BAB 21

37 10 5
                                    

SALAM diberi tetapi tak mendapat sahutan dari dalam rumah yang lamannya diterangi lampu taman yang mula malap mentolnya. Salam kedua diberi dan kali itu, dua pintu utama rumah dikuak dari dalam; salam dijawab serentak dengan munculnya seorang pemuda 22 tahun yang mengenakan sut merah dengan kolar berdikit berbingkai emas. Sepasang seluar hitam dipadankan dengan sutnya, dan kasut kulit hitam bersih.

            Sephia terkebil-kebil melihat penampilan jejaka itu. Sedikit lain daripada hari-hari biasanya di mana dia gemar mengenakan jaket kulit dengan urna-urna bumi. Bila dia mengenakan warna membara seperti malam itu, semestinya Sephia terkejut. Sedikit kagum juga. Ternyata, Amar Nael juga masih kelihatan kemas dan kacak meski dalam warna menyerlah seperti itu. Tetapi semestinya sebagai seorang sahabat, Sephia tak mahu memujinya.

            "Wah, kemain merah lagi! Merah menyala sampai ke sempadan Malaysia-Thailand!" Komen Sephia, ketawa mengekek.

            Nael menjelingnya. Geram. Sekali-sekala puji, apa salahnya? Apabila pandangan jatuh ke gaun putih yang dikenakan Sephia, perasaan geram dan jengkel itu hilang begitu saja. Menyedari gaun yang Sephia kenakan itu, gaun yang dia pilih.

            "Cantik gaun. Mesti yang tolong pilihkan tu handsome, cool dan bergayakan?"

            Hujung bibir atas Sephia menjongket. Bukan tersenyum; tetapi meluat. Nael dan pujian melambung-lambung buat diri memang berpisah tiada. Stok pujian untuk diri sendiri dia memang takkan habis kecuali dunia sudah kiamat.

            "Kau seorang je ke?" Tanya Sephia, tiba-tiba teringatkan tujuan sebenarnya ke rumah Nael.

            Nael mengangguk selamba. Dulu, setiap kali Sephia datang ke rumah, memang soalan itu akan keluar dari mulutnya. Setelah masa berlalu, Nael sudah terbiasa dan tidak lagi bertanya mengapa Sephia ingin tahu.

            "Oh." Sephia sedikit tertunduk.

            Alis yang terjongket tiba-tiba berkerut. Meski itu soalan yang selalu Sephia aju, tak pernah pula gadis itu bereaksi demikian bila tahu jawapannya; yang Nael bersendirian di rumah kerana abangnya, Amar Nusayr masih lagi di pejabat.

            "Kau ada nak ambil apa-apa barang lagi ke?" Tanya Sephia.

            "Tak ada."

            "Hadiah untuk Izara mana? Takkan kau nak datang dengan tangan kosong." Komen Sephia.

            "Adalah. Aku tinggal dalam kereta." Serentak dengan itu, lampu Volkswagen Golf GTI milik Nael berkerdip; tanda kunci sudah dibuka dan kunci kereta dilontar ke udara, mendarat selamat dalam tapak tangan Sephia. "Masuklah dulu. Aku nak tukar kasut kejap."

            "Oh. Okay."

            Nael masuk semula ke dalam dan Sephia menoleh ke kereta berjenama Volkswagen itu. Senyum herot terlakar di bibir. Hm... apa agaknya hadiah Nael buat Izara?

            Dia membuka pintu tempat bahagian pemandu. Bukannya terus menghidupkan enjin kereta untuk dipanaskan sementara Nael masih di dalam, dia malahan memanjangkan tangannya, menggapai kotak hadiah di tempat duduk bahagian belakang. Baru saja memasang niat mahu membuka dan melihat isinya, kotak hadiah itu malah diikat rapi dengan riben pula.

            "Kenapa nak ikat bagai? Tampal riben cukuplah."

            Tiba-tiba, kedengaran pintu rumah ditutup rapat. Sephia cepat-cepat meletakkan semula kotak tadi ke tempatnya dan menghidupkan enjin. Mujurlah Nael tak mengesyaki apa-apa.









"KAU TAK SALAH TEMA KE?" Sephia menjongket dan berbisik ke telinga Nael.

            Nael mahu menjawab dia yakin dia tak tersalah tema tetapi setelah melihat tetamu lelaki undangan Izara yang memakai serba putih, yakin itu hilang. Dia ibarat noda semerah darah di tengah-tengah laut yang seputih susu. Memanglah dia sukakan perhatian orang ramai—tapi tak begitu juga. Tak menjawab, pertanyaan Sephia, Nael pun mengeluarkan telefonnya dan mencari pesanan ringkas daripada Izara semalam.

Izara: Hi, dah tidur ke?

Izara: Tadi lupa nak bagitahu. For men, the theme is red only. Sorry for the short notice.

            Jadi betullah Izara ada menghubunginya semalam tentang tema parti harijadi itu. Dia tak berhalusinasi. Sephia cuba untuk melihat apa yang sedang Nael lihat di skrin telefonnya. Alih-alih, bisikan tetamu yang lalu-lalang seraya melirik Nael mengalihkan perhatiannya.

            "Izara nak buat apa-apa pengumuman istimewa ke malam ni?"

            "Nael dengan Izara together ke?"

            Sephia mendongak dan menatap Nael. Jejaka bersut merah itu membalas pandangannya tetapi bahkan dia sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku. Bagaimana untuk dia memberitahu Sephia?

            "Nael!"

            Sephia dan Nael serentak menoleh. Perlahan-lahan, tetamu yang berkumpul mula berpisah, terbelah mencipta laluan buat seorang gadis yang bergaun semerah epal mengatur langkah ke arah mereka. Menyedari orang ramai semakin lama, semakin menjauh daripada gadis bergaun merah dan Nael, Sephia juga melakukan yang sama meski masih dilanda keliru.

            "Hai." Izara menyapa Nael; hanya Nael.

            "Hai." Balas Nael dengan riak keliru. "Sorry but I think I got the wrong theme—"

            "No." Cantas Izara, tertawa gemuruh. "Actually... I memang nak you pakai tema merah so that... kita berdua matched." Sambungnya, menggigit bibir.

            "Tapi kenapa? Kenapa kita berdua je yang kena pakai warna merah?"

            "Well... sebab pertama, memandangkan hari ni harijadi I so I want this to be my birthday gift from you."

            "But I did brought you a gift? Tapi I dah letak kat atas meja—" Nael menoleh ke belakang, mencari meja tempat kotak-kotak hadiah diletakkan.

            "I know and thank you for the gift." Sekali lagi, Izara mencantasnya, memenangi semula perhatian penuhnya. "Sebab kedua—sebab I suka you."

            Nael terdiam.

            "I tahu you tak ada rasa yang sama dengan I, tapi tak bermaksud kita tak boleh kenal satu sama lain dengan lebih dalam, kan? Bila dah kenal nanti, tak mustahil untuk you mula suka kat I, kan?"

            "Say yes!"

            Nael menoleh ke arah empunya suara yang mendesaknya itu. Kelihatan Sephia sedang memandang dia dan Izara bersilih ganti seraya bertepuk tangan. Tak lama kemudian, seluruh kamar mula bertepuk tangan; menggesanya untuk bersetuju saja.

            "I'll take your silence as a 'yes'?" Izara bersuara dan seluruh kamar hening.

            Nael menatap Sephia buat sesaat lebih lama. Mengamati betapa terujanya wajah gadis itu. Sesenang itu untuk dia menyerahkan tangan sahabat baiknya dari kecil kepada gadis lain untuk dijaga. Kalau itu yang Sephia inginkan...

            "Hm." Nael memandang gadis bertudung merah di hadapannya dan mengangguk.

            Begitu saja, malam itu, ada dua hal yang mereka raikan; lahirnya seseorang dan bakal lahirnya cinta di antara dua orang.

*****
imagine cinta diterima sebab peer pressure hmmmmmmmm

OVERRATEDWhere stories live. Discover now