BAB 32 - PERVERT!

25.1K 746 31
                                    

          Aku menoleh ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku menoleh ke belakang.  Mencari kelibat Afiq Khairul.  Tapi, tiada.  Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Kenapa Adila dan Ilham Hakimi bertengkar kat depan tu? Diaorang kenal antara satu sama lain ke? Bisikku dalam hati.

          Selepas sarapan di rumah mertuaku tadi, Afiq Khairul dan aku bergerak pulang ke kondominium kami semula.  Adila ikut sama sebab dia tiada kelas hari ini.  Sebelum itu, kami singgah di pasar raya yang berdekatan untuk membeli barang dapur dahulu.

          Tetapi, kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku di depan mataku.  Ia bermula apabila Adila menolak troli ke kaunter pembayaran dan secara tidak sengaja dia terlanggar punggung orang kat depan dia tu

          Dipendekkan cerita, orang itu ialah Ilham Hakimi!

          Aku terkejut.  Adila pula terkaku dengan mulut terbuka luas.  Bukan perkataan maaf yang keluar daripada mulut Adila tu...

          "Pervert!" teriak Adila sambil menuding jarinya kepada Ilham Hakimi.

          Aku yang berdiri di belakang Adila, terkejut dan bingung buat sementara waktu.  Aku tengok muka Ilham Hakimi pula dah jadi merah menyala.  Tidak tahu sama ada dia marah atau malu.  Rata-rata orang yang ada berdekatan dengan kami ni menoleh kepada mereka berdua.

          Pandangan Ilham Hakimi tertumpu kepada aku yang berdiri di belakang Adila.  Dia tersentak.  Kemudian, dia alihkan pandangannya dan merenung Adila di hadapannya itu.  Lama.  Keningnya bertaut rapat.

          "Adila?" Lama Ilham Hakimi terkelu.

          Tidak lama selepas itu, baru dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berpeluk tubuh.  Ilham Hakimi memandang Adila dengan senyuman sinis.

          Dia mendekati Adila.  Sementara itu, aku tengok mereka berdua.  Masing-masing dengan muka ketat tak nak mengalah!

          "Berapa kali saya nak cakap? Perkara lepas tu saya tak sengaja.  Tolong jangan ungkitnya lagi.  Kalau saya ni pervert, bukankah Adila pula adalah budak miang? Perlukah saya ingatkan kembali kejadian tu kepada Adila semula?" kata Ilham Hakimi dengan muka selamba.

          Adila terdiam.  Mukanya juga mula merona merah.

          "Saya bukan budak miang!" tukas Adila pantas.

          Ilham Hakimi tersenyum jahat.   Dia tunduk dan berbisik hanya untuk pendengaran Adila.  Tapi, aku yang berdiri di belakang Adila ni turut memasang telinga walaupun mataku masih melilau mencari kelibat Afiq Khairul.  

          Hish, mana pula laki aku ni?!

          "Dan saya bukan orang pervert! Sepatutnya saya yang rugi.  Awak dah nampak seluruh tub..." Belum habis kata-kata Ilham Hakimi itu, Adila sudah memukul bahunya menggunakan sayur sawi!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now