BAB 33

29 8 0
                                    

BAYANGAN senja memeluk tubuh seorang gadis yang keseorangan, mengisi ruang kosong di antara detik-detik yang mengalir perlahan. Matanya yang teduh merenung ke kejauhan, menatap horizon yang terus berubah, menantikan cahaya yang akan muncul dalam bentuk bayang seorang jejaka.

Matanya terus memandang ke arah yang dijangkanya seseorang akan muncul. Bibirnya digigit-gigit dengan gerakan yang tak sabar, menunjukkan kegelisahan yang tersembunyi di hatinya. Setiap detik terasa seperti berabad-abad, dan setiap bunyi yang kedengaran membuat hatinya berdegup kencang dengan harapan.

"Sephia Jane."

Sephia menoleh ke belakang. Pintu rumah yang tadinya tertutup rapat, akhirnya terkuak setelah seminit sejak Sephia mengirim pesan melalui telefon. Jejaka berkemeja-t kelabu polos dan dipadankan dengan seluar bercorak genggang kelabu hitam menghampirinya yang sedang menanti di hadapan pintu.

"Dah lama ke tunggu?" Tanya jejaka itu, risau.

Sephia menggeleng.

"Okay," balas Amar Nusayr. "So... kenapa awak nak jumpa?" Nusayr berhati-hati dengan nada suaranya, tak mahu Sephia memikir dia terbeban kerana harus bertemu Sephia petang menghampiri senja itu.

"Oh."

Sephia melabuhkann punggung pada anak tangga menuju ke pintu utama rumah. Nusayr tunduk melihat gadis yang tak mahu bertatapan itu. Lambat-lambat, dia meniru kelakuan Sephia. Juga duduk di anak tangga, menanti Sephia menyambung bicara.

"Sebenarnya... tak ada apapun." Kata Sephia.

Bibir Nusayr jadi sedikit melengkung ke bawah. Tak pasti apa sebenarnya yang dia harap gadis itu mahu suarakan pada pertemuan mereka hari itu, tetapi dia jelas mengharapkan ada sesuatu.

"Just need your luck so I can pass my exam." Sambung Sephia, tertawa gemuruh.

"Oh." Nusayr tiba-tiba tertunduk. Dia malah tertawa kelat. "Luck eh? Hate to break it to you, but I don't even have luck for myself. Inikan nak transfer sikit kat orang lain."

Wajah Sephia mendatar. Hati mahu bertanya, apa yang Nusayr maksudkan dengan bicara itu tetapi lidah terasa berat untuk menyulam kata. Kendatipun mereka sering meluangkan masa bersama, tetap saja Sephia masih mengenali jejaka itu pada paras permukaannya saja. Mereka jarang sekali mahu berbual darihal hati dan perasaan. Kalau pun ada, pasti subjeknya Sephia. Tak pernah Nusayr.

"I mean, look at my family." Sambung jejaka itu, masih dengan kelat di bibirnya.

Sephia masih berdiam diri. Dia tahu, berlaku pergolakan dalam keluar Nusayr. Semuanya jelas terlihat dari cara Nael melayan abangnya, Nusayr. Kehangatan dan keakraban di antara adik-beradik itu sudah lama lupus. Malahan, ibu bapa mereka juga tak pernah lagi pulang ke rumah. Sephia yang rapat dengan keluarga itu juga tak tahu ke mana perginya mereka. Menghilangkan diri begitu saja tanpa memberi khabar atau pamit untuk pergi.

"Semuanya hancur, lepas Nael tahu kami tak dilahirkan oleh ibu yang sama."

"Maksudnya?" Kata itu lancar meluncur keluar dari mulut Sephia. Keningnya bertaup rapat. Dada naik dan turun dengan laju.

Nusayr menoleh ke sisi dan menatap gadis itu dengan senyuman kelat di bibirnya. "Ibu saya isteri kedua." Nyatanya, seolah-olah sudah lama berdamai dengan takdir itu.

"Tapi... tapi Nael lebih muda—"

"Hm." Nusayr mencantas. "Our dad got married with Nael's mum first. Bertahun-tahun kahwin, diorang masih tak dapat cahaya mata. That's when he got married with my mum. Masa umur saya 6 tahun, isteri pertama lahirkan Nael." Jelasnya dengan nada mendatar. Ternyata memang sudah berdamai dengan takdir.

Tubuh Sephia Jane kaku, terpaku oleh kebenaran yang baru saja diketahuinya. Matanya yang biasanya penuh dengan keceriaan, kini terlihat redup, mencerminkan kebingungan dan kekecewaan yang mendalam. Nafasnya terasa terhenti sejenak, seolah-olah dunia di sekelilingnya tiba-tiba berhenti berputar.

Sedangkan dia, orang asing yang bukan sebahagian daripada keluarga mereka sampaikan tergamam begitu setelah mengetahui rahsia orang dewasa yang pernah dianggap bertanggungjawab dan matang, apatah lagi Nusayr yang baru menjejak alam dewasa. Apatah lagi Nael, yang ketika kebenaran terungkap, belum pun menjejak alam dewasa. Pasti berat untuk mereka berdua terima.

"Aunty Anya..."

"Mama Nael." Nyata Nusayr. "Saya tinggal dengan Mama Nael sejak umur 2 tahun."

"What about your mum?"

"Sibuk." Nusayr memeluk lutut. "She's a career woman. Never really had time for me and Papa."

Sephia tertunduk.

"But it's okay. It shouldn't matter now. Saya dengar dia dengan papa tak lama lagi sah bercerai."

"I'm sorry to hear that."

Nusayr tertawa. "Tak perlu nak rasa kasihanlah. Sejujurnya, walaupun she's my biological mother, she can never make me feel loved the way Mama makes me feel." Nusayr meneguk liur sebelum menyambung. "I only have one mother; and that's Mama."

Sephia mengangguk faham tetapi masih ada satu pertanyaan yang bermain dalam kepalanya. Itu satu-satunya masa dan peluang untuk dia ajukan kepada Nusayr; memandangkan jejaka itu tak lama lagi akan meninggalkan bumi Malaysia untuk jangka masa yang entah selama mana.

"Tapi kenapa Nael..."

Sephia tak perlu menghabiskan soalannya sampai ke titik akhir kerana Nusayr pandai membaca fikirannya; cukup dari bahasa tubuhnya saja.

"Nael tak pernah tahu cerita penuh, apa yang jadi sebenarnya. Dia ingatkan, ibu kandung saya cuba nak rampas Papa daripada Mama. He doesn't even know they're getting a divorce as we speak."

"Awak tak pernah rasa nak jelaskan kat Nael?"

"Nael tak pernah bagi peluang." Jawabnya pantas, tak lagi tersenyum. "But who knows, mungkin kalau awak yang jelaskan, dia sudi nak dengar?" Nusayr menatap lama gadis di sampingnya.

"Is that why you're telling me this?" Sephia membalas tatapannya.

"It's one of the reasons."

Sephia mengerutkan dahi. Apa lagi alasan lain yang ada? Dia buntu.

"Anyway," Nusayr mendongak dan menatap langit yang kini gelap-gelita tanpa cahaya jingga senja hari. "Kadang saya cemburu tengok keluarga awak. Your family do everything together. It's very entertaining to see your parents cook dinner together. I wish mine does that."

Sephia tersenyum kecil. Ya, keluarga kecilnya selalu melakukan segala hal bersama-sama seperti pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Meski sudah menjadi tradisi keluarga, Sephia tak pernah terlupa untuk mensyukuri hal-hal kecil seperti itu.

"Siapa tahu, satu hari nanti, awak ada keluarga sendiri yang hidup macam keluarga saya?" Kata Sephia; bukan memujuk Nusayr, tetapi lebih kepada memasang harapan.

Nusayr tertawa, menggeleng kepala. "Why start something that will never work out?"

Senyuman Sephia mati. Harapan yang baru dibina, musnah begitu saja. Tetapi hati malah memaksa senyum agar terus terukir di bibir pucatnya.

"Is that why you never date anyone?" Soal Sephia, masih berbasa-basi meski hati retak seribu.

Nusayr mengangguk tanpa teragak-agak.

"So maksudnya, kat South Africa nanti, awak memang takkan cari jodohlah?" Seloroh Sephia dengan jantung yang berdegup kencang.

Nusayr tertawa lepas. "Kat Malaysia pun tak cari jodoh, inikan kat South Africa nanti."

Sephia ikut tertawa tetapi tak lepas seperti Nusayr. Kedengaran sangat terpaksa kerana tak tahu bagaimana lagi untuk menyahut jawapan jejaka itu.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now