BAB 29

38 8 8
                                    

MATA pen sudah hampir lima minit terapung setengah inci dari kertas. Mata pula tak putus menatap jejaka di hadapannya, yang sedang membaca akhbar lama Negara Matahari yang disediakan oleh pemilik kafe ala kediaman di Jepun yang sering mereka kunjungi untuk sesi mengajar dan belajar mereka.

            Sepasang yang selalunya berbinar-binar menatap wajah jejaka yang seolah-olah diukir itu kelihatan sayu hari itu. Mungkin kerana cuaca di luar sedang buruk, jadi hatinya pun ikut sama bergelora dengan fil negatif seperti kesal, kecewa dan... rajuk.

            "Dah puas renung?"

            Sephia tersentak dari lamunannya. Badan yang bongkok lantas dia tegakkan semula, membetulkan posisi duduknya. Kepala tunduk dan tangan memaksa mata pen menyentuh ruang jawapan. Berpura-pura sibuk sejak tadi dan tak tahu-menahu apa-apa darihal 'merenung'.

            "Kenapa? Bosan ke?" Sambung Amar Nusayr.

            Mendengar pertanyaan itu, Sephia memberanikan diri untuk mendongak sedikit. Nusayr tak lagi membeli surat khabar lama di tangannya. Malahan sudah dilipat dua dan diletakkan ke atas meja. Secawan teh hijau menyentuh bibirnya sementara sepasang mata coklat itu pula sedang merenung Sephia. Dia cuma mengembalikan apa yang dia terima daripada gadis itu; renungan lama.

            Sephia meneguk liur. Lambat-lambat, dia angguk kepala; mengiyakan soalan Nusayr yang semakin lama dibiarkan, semakin terlupakan kerana fikirannya kosong pabila ditatap lama begitu.

            "Kalau macam tu, kita rehat 10 minit."

            Mendengar kata-kata Nusayr, Sephia terus menyengih senang hati. Pen diletakkan di atas meja dan kertas soalan di depan terus ditutup; seakan-akan merancang untuk tidak membukanya lagi sampai bila-bila.

            "So..." Nusayr meletakkan cawan teh hijaunya ke atas piringnya pada meja. "Can I ask you something, Sephia Jane?"

            Sephia menelan liur. Alamak, soalan apa pula ni? Jangan cakap dia nak tanya soalan yang sebijik dalam latihan yang dia suruh Sephia siapkan! Kalau begitu, bukan waktu rehatlah ceritanya. Tengah rehat pun kena jawab soalan. Namun seolah dipukau, Sephia anggukkan saja kepalanya, memberi izin dan ruang buat jejaka itu bertanya.

            "How are things between you and Nael?"

            Sephia terkebil-kebil. Okay, soalan memang tak dijangka langsung. Dalam banyak-banyak soalan tentang Sephia, mengapa harus dikaitkan dengan Nael? Berkali-kali dia ulang soalan Nusayr dalam kepala, bunyinya tetap aneh. Seolah-olah Nusayr menyangka dia dan Nael ada 'sesuatu' pula. Eh?

            "Nael... dah ada girlfriend."

            Kedua alis Nusayr menjongket. "And that girlfriend is...?"

            "Izara." Jawab Sephia pantas. Tak mahu memberi ruang untuk salah faham terjadi. "She's our friend. Maksud saya, sekarang ni dia masih kawan saya lagi tapi... dah jadi girlfriend Nael." Sephia mengangguk sekali, seakan-akan dia juga baru hendak menerima fakta itu.

            Nusayr menghela nafas. "Tapi kenapa?" Soalnya, berminat. "Bukan awak dengan Nael rapat ke? Macam mana Nael boleh suka dekat orang lain pula?"

            "Sebab..."

            Sephia menjeda sejenak. Lalu jeda itu menjadi semikolon; tak pasti bagaimana untuk dia teruskan jawapannya. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu mengapa. Bukannya dia berharap Nael menyukainya, cuma semuanya berlaku terlalu cepat. Hari kelmarin, dia dan Nael masih boleh bersenda layak kawan lama. Tiba-tiba, kesempatan itu sirna kerana tempatnya sudah diganti walhal belum dikosongkan.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now