Bab 28

6 2 0
                                    

Lelaki itu mendengus kasar apabila media menyiarkan foto beberapa orang yang dikehendaki oleh pihak polis.

“Tarmizi Akhbar atau juga dikenali sebagai Komander, merupakan ketua kumpulan Vision yang menjadi dalang di sebalik beberapa siri pembunuhan di seluruh negara, beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka juga didakwa terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan bergerak aktif di beberapa bandar utama. Ketika serbuan yang dijalankan oleh pihak polis ke sarang utama mereka beberapa hari lalu, Tarmizi Akhbar dan konconya telah berjaya melarikan diri. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka, diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.”

Lelaki itu terus meneguk minumannya secara kasual walaupun sesekali dia berhenti dan merungut-rungut berkenaan sesuatu. Wajah Tarmizi Akhbar berada di mana-mana. Malahan pembekal perkhidmatan komunikasi juga menghantar foto lelaki itu ke I-Ran pengguna sebagai ingatan.

Lelaki itu semakin gelisah apabila media menyiarkan berita penangkapan ahli-ahli Vision. “Terbaru, polis telah berjaya menangkap lima orang lagi dipercayai anggota Vision ketika mereka cuba meninggalkan negara melalui pelabuhan Selatan ke negara jiran. Jumlah yang ditangkap sehingga kini mencecah lapan puluh orang.”

“Encik lihat tingkah-laku lelaki tadi? Gerak-gerinya kelihatan sungguh mencurigakan,” bisik seorang pelayan kepada pemilik kafe.

“Mungkinkah dia juga anggota Vision yang dicari-cari oleh pihak polis?” Soal seorang yang lain.

“Encik, patutkah kita hubungi pihak polis?”

Pemilik kafe itu hanya menggeleng. “Kita tidak boleh menuduh orang sebarangan. Selain daripada Tarmizi Akhbar yang disiarkan fotonya oleh pihak polis, kita tidak mengetahui wajah anggota kumpulan yang lain. Jangan cepat menilai orang melalui paras rupa sahaja. Tambahan pula, lelaki tadi berambut panjang dan berkulit gelap. Manakala Tarmizi Akhbar itu seorang yang berkulit cerah dan berambut pendek. Mungkin lelaki itu mempunyai masalah lain,” ujar pemilik kafe optimis.

+++

“Hah Komander, kau dalam kesusahan sekarang! Banyak anggota kau telah ditahan polis! Kau tidak lagi berkuasa!” Ejek lelaki yang dikenali sebagai Bonny itu. “Apa yang ingin kau lakukan kini?”

“Bantu aku keluar negara,” ujarnya ringkas. Bonny dihubungi menggunakan I-Ran yang baru dibeli. I-Ran lama yang didaftar menggunakan nama Tarmizi Akhbar telah dibuang. Nama Kamarul Adli terpapar pada I-Ran yang baru.

“Kenapa pula aku perlu bantu kau? Kau sudah kehilangan segala-galanya.”

Komander tertawa kecil. “Kau tahu pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’?”

Giliran Bonny pula yang tertawa. “Apa yang melanda kau kini bukan lagi hujan, tetapi puting beliung! Cukupkah payung yang kau sediakan?”

“Cukup atau tidak, bukan masalah kau.”

“Perkhidmatan aku juga bukan percuma tahu!”

“Ya, aku tahu. Aku ada insurans yang paling kukuh.”

“Insurans?” Bonny ketawa terbahak-bahak. “Apa insurans yang kau ada?!”

“Crystallize.”

Bonny terdiam seketika apabila nama itu disebutkan. Crystallize merupakan dadah terbaru di pasaran. Ia wujud lebih dua puluh tahun lalu dengan nama Crystal. Sejajar dengan perubahan zaman, ianya telah diperbaharui dan memberi kesan yang lebih hebat daripada versi asal.

“Baiklah, aku akan membantu kau. Ke mana destinasi yang ingin kau tuju?”

“Bolivia.”

“Hah, kenapa Bolivia?”

Virus L-2Where stories live. Discover now