Bab 23

19 3 5
                                    

“Yang Mulia, kumpulan chimera di bahagian utara telah ditewaskan. Kumpulan chimera di bahagian lain seperti timur, selatan dan juga di pintu hadapan sudah semakin lemah.  Pasukan sokongan pihak berkuasa telah pun tiba. Walaubagaimanapun, kita juga telah menghantar pasukan bersenjata dan kini mereka sedang bertempur dengan pihak polis dan tentera.” Komander muncul di skrin visual memberi makluman situasi terkini.

Visual-visual di setiap arah diperhatikan dengan teliti. Tengku Sharmila menyandarkan tubuh ke kerusi. Tegasnya, “Lepaskan semua chimera yang ada. Sudah tiba masa untuk Puteri membuat penampilan. Gelanggang telah dibuka tetapi masih kehilangan watak utama.” Cemeti telah dikembalikan kepada seorang pembantu.

Visual-visual tadi ditutup dan memberikan ruang kepada pandangan Tengku Sharmila menyorot tajam ke arah seseorang. Tengku Amir yang terbaring dengan luka parah di seluruh badan. Dendam yang tersimpan sekian lama menjadikan Tengku Sharmila menggila dan hilang pedoman. Entah berapa kali cemeti dihayun membantai tanpa menghiraukan jeritan dan lolongan tubuh yang dihinggap. Kulit yang terobek dan darah merah yang mengalir seperti tidak memberi kesan kepada Tengku Sharmila. Malahan perasaan puas hati yang tercetak di wajah. Seolah-olah satu beban yang sangat berat telah dialihkan daripada terus menekan kepala.

“Gunakan apa sahaja senjata yang kita miliki. Biar ‘tetamu’ yang hadir menyesali cubaan ‘menyentuh’ kita. Lancarkan senjata biologi sekiranya perlu.” Seorang pembantu datang membawakan segelas minuman. Minuman itu dihirup perlahan. Tengku Sharmila kelihatan hilang minat terhadap Tengku Amir. Sebuah punat ditekan dan mengembalikan skrin visual yang memaparkan keadaan di seluruh sudut gunung. Senyuman kembali terukir apabila mendapati pihaknya berada di kedudukan yang lebih baik berbanding pasukan polis dan tentera.

Setelah beberapa ketika terlantar dalam kolam darah, Tengku Amir cuba menggerakkan kepala. Mengangkat pandangan bertemu dengan Tengku Sharmila.

Tempelak Tengku Sharmila kurang senang, “Adakah hukuman yang diterima masih belum cukup?”

Beberapa minit berlalu tanpa sebarang jawapan. Mata Tengku Amir terpejam rapat, namun senyuman yang terukir menjadikan Tengku Sharmila kurang selesa. Bentaknya, “Mengapa kau tersenyum?”

“Masanya... te... lah... tiba..” Tengku Amir cuba menggagahkan diri untuk berkata-kata. Senyuman masih tidak putus seakan luka seluruh badan tidak terkesan kepadanya.

Tengku Sharmila menjegilkan mata, “Apa yang kau katakan?”

Soalan itu tidak berjawab kerana Tengku Amir terbatuk-batuk tanpa henti. Kecederaan berat yang dialami menyukarkan dia untuk menyambung kata. Tengku Sharmila mencebikkan muka dan berpaling ke arah skrin visual. Memerhatikan keadaan sekeliling villa.
Namun begitu, perhatiannya tidak lama apabila seorang pegawai bawahan membuat laporan, “Yang Mulia, terdapat masalah di sistem CAI villa!”

Skrin visual yang terpapar kelihatan terganggu. Visual mulai terputus-putus dan tidak jelas. Kemudian, tiba-tiba sahaja bekalan elektrik di seluruh kompleks villa terputus selama beberapa saat. Tengku Sharmila menengking, “Apa yang telah berlaku?”

Anggota-anggota kumpulan Vision yang bertanggungjawab di bahagian pengurusan sistem mulai berpeluh dingin. Sebelum elektrik terpadam, skrin di hadapan mereka tidak berhenti-henti menjana barisan kod. Kod yang tidak diketahui fungsinya muncul secara tiba-tiba.

Keadaan yang sama seperti ketika pertama kali Puteri dibangkitkan semula sebaik sahaja dirampas daripada Makmal Teknologi Kota Kundang tempohari. Proses janaan kod tanpa henti itu menyebabkan semua komputer terbeban dan padam.

Sebaik sahaja bekalan elektrik kembali pulih, kesemua komputer dihidupkan kembali. Namun begitu, suatu keanehan menyebabkan kesemua anggota Vision yang bertanggungjawab terkaku di tempat mereka. Skrin di hadapan mereka tidak bertindak balas terhadap sebarang arahan yang diberikan.

Virus L-2Where stories live. Discover now