuk ke dalam biliknya semula.

          Tapi, Afiq Khairul mengatakan sesuatu yang sangat mengejutkan sampai aku rasa nak pitam.  Sukar dipercayai, gila ke?

          Apataknya, apabila seseorang melamar kita secara tiba-tiba, sudah tentu segala emosi akan terpapar diraut wajah kita.  Terkejut, terlopong, terharu dan gembira... Betapa indahnya di saat itu.  Apalagi jika ia lamaran dari orang yang kita cintai.

          Aduhai, alangkah romantiknya!

          Namun... Tidak bagi aku!

          "Kahwin dengan aku," arah Afiq Khairul tiba-tiba.

          Kahwin? Siapa? Aku? Keningku bertaut rapat.  Aku tengok dia berpeluk tubuh di situ sambil menyandarkan tubuhnya di meja kerja.  Begitu santai dengan aura dia yang tersendiri.

          "Aku nak kau kahwin dengan aku," ulang Afiq Khairul sekali lagi.

          Terus mulut aku terlopong habis... Lebih tepat lagi, ternganga habis!

          Kenapa permulaan aku start kerja hari ni, aku kena dengar arahan dia yang sangat mengarut ni?

          Apa kes?! Jeritku dalam hati saja.

          Aku pandang Afig Khairul dengan renungan tajam.  Dia hanya memandangku dengan wajah selamba.  Hari ini dia memakai blue navy suit serta kemeja putih.  Itu belum lagi dengan rupa dia yang pekerja wanita di company ni gila habis.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now