BAB 23

35 9 1
                                    

"SEPHIA JANE?"

            Sephia meneguk liur. Perlahan-lahan, dia menoleh ke punca suara itu. Jejari panjang menarik semula tombol pintu, menutup pintu yang dikuak. Seperti selalunya, jejaka yang menghampiri Sephia itu berpakaian monotona; t-shirt kelabu dan seluar putih. Bezanya rambutnya tak disikat rapi seperti ketika berangkat pagi-pagi ke tempat kerja. Di tangan kirinya pula, ada plastik berisi sampah.

            "Baru balik ke?" Tanya Amar Nusayr.

            "Ha'ah. S-Saya—"

            "Oh! Boleh tunggu kejap? I need to take out the trash."

            "Oh! B-Boleh!"

            Setelah meminta diri untuk pergi sebentar, Nusayr pun mengubah haluannya dan meninggalkan Sephia. Gadis itu mengambil kesempatan untuk melihat pantulan wajahnya pada skrin telefon. Memastikan solekan wajahnya masih kelihatan dan tak terhapus bila dia terlelap di dalam kereta tadi. Tak sampai seminit berlalu, Nusayr kembali kepadanya.

            "Where were we just now?" Tanya Nusayr, berbasa-basi.

            "Saya baru nak balik rumah."

            "Oh, right!" Nusayr terangguk-angguk. "Nael? Bukan korang keluar sekali ke tadi? Not that Nael told me, but I saw you from the front door's cam." Senyuman kecil terukir di bibirnya.

            Sephia mengangguk sekali. "Ha'ah keluar sekali tapi... Nael ada hal sikit."

            "Oh, okay." Balas Nael bersahaja walhal bibir ringan saja mahu bertanya hal apa yang Sephia maksudkan.

            "I know this is very sudden tapi... boleh saya tanya sesuatu?"

            Nusayr mengangguk. Lengan disilang dan dibawa ke dada, berpeluk tubuh.

            "Do you... notice anything different on me tonight?"

            "Hah?" Nusayr terkebil-kebil. Kedua tangannya terus turun ke sisi. "Berbeza?"

            Lambat-lambat, Sephia mengangguk. Rasa gemuruhnya bukan kepalang. Rasa macam jantung mahu melompat keluar saja dari dadanya. Lebih-lebih lagi bila diteliti Nusayr seperti itu, dari atas ke bawah. Alih-alih;

           "Sorry." Anak mata Nael menemui semula sepasang mata yang dipakai lensa mata coklat di hadapannya. "Boleh bagi klu?"

            Sephia terkebil-kebil. Nusayr mahukan klu? Takkan dia langsung tak perasan perubahan Sephia yang boleh dikatakan memang mencapai 180 darjah. Tiada seinci pun wajah mahu tubuhnya memperlihatkan Sephia Jane yang selekeh dan tak reti bergaya. Lainlah kalau itu kali pertama Nusayr melihatnya. Jangan-jangan... rupa 'asal' Sephia pun Nusayr tak ingat. Sebegitu kecilkah perannya dalam hidup lelaki itu?

            "Cuba tengok betul-betul." Pinta Sephia.

            Kali itu, Nusayr tak mengamatinya dari atas ke bawah. Malah mata itu kekal tertala ke arah yang sama; mata Sephia. Tawa sinis Sephia pecah. Buat apa dia bertanya soalan begitu sedangkan jejaka itu jelas-jelas tak tertarik dengannya?

            "Sorry, but I don't see any difference." Tekan Nusayr.

            Sephia mengetap bibir. Nafas dihela dan dihembus kuat. Begitu juga dengan tawanya. Kepala digeleng. Tak sangka dia sampai merendahkan diri seperti itu hanya kerana mahu dipandang oleh seorang lelaki. Tak kisahlah lelaki itu sehebat mana; dia tetap lelaki.

            "Kalau tak nampak, tak apalah! Saya balik dulu. Dah lewat dah ni. Selamat malam."

            "Sephia Jane." Nusayr tiba-tiba bersuara lagi.

            Sephia menoleh semula ke belakang. Sepertinya, Nusayr ada sesuatu untuk diperkatakan tetapi entah mengapa, dia malah berakhir dengan gelengan kepala. Menahan kata-kata misteri daripada ditutur bibir. Sephia yang sedikit muak dengan perasaan ternanti-nanti yang dia rasakan sejak sekian lama pun memilih untuk tak lagi tertanya-tanya. Sekurang-kurangnya, tidak untuk malam itu.




"IZ," Nael mencelah.

            Izara yang sedang bertanya khabar dengan bekas rakan-rakan sekolahnya lantas menoleh ke arah jejaka yang berdiri di sampingnya. Blazer sutnya sudah ditanggalkan dan digantung di lengan. Kini selesa memakai kemeja putih yang tak kontra dengan tetamu jemputan Izara yang lain.

            "Sekejap ya." Izara meminta diri daripada rakan sekolahnya.

            Perginya Izara membuntuti langkah Nael, mereka berbisik sesama mereka. Memuji citarasa Izara dalam lelaki. Sejak sekolah lagi, ramai yang meminati Izara. Ada juga yang berani berterus-terang tetapi Izara tak pernah menerima sesiapa. Sesudah masuk universiti untuk Sarjana Muda, tak sangka pula giliran Izara untuk mengejar dan bukannya menunggu cinta. Tapi eloklah. Mereka sama cantik dan sama padan. Tak sia-sia Izara memilih untuk bersendiri sampailah berkenalan dengan Nael.

            "Phia mana?" Tanya Nael setelah mereka cukup jauh daripada para tetamu yang lain. "Aku dah try call tapi dia tak jawab. Janice pun tak tahu dia kat mana."

            "Phia dah balik." Jawab Izara selamba.

            "Balik? Dengan siapa?"

            "E-Hailing." Balas Izara. Melihat Nael yang menyulam risau di dahinya, Izara mengetap bibir. "I dah bagitahu dia, you boleh je hantar dia balik. I siap offer driver I untuk hantar dia balik lagi. Tapi dia kata tak nak menyusahkan."

            Nael tak menjawab.

            "Apa kata you cuba call abang you?"

            Cadangan Izara membuatkan kerutan di dahi Nael bertambah. "Kenapa nak kena call dia pula?"

            "Sebab... mungkin Phia pergi jumpa dia?" Teka Izara dan bila Nael sepertinya makin keliru, Izara berterus-terang. "Phia kan suka kat dia. Mestilah dia nak tunjuk penampilan dia malam ni kat Nusayr. I mean, she did dress up to impress him."

            "Phia..." Nael mengeluh sinis. "Phia suka Nusayr?"

            Izara mengerutkan dahi. Mengapa Nael bereaksi seperti itu?

            "Happy birthday. Sorry, but I have to leave now."

            "Oh."

            Nael menatap wajah gadis yang tertunduk itu. Rasa bersalah tiba-tiba menyerangnya. Walhal dia menerima pengakuan cinta gadis itu bukan atas kehendak sendiri juga. Mereka sama-sama mangsa keadaan.

            "Esok... nak aku pick up ke?"

            "Hah?" Izara mendongak dengan mata berbinar. "Nak!" Senyumannya ditarik lebar sampai ke telinga.

            Nael mengangguk. Setelah mengucapkan selamat malam, dia terus mengangkat kaki pergi dari majlis keramaian itu tetapi bukan rumah destinasinya. Mesej dalam ruang bual bersama rakan-rakan motosikalnya dia buka. Mencari tempat mereka membuang masa; ke situlah destinasinya untuk sisa malam itu.

OVERRATEDNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ