BAB 26

48 9 6
                                    

"SIAPA?" Tanya Izara sebaik saja Sephia menamatkan panggilan telefon yang dia terima.

            "Nusayr." Jawab Sephia, malu-malu.

            "Ohhhh...." Izara terangguk-angguk. "Nak keluar pergi date ke?" Usiknya, seketika terlupa topik perbualan mereka tadi.

            "Eh, mana ada!" Cepat-cepat Sephia nafi.

            Izara mengangguk perlahan sebelum menyusun lagi kata tanya, "You dengan Nusayr macam mana? Ada apa-apa progress ke? Janice ada cerita pasal you terserempak dengan Nusayr malam parti harijadi I. Nusayr cakap apa lepas tengok you all dolled up like a princess?"

            "Oh." Sephia terdiam sejenak, termenung jauh entah ke mana. "Nusayr..."

            Deruman kuat enjin motosikal mencuri perhatian Sephia dan Izara. Lantas kedua-duanya menoleh ke arah datangnya bunyi itu. Dipisahkan oleh jaring hijau, kelihatan seorang mahasiswa mengangkat tangan ke arah mereka. Sephia tak membalas lambaian jejaka itu, kerana dia tahu lambaian itu buat Izara.

            "Nael dah sampai. I gerak dulu." Izara meminta diri.

            "Oh, okay!" Sephia terkebil-kebil melihat gadis bertudung lembayung itu tergesa-gesa untuk bangun dan pergi.

            Sambil berlari-lari memeluk buku rapat ke dada, tangan kanan Izara melambai teruja ke arah Nael yang sudah mencapai topi keledar kuning dengan pelekat terumbu karang ungu untuknya. Tinggal beberapa langkah daripada berdiri di hadapan Nael, tiba-tiba sekumpulan gadis menyekat jalannya dan mengerumuni motosikal Yamaha GT50 yang ditunggang Nael.

            "Hai, Nael! Seorang je ke?" Sapa salah seorang daripada mereka.

            Izara membuka mulut, mahu memperkenalkan dirinya dan mengumumkan Nael tak berseorangan seperti yang mereka sangka. Alih-alih, dia dicantas.

            "When is your next exhibition? Rasa macam dah lama sangat sejak exhibition terakhir you. Sajalah nak cakap I tak pernah pergi exhibition you sekali je. Mesti dua, tiga kali! Itupun tak rasa tak puas lagi!"

            Izara menoleh ke arah gadis dengan rambut perang potongan bob itu. Matanya meneliti penampilan gadis itu dari atas sampai ke bawah. Bila menyedari gadis itu mengenakan selipar tak bertutup, matanya dijulingkan ke atas, naik jengkel. Nama je pelajar tapi sahsiah rupa diri ke laut!

            "Mungkin... sebab I tak pernah terserempak dengan you lagi kut?"

            Mendengar sambungan kata daripada gadis itu membuatkan mata milik Izara terjegil. Sementara Nael pula, entah apa reaksinya saat itu kerana topi keledarnya menutup wajahnya sepenuhnya. Adakah dia juga sama geli-geleman mendengar kata-kata memikat hati itu atau... adakah reaksinya selamba saja kerana sudah terbiasa menerima kata-kata begitu daripada para gadis?

Izara tak tahu bagaimana reaksi Nael di sebalik topi keledar sehitam langit malam itu, tetapi gadis berambut keriting halus yang masih duduk di tengah gelanggang petanque sudah menghafal riak wajah Nael setiap kali hal begitu berlaku. Cumanya... kini dia hanya dapat melihat dari jauh saja. Sudah terlalu asing untuk berlagak masih rapat.

"Phia!" Gadis bermata sepet melabuhkan punggung pada lantai gelanggang. "Eh, mana Iz?" Soal Janice, menoleh ke kiri dan kanan mencari kawan mereka yang satu lagi.

Sephia menjuihkan bibir ke arah sekumpulan gadis yang sedang mengerumuni 'gula' yang Janice tak pasti siapa kerana bilangan mereka yang ramai serta-merta menyekat penglihatannya. Namun setelah menyedari di antara mereka, ada Izara, Janice terus mengangguk-angguk faham sendirian. Tahulah dia siapa gerangan jejaka yang mencuri perhatian dan hati gadis di seantero kampus mereka.

Dari kejauhan, kelihatan Izara akhirnya mengumumkan kehadirannya kepada semua yang berada dalam lingkungan satu meter darinya. Izara mengatakan sesuatu kepada mereka, yang akhirnya membuatkan mereka bubar lalu terdedahkan Yamaha GT50 beserta tuannya, Amar Nael. Dihakimi dari reaksi para gadis itu, jelas mereka tak suka dengan apa saja yang baru dikatakan oleh Izara.

Apabila Izara menyarungkan topi keledar kuning yang dihulur Nael ke kepala, rata-rata gadis di situ terkejut berat. Terbitlah bisikan di antara mereka, mempersoalkan status hubungan Nael dan Izara. Lalu tatkala Izara memegang kedua bahu Nael untuk membantunya naik ke tempat duduk penumpang di belakang Nael, mereka bertambah 'panas'. Sampaikan ada yang mengipas wajah. Oh, dramatiknya!

"Tak rasa pelik ke?" Janice tiba-tiba bersuara. "Sebelum ni, tak kisahlah berapa ramai terkejarkan si Nael tu, tak kisahlah macam mana dia selalu melayan, tetap kau seorang je yang pernah jadi penumpang motor kesayangan dia. Tapi sekarang, dah ada passenger princess baharu."

Motosikal yang dinaiki pasangan kekasih itu meluncur laju meninggalkan perkarangan bangunan-bangunan fakulti di tengah kampus. Sephia akhirnya tertunduk dan tersenyum kelat.

"Apa yang nak dipelikkan?" Dia mendongak dan menatap Janice. "That seat was never reserved only for me."

Janice membuka mulut, mahu mengatakan sesuatu tetapi bila difikir semula, lebih baik dia berdiam diri saja. Takut jika disuarakan juga, tali persahabatan akan putus begitu saja. Tapi alangkah baiknya kalau Sephia lebih peka tentang perasaannya...








"SEPHIA JANE."

            "Hah?"

            Amar Nusayr menatap penumpang keretanya yang sedang terkebil-kebil ke arahnya. Kedua wajah mereka disinari lampu isyarat yang masih merah dengan sisa waktu 90 saat sebelum bertukar hijau. Panik menyerang Sephia tatkala jejaka yang masih dalam pakaian bekerjanya itu menatapnya selama lampu isyarat kekal merah. Hasilnya, wajahnya juga merah padam seperti lampu di hadapan mereka.

            "You're oddly quiet tonight." Komen Nusayr, kembali menalakan pandangannya ke jalan raya di hadapan dengan kedua tangan di atas stereng kereta. "Did something bad happened in class?"

            Sephia memaksa senyum. Kepala dia geleng, dan Nusayr menangkap jawapannya dari hujung mata. Tiada apa-apa yang buruk berlaku ketika sesi kuliah dijalankan dan rasanya... juga tiada apa-apa yang buruk setelah sesi kuliah tamat dan dia terpaksa menunggu kedatangan Nusayr di gelanggang petanque. Ya, semuanya baik-baik saja hari itu.

            "Cuma penat sikit." Luah Sephia dan ianya bukanlah seratus peratus tidak benar. "Macam biasalah. Struggle sikit nak keep up dengan kawan-kawan yang lain." Sephia tertawa kelat.

            Nusayr menghela nafas. "Kenapa awak ambil Environmental Science?"

            "Sebab..." Sephia meneguk liur. "Sebab saya suka alam sekitar dan... saya rasa kita sebagai khalifah di bumi patut jaga alam sekitar sebaik-baiknya?" Sephia menggigit bibir setelah menyatakan jawapannya.

            Nusayr tersenyum kecil mendengar jawapan gadis itu. Sephia menghembus nafas lega yang dibisukan melihat reaksi Nusayr. Baguslah kalau Nusayr tak mengesyaki apa-apa kerana dia tak tahu bagaimana lagi untuk menyelindungi alasan sebenarnya menceburi bidang itu; agar lebih mudah untuknya mendekati Nusayr.

            Sebenarnya, di dalam kenderaan empat roda di tengah-tengah kesibukan pekerja 9-ke-5 pulang ke rumah itu, bukan hanya Sephia seorang dengan kata hati yang terpaksa dirahsiakan. Jejaka di sebelahnya juga sama; terpaksa merahsiakan kata hati atas dasar mahu menjaga hati yang lain. Mereka saling menyimpan rahsia masing-masing dan tak pernah jeda sejenak dan berfikir; menyimpan rahsia selamanya akan menjaga hati atau mematahkan hati?

            Andai saja di antara dua hati ada satu yang berani berkata jujur.

*****
selamat berpuasa 🤍

OVERRATEDWhere stories live. Discover now