BAB 47 - COSPLAY!

17.2K 574 57
                                    

          Hujung minggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Hujung minggu...

          Hari ni Adila bersiap awal ke tempat kerjanya.  Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, dia menapak turun ke tingkat bawah.

          Pandangan Adila tertumpu kepada abangnya dan Leha di hadapannya itu.  Abangnya itu sedang melutut sambil memakaikan kasut untuk Leha.  Disebabkan baby bump Leha semakin membesar, semakin sukar untuk iparnya itu tunduk dan memakai kasut.

          Alahai, so sweet!

          Comel saja dia tengok Leha dengan baby bump yang semakin besar tu!

          "Let's go!" Tiba-tiba, dengan semangat yang tinggi... Leha mengenggam jari-jemarinya lalu mengangkat tangannya itu ke arah atas.  Macam budak-budak tadika!

          Terus Adila ketawa dengan telatah Leha tu.

          "Macam kambing baru keluar dari kandang," perli Afiq Khairul seraya mencubit pipi Leha tu.

          Leha tergelak happy.

          "Hehehe... Leha dah lama terperap kat rumah.   Baru hari ni abang ada masa bawa Leha keluar jalan-jalan lagi.  Mestilah semangat.  Best gila!" kata Leha sambil tayang gigi.

          Adila tersengih lebar apabila terdengarkan kata-kata Leha tu.  Namun, dia turut simpati dengan keadaan Leha ni.  Gara-gara pendarahan tempoh hari tu, Leha terpaksa berehat di rumah saja.  Nasib baik kandungannya sekarang ni dah stabil, jadi Leha dah boleh keluar jalan-jalan di hujung minggu gitu.

          "Adila dah siap? Abang hantar ke tempat kerja dulu..," soal Afiq Khairul lalu melihat Adila di sebelah Leha tu.

          Adila anggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar.  Yes, tak perlu naik Grab.  Jimat!

          Selepas berpamitan dengan ayah dan ibu, mereka melangkah ke ruangan parking kereta.  

          Leha menoleh kepada Adila...

          "Kalau dah lenguh kaki ni, kami datang dan lepak kat cafe ye... Tak sabar nak tengok kau pakai dress tu.  Mesti cantikkan?" ujar Leha lagi sambil menoleh ke arah Adila.

          Adila ketawa.  Sejak dari semalam lagi, Leha excited nak ke cafe tempat dia kerja tu.  Biasalah, first time nak ke sana.

          "Okey, WhatsApp je aku nanti kalau dah nak on the way ke cafe tu..," beritahunya sambil tersenyum lebar.

          Leha angkat jari thumbs up.  Okey!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now