Bab 22

13 3 0
                                    

Simat tersenyum lebar sambil menyandarkan tubuh ke pangkal pokok. Kaki dilunjur, manakala parang dan senjata api diletakkan di sisi. Meskipun mengalami luka-luka di seluruh badan, wajah Simat kelihatan lega. “Aadi, kau lambat!”

Seorang lelaki berkulit gelap tersenyum dengan parang di tangan berlumuran darah. "Lemah sangat kau kawan! Cepat betul nak menyerah kalah!"

Kembang-kempis deria hidu Simat, menahan bau hamis yang menusuk. Kawasan sekitar Simat telah pun becak dengan cecair pekat  yang sama melumuri parang Aadi. Dia melihat sahabatnya Aadi dan beberapa orang yang lain memeriksa setiap haiwan yang telah dipancung. Bagi memastikan ia benar-benar telah tidak bernyawa lagi.

Soal Simat, "Kau tahu ini binatang apa? Ditembak tak mati-mati. Boleh pula bercakap?”

“Maaf kawan, aku juga pertama kali berjumpa binatang aneh seperti ini.” Jelas kelihatan garis kekeliruan di wajah Aadi. “Binatang ini boleh bercakap?" Apabila melihat Simat mengangguk, Aadi terus menggeleng, "Aneh... cukup aneh!”

“Apa tujuan kau ke sini? Aku pasti kau bukan datang untuk berburu.” Senjata api dan peralatan lengkap yang dibawa Aadi diteliti satu-persatu.

“Aku juga memandu orang ke sini. Orang itu yang beritahu bagaimana hendak berhadapan dengan binatang seperti ini.” Kepala haiwan yang terkulai dikuis dengan parang. Meskipun berkeadaan tenang, namun Aadi masih berwaspada. “Binatang ini tidak kebal pun.”

“Tidak kebal?” Simat mengulangi kata-kata Aadi dengan nada skeptikal. Dia menunding ke arah bangkai seekor daripada haiwan aneh tadi. “Binatang ini terus bangkit, meskipun tubuh dipenuhi peluru. Menyerang dan menerkam, macam tidak apa-apa!”

Aadi tertawa kecil, “Jelas sekali binatang ini tidak kebal, kerana peluru masih boleh merobek isi tubuh!”

"Lalu, bagaimana kau nak jawab hal binatang yang masih boleh berdiri meskipun ditembak bertubi-tubi?”

Aadi menghela nafas panjang. Setelah yakin bahawa haiwan-haiwan itu sudah tidak memberikan ancaman, Aadi berkata, “Binatang ini tidak punya rasa sakit. Jadi, biar pun tubuhnya hancur, selagi ia masih punya daya, ia akan bangun.”

“Nampaknya pengupah kau itu arif dengan situasi ini. Siapakah mereka? Polis?”

   Aadi kelihatan enggan mendedahkan identiti orang yang dipandunya masuk ke hutan itu.
Sebuah silinder dikeluarkan daripada poket, lantas dicampak kepada Simat. Simat menerima dengan senang hati. Penutup silinder dibuka dan cecair jernih berwarna kelabu yang mengisi ruang di dalam silinder itu dituang ke liang luka. “Ubat gamat ini tidak pernah gagal untuk berfungsi,” puji Simat sambil mengerling ke arah pasukan polis. Anggota-anggota polis itu juga mulai merawat antara satu sama lain menggunakan cecair kelabu yang dibawa mereka.

“Cukup sekadar aku katakan bahawa mereka bukan polis.” Parang yang masih basah tadi dibersihkan dengan kain pengelap. Tidak puas dengan itu, air daripada botol dituang ke atas parang, membersihkan sisa-sisa darah yang ada. Setelah berpuas hati dengan kebersihan parangnya, barulah Aadi menyarung parang itu kembali. “Tetapi, mereka juga bukan di pihak tuan rumah yang hendak diserbu polis ini.”

“Jadi, di manakah mereka berada sekarang?”

Aadi menundingkan jari ke arah pintu masuk yang menjadi tujuan mereka. Entah bila agaknya orang yang dibawa Aadi melintasi mereka. “Apakah yang sedang mereka cari?” soal Simat lagi.

“Seorang perempuan yang dipanggil ‘Mel’.”

+++

Sebaik sahaja mengetahui hasrat Tengku Amir, Nailofar segera bertanya, “Adakah kau pasti, kau hendak bertemu dengan Mel itu sendirian?” Tengku Amir tidak mengambil masa yang panjang untuk mengangguk. Bantah Nailofar, “Kau mungkin akan terbunuh!”

Virus L-2Where stories live. Discover now