BAB 6

69 12 0
                                    

"AMAR NAEL!"

Kepala digoyangkan mengikut rentak lagu Mehro, penyanyi yang kurang terkenal; rahsia kecilnya. Tangannya sibuk mengelap sisi motosikalnya, digilapkan. Alih-alih, tengkuknya terasa direntap kuat daripada belakang. Fon telinga masih memainkan lagu yang sama, tetapi sayup-sayup kedengaran setelah ditanggalkan daripada cuping telinganya.

Alisnya bertaup rapat. Dada naik dan turun dengan laju. Kaki yang melutut di laman rumah lantas bangun, berdiri tegak. Amarahnya meluap-luap. Mahu saja terus menemukan wajah manusia biadab itu dengan buku jarinya yang sedang digenggam erat. Namun bila dia mata ke mata dengan gerangan yang mengasarinya, amarah itu lenyap begitu saja. Dadanya malahan statik, tak bergerak menahan nafas.

"Phia."

Sephia mendepakan tangannya, membiarkan kotak-kotak hadiah dalam dakapannya jatuh menyembah bumi. Lalu tangannya memeluk tubuh. Menatap Nael dengan nafas kasar melalui rongga hidungnya. Sepertinya, amarah Nael tadi menjangkiti Sephia pula. Nael meneguk liur. Cukup dengan melihat hadiah-hadiah itu saja, dia sudah faham alasan disebalik ketidakpuasan hati gadis itu.

"Boleh tak kalau kau beritahu peminat-peminat kau, jangan kacau aku lagi?! Tak kisahlah kau nak bagi notis ke, nak buat public announcement ke, ikut suka kaulah! Tapi jangan kacau hidup aku lagi!" Bentaknya.

"Sorry. Aku—"

"Kau ni memang puncalah Nael! Kenapa kau kena mengaku yang aku ni adik kau eh?! Tak pasal-pasal semua peminat kau target aku, jadikan aku orang tengah semata-mata nak dapatkan kau! Rimas tahu tak?!"

"Phia—"

"Mulai esok, jangan berani-berani nak tegur aku kat kampus! Aku tak nak terlibat dengan semua ni lagi! Aku dah penat! Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai ke universiti asyik nak kena hadap benda sama je, aku tak nak! I've had enough!" Tiga kata terakhirnya ditekankan, membisukan Nael.

Jejaka berambut gelap dengan baju tanpa lengan itu hanya mampu memerhatikan sepasang stokin berbeza warna berlalu pergi darinya. Keluhan panjang dilepaskan. Kepala yang tak gatal digaru. Ternyata, bukan Nael seorang yang diam memerhati. Berdiri di hadapan jendela ruang tamu, juga ada seorang lagi jejaka yang melihat gadis berambut keriting itu meninggalkan perkarangan rumah mereka. Namun berbeza dengan Nael, bibir jejaka itu mengukir senyum.




TIGA gadis mengatur langkah bahu ke bahu menuju ke anjung selera kampus untuk mengisi perut. Kebetulan pula waktu rehat Janice dan Sephia selari dengan waktu rehat Izara hari itu. Tak mahu menghabiskan masa dalam perjalanan, mereka pun memutuskan untuk makan dalam perkarangan kampus saja.

"Eh, itu bukannya Nael ke?" Janice menuding ke suatu arah.

Izara dan Sephia serentak menoleh. Betullah kata Janice. Dalam khalayak ramai itu, ada seorang jejaka berjaket kulit hitam sedang mengatur langkah menuju ke arah mereka. Izara tak bereaksi tetapi Sephia sudah menjegilkan matanya. Alih-alih, langkah Nael terhenti. Meski dari jauh, kelihatan jelas dia sedang mengatur nafas dan menelan liur yang terasa kelat. Berdebar bila menerima renungan maut Sephia.

Lama kaku di situ, dia akhirnya memutuskan untuk mengubah arah. Berpura-pura mahu membeli sesuatu daripada kedai runcit di sebelahnya. Baru saja Sephia mahu menghembus nafas lega, Izara di sebelah memanggil nama jejaka yang menggelabah dan cuba untuk menghilangkan diri itu. Tangan siap melambai lagi ke arah Nael.

"Marilah join makan tengahari sekali!"

Nael menggaru kepala. Kepala mendongak tetapi mata menunduk, mengelak daripada bertentang mata dengan Sephia yang sedang melopong tak percaya Izara baru saja memanggil Nael. Memanglah gadis itu tak tahu-menahu tentang arahannya kepada Nael semalam tapi... aduh serabutlah!

"Hai, Nael!" Janice menyapa ramah. Masih tak dapat menolak daripada menatap wajah jejaka idaman para gadis di kampus mereka itu. Alah, tatap saja! Bukannya menaruh hati!

"Hai." Lambat-lambat, Nael melambai.

"Dah makan ke?" Tanya Izara, berbasa-basi.

"D-Dah." Bohongnya. "Er, actually, aku nak jemput kau orang datang ke exhibition aku esok."

"Oh!" Izara termenung seketika.

"Exhibition classic bikes eh?" Tanya Janice, teruja.

"Ha'ah." Nael mengangguk.

"Weh, seronoknya! Jom, pergi esok! Esok hari Sabtu, tak ada kelas!" Janice memaut lengan Sephia dan Izara.

"Korang pergilah. I dah ada janji dengan kawan I nak jumpa esok. Rasanya tak dapatlah nak join korang." Jelas Izara, sedikit kesal.

"Alah, tak boleh ke kalau you cancel je? Jumpa jelah hari lain." Pinta Janice.

"I don't think so sebab kawan I daripada Singapore. He's only here for the weekend."

"He? Lelaki?! Boyfriend eh?" Usik Janice.

"Eh, tak adalah! Kawan je." Nafi Izara, gemuruh mengundang tawanya. "Sorry, Nael. InsyaAllah kalau ada masa, I pergi."

"Eh, tak apa! There's always next time." Balasnya, ikhlas.

"Phia?" Izara menoleh ke gadis berambut keriting itu. "Tak nak pergi ke?"

"Er..."

"Tak apalah! Korang bincanglah dulu." Cantas Nael. "Nanti kalau korang nak datang, just hit me up. I'll give you an exclusive tour."

"Weh, mantap!" Janice melagakan penumbuknya dengan Nael, membuatkan jejaka itu tertawa malu.

"Aku—Aku gerak dulu." Nael meminta diri.

"Nanti orang call, jangan lupa jawab tahu?!" Pesan Janice, bergurau.

Nael terangguk-angguk seraya berlalu pergi. Kepala yang tak gatal dia garu. Langsung tak menoleh ke belakang. Takut pandangannya akan jatuh ke wajah Sephia yang sedang kesal.

"Phia, tak nak pergi?" Izara mengulangi soalannya.

"Mesti kau dah bosankan pergi exhibition dia? Aku dengar dia tiap-tiap tahun buat exhibition."

"Oh, iya ke?" Izara terangguk-angguk faham.

"Hm." Sephia memaksa senyum. "Lebih kurang macam tulah." Dia menghela nafas panjang dan membisik, "Bosan."

*****

masih mengotakan janji utk update 2 bab setiap minggu walaupun tengah dibantai oleh due dates assignment week 10 #UiTMdihatiku

OVERRATEDWhere stories live. Discover now