BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!

22.4K 740 8
                                    

          Selepas saja sarapan pagi, Amin ikut keluar bersama-sama dengan Afiq Khairul ke tapak pembinaan

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

          Selepas saja sarapan pagi, Amin ikut keluar bersama-sama dengan Afiq Khairul ke tapak pembinaan.  Katanya, hendak menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang sama.  Biasalah, Afiq Khairul adalah idola dia sejak kecil lagi!

          Adila pula muncul tepat-tepat aku dah habis mengemas.  Siap dengan beg kain sederhana besar dan senyuman manis bak model iklan gigi!

          Aku tersenyum lebar.  Pasti malam ni riuh plus gempak dengan kehadiran Amin dan juga Adila... Sebab diaorang ni satu kepala, anak-anak ribena!

          Menjelang petang, Adila dan aku duduk di balkoni sambil menghayati pemandangan serta berborak tentang isu-isu semasa dan kisah yang dulu-dulu.  Macam-macam yang kami bualkan.  Tapi, perkara yang Adila beritahu aku sebentar tadi tu membuatkan aku terdiam seketika.

          "Honeymoon? Pulau Mabul?" ulangku semula sambil melihat Adila yang sedang duduk bersila di atas kerusi tu.

          Adila tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

          "Yap! Lepas majlis kat rumah nanti.  Abang Afiq nak bawa kau pergi honeymoon.  Kat Pulau Mabul... Abang Afiq belum beritahu kau lagi ke?" tanya Adila lalu menghirup teh tarik ais yang aku buat sebentar tadi.

          Aku gelengkan kepalaku.

          "Belum," jawabku ringkas.

          Adila tersentak dengan mata yang membulat luas!

          "Alamak, aku terlepas cakap ke? Barangkali Abang Afiq nak buat surprise kat kau nanti... Habislah aku!" resah Adila sambil menutup mulutnya.

          Aku tepuk perlahan paha Adila.  Isyarat supaya jangan risau sangat, it's not a big deal pun!

          "Tak apalah.  Lagipun, lambat laun aku tahu juga kan..," ujarku selamba.

          Aku terdiam di situ.  Ada sesuatu yang terlintas di fikiranku...

          "Kami berdua je ke?" tanyaku lalu menghulurkan kek coklat kepada Adila.

          Adila tercengang.  Siap menggeleng-gelengkan kepalanya.  Tapi, sempat juga dia ambil satu slice kek coklat dengan senyuman yang 'semacam' itu.  Macam gedik saja aku tengok!

          "Mestilah berdua.  Dah namanya honeymoon... Takkan bertiga kot?" perli Adila lantas memukul pahaku sambil mengenyitkan matanya.

          Kalau sekali Adila kenyit mata, aku tak kisah.  Tapi, Adila ni dah macam terlebih-lebih pula.  Mengenyitkan mata dengan senyuman gatal dan gedik itu dibaginya kepada aku!

BOS A.K.A SUAMIKUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora