BAB 32

74 12 0
                                    

GELAK tawa di luar kamar kerja membuatkan Nusayr mendongak dan memandang ke luar. Sekumpulan rakan sekerja lalu di hadapan kamar kerjanya, bersama-sama menuju ke kafeteria untuk makan tengahari. Nusayr lantas menilik jam tangannya, masih ada 10 minit sebelum waktu makan tengahari yang sepatutnya. Dia pun tunduk semula memandang skrin monitor komputernya.

            Tak seperti hari-hari sebelumnya, tubuhnya tak disarung kot putih makmal. Penyelidikannya di dalam makmal sudah sampai ke penghujungnya. Sekarang, dia dalam fasa untuk mengarang laporan penyelidikan. Memasukkan data-data yang penting hasil daripada penyelidikannya yang mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Jadinya, untuk dua minggu terakhirnya di situ, dia akan terperap di dalam kamar kerja.

            Dua minggu; waktu yang singkat itu terlintas di kepala. Laman web rasmi Universiti Cape Town; institusi yang menerimanya sebagai pelajar mereka bermula semester hadapan. Negara Afrika Selatan itu akan menjadi rumahnya untuk setahun dan paling lama, dua tahun. Itu pun kalau dia tak menerima apa-apa peluang penyelidikan. Sebagai seseorang yang ingin menyerahkan seluruh hidupnya kepada penyelidikan tentang alam sekitar, semestinya dia tak akan berfikir dua kali sebelum menerima peluang begitu. Dia mahu mengabadikan namanya dalam bidang itu. Itu misi hidupnya.

            Lalu mengapa hati tiba-tiba terasa berat untuk meninggalkan Malaysia? Bukankah dia sedang mengejar mimpinya? Dia begitu hampir mencapai cita-citanya untuk menjadi orang hebat yang dikenali kerana 'karya' penyelidikannya. Semuanya sedang baik-baik saja. Semuanya sedang berlaku sesuai dengan perancangan. Tapi mengapa... mengapa mimpi itu terasa mulai sirna?

            "Tell me, Nusayr—any plans of getting married in the near future?"

            Soalan daripada orang atasannya, Dr. Jackson Hal tempoh hari tiba-tiba terngiang di telinga. Semestinya Nusayr menidakkannya; yang dia tiada perancangan untuk membina masjid dengan sesiapa dalam masa terdekat. Entah-entah, dalam masa terjauh juga tiada. Macam yang dia cakap, dia mahu menyerahkan seluruh hidupnya kepada kerjayanya.

            "Let's say you do have someone and she might want to join you to South Africa, just let us know. We can arrange a house instead of a dorm for you."

            Tinggal serumah?

            "If there's one thing that I learnt from my Master years; it could get pretty lonely. It would be nice to go home from class and have someone waiting for you."

            Sunyi?

            Seolah hilang kesedaran untuk sesaat, Nusayr mencapai telefonnya. Tapak tangan yang berpeluh menggenggam erat telefon yang ditekup ke cuping telinga. Halkumnya naik dan turun. Perasaan gemuruh itu membuatkan mata berpinar. Belum sempat telefon yang dituju berdering dua kali, panggilan sudah dia jawab.

            "Sephia Jane?"








"PHIA," panggil seseorang.

            Sephia menoleh ke kiri. Ternyata suara yang berbisik memanggilnya itu milik Izara yang sedang berehat daripada membaca nota di atas mejanya. Sephia menjongket kedua kening, tertanya mengapa.

            "Nak cakap sikit boleh?"

            Sephia angguk.

            "Hm..." Izara mengetap bibir, teragak-agak untuk berbicara. "I perasan you dengan Nael dah tak rapat macam dulu."

            Pandangan mata Sephia sedikit tertunduk. Tak lagi membalas tatapan gadis bertudung biru gelap itu. Meski jelas kelihatan Sephia tak selesa berbicara darihal itu, gadis bertudung biru gelap itu tetap saja meneruskan perbicaraannya.

            "I nak minta maaf." Tutur Izara.

            "Minta maaf? Untuk apa?" Tanya Sephia.

            "I tak pernah suruh dia jauhkan diri daripada you tapi mungkin sebab nak jaga hati I, dia pun buat macam tu."

            "Oh." Sephia lama berdiam.

            Izara tiba-tiba meraih tangannya. "You nak maafkan I ke?"

            Sephia tunduk menatap tangannya yang digenggam kemas oleh Izara. Mulut kata mahu, tetapi hati teragak-agak. Mujurlah, deringan nyaring telefonnya meletakkan koma di tengah perbicaraan mereka. Sephia menarik tangannya daripada Izara dan menekan butang jawab panggilan. Bingkas bangun dan meninggalkan Izara yang menanti jawapan.

            "Hello?" Sapa Sephia, yang langsung tak melihat nama pemanggil kerana terburu-buru untuk pergi.

            "Sephia Jane?"

            "Amar... Nusayr?"

            "Am I disturbing you?"

            "Eh, tak adalah! Saya—Saya tengah hangout dengan kawan-kawan je. K-Kenapa?"

            "Saya..."

            Lalu ada jeda yang panjang. Nusayr tak tahu bagaimana untuk menyusun kata, Sephia pula tak tahu apa yang patut dia jangka daripada jejaka di hujung talian itu.

            "Saya cuma nak tanya kalau awak ada apa-apa nak tanya saya."

            "Hah?" Sephia mengerut dahi.

            "Maksud saya... final exam awak tinggal seminggu je. Manalah tahu awak tak faham mana-mana topik ke? We can meet up for a short session."

            "Oh." Sephia berfikir sejenak. "Hm... saya rasa setakat ni, saya dah boleh 'tangkap' semuanya."

            "Oh."

            "Tapi!" Sephia cepat-cepat menekup mulutnya kerana tak sengaja meninggikan suara. "Tapi... boleh tak kalau kita jumpa malam ni? Not for studying." Suaranya dikecilkan semula.

            Di hujung talian, Nusayr tersenyum kecil. "Awak kat mana? Let me go to you."

            "No." Tolak Sephia. "I'll go to you."

            "Okay." Senyuman Nusayr melebar. "Jumpa malam nanti, Sephia Jane."

            "Hm." Sephia mengetap bibir, menahan senyum.

            Panggilan ditamatkan dan dia merenung skrin telefon. Rasanya tak sabar untuk malam menjelma agar dia boleh bertemu Nusayr secepat mungkin. Telefon diturunkan ke sisi bersama tangan yang menggenggamnya. Baru saja tubuh dipalingkan semula ke arah pintu masuk utama perpustakaan, senyum di bibir sirna.

            "Siapa? Nusayr ke?" Tanya jejaka dengan jaket diikat di pinggang yang berdiri di hadapannya.

            "Hm."

            "Kenapa?" Tanya Nael lagi.

"I tak pernah suruh dia jauhkan diri daripada you tapi mungkin sebab nak jaga hati I, dia pun buat macam tu." Kata-kata Izara sebelum Sephia meminta diri untuk menjawab panggilan menerpa ke dalam fikiran.

Dia mendongak. Menatap lelaki di hadapannya dengan pandangan... kecewa. Ya, dia kecewa. Rupanya semudah itu dia digantikan meski persahabatan mereka sudah terjalin lama. Tetapi dalam masa yang sama, siapalah dia untuk menghakimi? Entah-entah kalau dia dan Nusayr bersama pun, dia akan berperilaku sama seperti Nael. Tetapi tetap saja memaafkan itu tak semudah kata.

"Saja." Sephia menjawab pertanyaannya. "Excuse me, Janice tunggu aku kat dalam." Sambungnya lalu tanpa menoleh semula ke belakang, dia meninggalkan Nael dan kembali ke mejanya dan Janice.

Amar Nusayr, jejaka yang dia minati sejak umur setahun jagung baru saja membuat panggilan kepadanya dan bersetuju untuk menemuinya malam itu. Lalu mengapa fikirannya dipenuhi dengan Amar Nael pula? Mengapa fokusnya pada rasa dikhianati, bukan pada rasa cinta yang sepertinya mula berbalas?

*****

baru perasan wattpad punya format ni kejap macam ni, kejap macam tu. stghes la

OVERRATEDWhere stories live. Discover now