BAB 2

121 21 3
                                    

HARI pertama orentasi sampai ke penghujungnya. Sephia duduk termenung. Fikirannya jauh menerawang. Sekejap-sekejap, bila tiada mata yang memandang, hujung bibirnya menjongket ke atas. Tersipu malu setiap kali wajah seseorang menerpa ke dalam fikirannya.

"Phia!"

Sephia tersentap. Dia menoleh ke kanan di mana Janice berada. Tak mungkin suara itu milik Janice kerana terlalu garau dan dalam. Sepertinya... suara itu datang daripada belakang. Lantas dia pun menoleh ke belakang, mencari sumber suara yang memanggilnya dengan nama panggilannya tadi.

"Phia!" Laung suara yang sama sekali lagi.

Pandangan Sephia akhirnya menemui empunya suara itu. Seorang mahasiswa yang mengenakan kemeja putih sama seperti mahasiswa lainnya melambai-lambai ke arahnya. Wajah jejaka sebayanya itu mengingatkan Sephia kepada jejaka yang menghantarnya ke kampus pagi tadi. Bezanya, mata jejaka yang sedang mengorak langkah ke arahnya itu coklatnya lebih cerah berbanding sepasang mata milik jejaka siang tadi.

"Siapa tu?" Janice menyiku lengannya.

Sephia mengeluh kecil. "Nael." Jawabnya.

"Nael? Nael mana?"

Hanya tinggal beberapa langkah dari menemui Sephia, jejaka bernama Amar Nael itu terencat langkahnya. Segerombolan gadis meluru ke arahnya. Masing-masing sibuk menayangkan kecantikan mereka untuk menarik perhatian lelaki itu. Tak ubah bagaikan burung merak yang mengembangkan ekornya. Dan semestinya, Amar Nael sangat menikmati perhatian yang diberikan kepadanya. Membuatkan Sephia mengeluh sekali lagi tetapi kali itu, bersama kepala yang digeleng.

Alih-alih, GEDEBUK!! Kedengaran namanya dilaung lebih kuat tetapi kali itu, oleh Janice. Sephia mengadu sakit bila tapak tangan jatuh menekan jalan tar berbatu kecil. Tangannya naik memegang bahu yang dilanggar kuat oleh seseorang.

"Kau okay ke?" Janice merendahkan badannya, memeriksa keadaan sahabat baiknya itu. Belum sempat Sephia menjawab, Janice mendongak menjegilkan mata ke gadis yang melanggar Sephia. "Jalan tu, tengoklah kiri kanan. Ini main langgar je. Kau buta ke?!" Bentaknya, geram.

"Rileklah. Langgar sikit je pun." Balas gadis itu dengan riak tak bersalah meski dia dapat melihat Sephia yang kesakitan.

"Eh, kau—"

"Apa kecoh-kecoh ni?" Cantas salah seorang daripada fasilitator orentasi mereka yang sejak tadi, memerhatikan kejadian itu. "Kenapa ni?" Soalnya, memandang Sephia, Janice dan gadis yang bersalah itu bersilih ganti.

"Dia ni hah! Jalan tak tengok kiri kanan macam jalan ni bapak dia punya!" Janice menuding jari.

"Eh, kau cakap elok sikit eh!"

"Tergesa-gesa sampai tak tengok jalan, nak menggatallah tu! Kau ingat budak tu nak pandang ke korang yang tergedik-gedik kejar dia?"

"Kau ingat kau cantik sangat ke?"

"Ha'ah! Memang aku cantik pun!"

"Dah, dah!" Fasilitator yang mengenakan tag nama Izara itu mencelah sekali lagi. "Dah masuk universiti pun masih nak bergaduh sebab lelaki lagi ke? Tak malu ke?" Sambungnya, kening bertaup.

"Tapi—"

"Phia!"

Seorang jejaka melutut di hadapan Sephia. Mata coklat mudanya menatap wajah gadis berambut keriting itu dengan penuh risau. Ketinggian mereka yang setara tiba-tiba ada jurang yang ketara bila jejaka itu membantunya untuk berdiri semula. Memaksa Sephia mendongak hanya untuk melihat wajahnya.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now