BAB 13

41 10 0
                                    

BIBIR bertinta merah gelap digigit. Rambut keriting yang selalunya dikuncir kuda, hari ini dibiarkan terurai. Setiap kali ada mata menghampiri, cepat-cepat rambut ditarik menutup muka. Walhal tiada sesiapa pun yang memberi perhatian. Masing-masing dengan dunia sendiri; mengejar kelas seterusnya.

"Phia!" Izara memunculkan diri.

Sephia lekas mengetap bibirnya. Tak menjangka kemunculan Izara yang entah dari mana. Dia diserang hendap! Izara mengerutkan dahi. Bingung bila Sephia hanya terangguk-angguk bila ditegur. Padahal selalunya, Sephia akan menyapanya kembali dengan keramahan yang sama.

Pandangan mata Izara jatuh ke mulut Sephia yang diketap rapat. Matanya menangkap urna merah di hujung bibir Sephia. Mata membesar. Jari lantas memegang dagu Sephia, mendekatkan wajahnya ke mulut gadis itu. Terperanjat, Sephia membuka mulut.

"Ke-Kejap—"

"Wah!" Sebelum Sephia sempat berkata apa, Izara sudah melepaskan dagunya. "Cantiknya warna! Beli kat mana?"

"Hah?" Sephia terkebil-kebil.

"Jarang sangat nak tengok you pakai warna bold macam ni, tapi cantiklah! You look like old times Hong Kong actress."

"A-Actress?"

Izara mengangguk laju. "Macam Maggie Cheung!"

Sephia tertunduk malu. Bibir yang sejak tadi cuba disembunyikan, tiba-tiba mekar dengan senyuman. Dia mendongak sejenak, mencuri pandang ke gadis bertudung hijau zamrud di hadapannya itu. Ternyata mendapat pujian daripada gadis yang dikenali kerana paras rupanya itu menyenangkan sekali.

Getaran dalam beg menyedarkannya semula. Cepat-cepat beg diselongkar dan telefon pintar dinyalakan skrinnya. Ada emel peringatan yang masuk ke dalam peti emelnya. Kening berkerut seribu membaca pesan ringkas yang ditulis. Ekspresinya membuatkan Izara turut sama risau.

"Hello ladies!" Janice muncul dan meletakkan kedua lengannya pada bahu Izara dan Sephia. "Oh, assignment ni esok dah nak kena hantar ke? Aduh, aku dah tiga hari dah sangkut kat conclusion! Nak sembang apapun, tak tahu!" Rungutnya, mengeluh berat.

Sephia menoleh ke kanannya, di mana Janice berdiri di antara dia dan Izara. Riak wajah Sephia membuatkan Janice dan Izara berundur setengah langkah ke belakang. Ada sesuatu yang salahkah?

"Sejak bila kita ada individual assignment untuk course ni? Kenapa aku tak tahu pun?"

Janice menggaru kepala. "Tapi Dr. Yura dah bagi briefing pasal assignment ni dari minggu pertama lagi. Kau... lupa ke?"

"Minggu pertama?" Sephia termenung jauh, dadanya naik dan turun dengan laju.

"Hm!" Janice mengangguk. "Tapi seriuslah kau terlupa? Carry mark 30% kut. Kalau yang lain tak boleh nak perfect score, maksudnya kau kena ulang—"

"Phia!" Izara mencelah, menyiku lengan Janice agar berhenti berbicara. "Apa kata you pergi jumpa pensyarah course tu dah jelaskan situasi you? Manalah tahu dia boleh bagi you masa untuk siapkan?"

"Betul tu! Betul!" Janice terangguk-angguk menyokong.

Suara Janice mengundang perhatian seseorang. Nael yang sedang menuju ke tempat dia meletakkan motosikalnya menoleh ke arah mereka. Pandangannya terus tertala ke gadis berambut keriting yang dibiarkan terurai. Gadis itu juga ternyata sedang memandang ke arah Nael. Lalu tanpa berfikir dua kali, kaki Nael atur ke arah mereka. Namun sesaat kemudian, langkahnya terencat.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now