BAB 1

203 23 4
                                    

HARI pertama bersiap untuk ke universiti, bala sudah menimpa. Seorang gadis mengipas wajah dengan jari runcing. Sebelah tangan mencekak pinggang, memerhatikan ayahnya yang sedang memeriksa enjin kereta yang berasap. Mahu duduk di dalam kereta, pendingin hawa sudah dimatikan bersama enjin. Terpaksalah dia berdiri di bahu jalan. Itupun hanya dapat merasakan angin semilir bila ada lori muatan besar lalu.

"Mana pula tow truck ni? Kata tadi sepuluh minit lagi nak sampai." Dia melepaskan keluhan panjang.

"Tadi Papa dah tanya. Stuck dalam jam katanya."

"Oh." Dia menunduk. "Habis tu kalau Phia lambat, macam mana? Dahlah hari ni hari orentasi." Sambungnya tetapi tiada niat pun mahu menyalahkan lelaki itu. Cuma sedikit kesal kerana hal begitu perlu terjadi pada hari pentingnya.

"Apa kata..." Encik Sopian tak menghabiskan bicara. Matanya sibuk membuntuti sebuah kereta Mazda CX-5 silver yang sedang memberi isyarat untuk berhenti di tepi jalan.

"Assalamualaikum!"

Sephia menoleh ke arah datangnya suara itu. Seorang jejaka meninggalkan perut kereta dan sedang mengatur langkah menuju ke arah mereka. Tubuhnya tinggi lampai. Kaca mata terletak elok di batang hidungnya yang tinggi. Wajahnya terukir tegas tetapi di sebalik kaca mata itu, ada sepasang mata yang tatapannya lembut saja. Senyuman kecil juga terukir di bibirnya yang kelihatan mendatar dari jauh.

"Waalaikumsalam." Encik Sopian menjawab. "Eh, Nael ya?"

Jejaka itu tertawa kecil. Kepada digeleng perlahan.

"Nusayr, pakcik. Nael adik saya." Jelasnya lalu mengerling sejenak ke arah Sephia yang kini kedua tangannya jatuh ke sisi. "Kereta rosak ke?"

Sedang Encik Sopian dan jejaka bernama Nusayr itu berbincang sesama mereka, renungan Sephia semakin lama semakin jauh tetapi tertala ke satu arah saja; Nusayr.

Amar Nusayr; umur 28 tahun, tinggi 187cm, tall and lean, rambut dan mata urnanya gelap, dan suka mengenakan warna-warna monotona seperti hitam dan kelabu. Sekarang sedang bekerja sebagai wildlife biologist untuk cawangan Syarikat Wildlife Guardians di Malaysia. Paling penting; dia dan Sephia berjiran sejak Sephia berada di bangku sekolah rendah dan Nusayr berada di tahun pertama sarjana mudanya. Nusayr ada adik; Amar Nael namanya tapi... itu untuk cerita di kemudian hari.

"Phia?" Panggil Encik Sopian.

"Ya?" Sephia cepat-cepat menyahut.

"Ni, Nusayr offer nak hantar Phia pergi kampus. Phia pergi dengan Nusayr dululah sebab papa kena tunggu tow truck dengan pomen sampai."

Mata Sephia membulat. Dia dan Nusayr berdua saja di dalam kereta? Perjalanan ke kampus daripada situ masih bersisa dua puluh minit lagi. Dia perlu bersama Nusayr selama itu?

"T-Tak apa ke?" Sephia meneguk liur bila Nusayr tidak memandang ke arahnya. "Kalau Phia tak pergi orentasi pun... tak apa rasanya. Lagipun takkan nak tinggal papa seorang kat sini? Dahlah cuaca panas." Sambungnya, cuba untuk menyelindungi gugupnya.

"Tak apalah! Papa okay je! Dah, pergi cepat! Lambat nanti!" Kata Encik Sopian, dia pula yang risau puteri tunggalnya akan dimarahi jika terlambat nanti.

Akhirnya, Nusayr menoleh ke arah gadis itu. Tiada senyuman mahupun kata pelawaan meniti di bibirnya. Sebaliknya dia terus menyalam lelaki yang tua beberapa dekad daripadanya dan terus mengatur langkah kembali ke Mazda CX-5 yang dia pandu untuk kegunaan hariannya.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now