Baby 25

8 2 5
                                    

Persekitaran villa itu telah lama sunyi daripada bunyi tembakan. Namun ia kini bingit dengan bunyi berpuluh-puluh ambulan daripada beberapa buah hospital berhampiran, untuk membawa kesemua yang tercedera ke hospital. Pasukan bomba yang tiba sebelumnya pula sibuk memadamkan kebakaran.

“Ketua kumpulan Vision, Tengku Sharmila Tengku Aizat dilaporkan telah terperangkap dalam kebakaran villa dan meninggal dunia di tempat kejadian. Saki-baki ahli kumpulan yang dipimpin oleh pembantunya Tarmizi Akhbar atau dikenali juga sebagai Komander, telah berjaya melarikan diri. Tengku Amir Ahmad telah berjaya diselamatkan daripada kebakaran tersebut. Sumber tenaga Puteri telah dikeluarkan dan android tersebut telah dihantar terus ke makmal di Bandar Bintang. Walaubagaimanapun, robot yang bertarung dengan Puteri telah berjaya menghilangkan diri.”

Pesuruhjaya Azrul mengangguk faham apabila laporan itu disampaikan kepadanya. Lans Koperal Idzhar Lim yang bekerjasama dengan konsultan daripada Kumpulan Binari memaklumkan rancangan mereka untuk menguasai CAI villa dan melepaskan Virus L-2. Sebaik sahaja CAI villa dapat dikuasai, mereka mendapati kumpulan itu telah berjaya melarikan diri.

“Virus L-2 dilepaskan.” Pandangan semua orang tertumpu pada skrin. Mereka ingin memastikan ianya benar-benar berfungsi. Kemudian, seperti yang dirancangkan, selepas beberapa saat Virus L-2 dilancarkan, Puteri terhenti dengan sendirinya. Tanpa membuang masa, robot berwarna perak terus mencengkam dada Puteri dan mengeluarkan ‘ruby’. Selepas itu, ia segera menghilangkan diri.

+++

Adam Dennis menoleh ke arah Moonlight yang berbaring di tempat duduk belakang MPV yang dipandu oleh Max. Android itu mengalami kerosakan teruk di seluruh badan. “Bawa kekasih hati saya itu kembali ke sini dan saya akan memperbaikinya supaya ia kembali pulih seperti sedia kala,” ujar Wilhem.

Duduk berhampiran Puteri, seorang lelaki berbangsa India yang mengalami kecederaan di bahu. “Siapa kau?” Soal Adam Dennis ketika pertama kali menemui lelaki tersebut.

Sebaik sahaja tamat perbualan mereka dengan seorang lelaki bernama Asyraff dan juga isterinya Normi berkenaan perancangan menguasai CAI, lelaki berbangsa India itu dilihat berlari keluar daripada pintu utara villa sambil memegang bahunya yang berlumuran darah. Beberapa orang lelaki berseragam ungu mengikut di belakang, sambil melepaskan tembakan. Wajah mereka kelihatan marah.

Tanpa menunggu arahan Adam Dennis, Maximillian Wagner terus bergerak sendiri. Dia mara dan menembak ke semua lelaki berseragam ungu itu satu demi persatu. “Adakah kau di pihak Tengku Amir?” Lelaki itu segera mengangguk.

“Aku Shankar. Terima kasih kerana menyelamatkan aku.” Shankar akhirnya membuka mulut. Luka di bahunya telah dibalut oleh Max. “Aku bersama-sama Tengku Amir,” ujarnya sambil mengerling me arah Moonlight. “Android ini tidak merbahayakah?”

Adam Dennis dan Maximillian Wagner ketawa kecil apabila mendengar soalan Shankar. “Moonlight berada di bawah kawalan kami. Ia tidak akan mengganas seperti Puteri.”

“Puteri...” Shankar terdiam seketika. “Bagaimana dengan Puteri?”

“Hah, kamu tentu tidak tahu apa yang telah berlaku di sebelah hadapan villa. Puteri telah mengganas dan mencederakan ramai polis dan Moonlight datang seperti hero penyelamat.”

“Hero? Tak nampak seperti hero pun. Rupanya lebih kepada mangsa.” Shankar membelek-belek Moonlight.

“Hei... hei... kamu jangan merendahkan Moonlight. Terutama di hadapan Wilhem!" Marah Adam Dennis. Adam Dennis menterjemahkan setiap butir perkataan yang diucapkan oleh Shankar ke bahasa yang difahami oleh Max.

“Rangka bentuknya menyerupai Puteri,  walaubagaimanapun bahan yang digunakan tidak sekuat Puteri.” Shankar mengetuk Moonlight dengan hujung jarinya. “Ia berbunyi kosong dan tidak mampat seperti Puteri. Sebab itu ianya mudah kemik dan rosak.”

Virus L-2Where stories live. Discover now