BAB 34

47 10 0
                                    

DERUMAN enjin Yamaha GT50 bercampur dengan sahutan cengkerik. Cahaya motosikal redam kerana berhenti di bawah lampu jalan yang berpendar. Di sebalik topi keledar yang tersarung di kepala dan cermin hitam yang menyembunyi mata, ada yang sedang merenung ke arah laman rumah yang tak berpagar. Di mana ada seorang lelaki dan gadis berjalan bahu ke bahu, menuju ke bahu jalan.

Mereka saling tertawa lepas, dan terlintas dalam fikiran Nael, itu pertama kali dia melihat abangnya, Nusayr tersenyum lebar begitu. Siapa sangka, alasan untuk segala 'pertama kali' buat Nusayr ialah Sephia Jane, kawan dari kecil Nael yang jaraknya hanya beberapa puluh meter dari rumah mereka. Selama 20 tahun, Nael yang ada dengan Sephia tetapi menginjak 20an, Sephia malah hanya mencipta alasan senyum untuk Nusayr, bukan Nael.

Walaupun bukan tempatnya untuk mengatur soal hati dan perasaan Sephia, walaupun mungkin bukan dalam niat Sephia untuk mengabaikan persahabatan mereka, walaupun dia sendiri belum pasti mengapa dia kesal berlebihan saat ini, dia... merasa dikhianati. Dia merasa seolah-olah dua sosok yang membesar bersamanya itu sedang mengkhianatinya dengan perasaan saling suka mereka.

"Thank you for tonight." Kedengaran Amar Nusayr berkata kepada gadis berambut keriting halus di hadapannya itu. "And goodluck juga untuk final exam nanti."

Sephia mengangguk seraya tersenyu malu. Mereka saling bertatapan dengan rima degupan jantung yang sama. Kencang, sampaikan Nael yang berada beberapa meter jauhnya dari mereka dapat mendengar.

"Thank you for these past few months sebab sabar ajar saya. Saya tahu saya lembab sikit, lambat nak faham."

"Eh—"

"It's okay." Cantas Sephia. "Sebab saya mengaku sendiri, jadi awak kenalah terima."

Menyesal; hanya itu kata yang dapat menjelaskan perasaan jejaka di atas motosikal Yamaha GT50 itu. Dia menyesal kerana memperkenalkan Sephia kepada Nusayr, kerana meminta Nusayr untuk memberi tunjuk ajar kepada Sephia memandangkan mereka dalam bidang yang sama. Perhitungannya menguntungkan Sephia, tetapi merugikannya yang masih tak faham perasaan sendiri.

"Selamat malam Sephia Jane."

"Selamat malam Amar Nusayr."

Barangkali, sudah sampai masanya untuk dia sama mengucapkan selamat malam tetapi bukan kepada bakal pasangan kekasih di hadapannya; tetapi kepada apa saja kenangan yang tersisa di antara dia Sephia kerana mulai saat itu, semuanya akan diganti satu-persatu dengan memori baharu. Dia tak lagi termasuk dalam koleksi memori termanis dalam hidup Sephia. Nusayr sudah mengambil tempatnya.

Dia bukan lagi siapa-siapa dalam hidup Sephia.

Tiba-tiba, telefonnya berdering nyaring. Butang jawab ditekan. Alat pendengar yang memang disumbat ke telinga lantas memainkan suara pemanggil yang membunyikan telefonnya malam-malam begitu.

"You sibuk ke?" Siapa lagi kalau bukan Izara?

"Baru je sampai rumah." Balas Nael, tidak menjawab soalan.

"Oh." Izara menjeda sejenak. "Okay. Saja je telefon. Sebab rindu nak dengar suara you. Tadi pun tak dapat nak sembang lama sebab atas motor." Dari nada suaranya saja jelas dia sedang memuncungkan bibirnya.

Nael merenung Sephia dan Nusayr yang masih berbalas lambaian meski semakin jauh terpisah. Ucapan selamat malam itu seperti tiada penghujungnya.

"Hari Jumaat you tak ada test, kan?" Tanya Nael.

"Ha'ah."

"Then get ready early. I'll pick you up at 10." Dia menatap wajah Sephia yang mengetap bibir, menahan senyum daripada kian memekar. "Let's go somewhere nice."

Balas dendam? Mungkin.



NUSAYR melabuhkan punggung pada katilnya. Jarum jam sudah menuding ke pukul lapan. Isyak mula menua. Tiba-tiba, memori beberapa minit yang lalu menerpa ke dalam fikiran; teringat gadis berambut keriting halus yang duduk bersamanya di tangga rumah. Tawa kecil terlepas dari mulut, tetapi bahkan diri sendiri tak merasa aneh atau bertanya atas dasar apa dia sedang tertawa gembira.

Alih-alih, tubuhnya dihenyakkan ke tilam dengan kakinya yang lanjar masih menyentuh lantai. Lengan disandarkan pada dahi. Mata pula menatap siling tanpa kipas angin. Bilik tidurnya sudah malap, hanya diterangi lampu tidur di atas meja bersebelahan katil. Ada candelier di pertengahan siling biliknya, cuma jarang-jarang dinyala kecuali dia perlu mencari sesuatu. Lain-lain masa, dibiarkan tak menyala. Lebih gemar bilik yang kelam dan tak menyilaukan mata.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Tangan menggeledah poket celana tetapi keadaannya yang sedang berbaring menyukarkan kerjanya. Terpaksalah dia bangun semula dari terus berbaring untuk melihat nama pemanggil. Hanya satu kosakata tertulis sebagai nama pemanggil; "Mama". Riangnya sirna begitu saja. Digantikan pula dengan keluhan berat. Lambat-lambat, dia menjawab panggilan dengan salam.

"Kat rumah." Jawabnya bila ditanya.

"Adik mana? Mama call tak jawab pun."

Serentak dengan pertanyaan Puan Anya di hujung talian, kedengaran bunyi garaj dibuka. Ngauman motosikal klasik Nael juga membelah keheningan malam di luar.

"Baru balik dari kelas kut." Jawab Nusayr lagi.

"Macam mana dengan persiapan Abang nak pergi South Africa? Study visa semua dah urus?"

"Dah. Dah dapat dah pun."

"Abang pasti ke nak sambung belajar kat sana? Mama bukanlah apa. Universiti kat Malaysia ni pun banyak je yang setaraf dengan—"

"Abang tak nak selesa sangat." Cantasnya. "Jauh perjalanan, luas pemandangan, kan? Kalau selesa sangat, macam mana nak majukan diri?" Sambungnya, teguh dengan pendiriannya sejak hari pertama.

Tetapi sejujurnya... kata-kata itu bukan untuk meyakinkan sosok ibu—tetapi untuk meyakinkan diri sendiri. Terus-terang, pendiriannya sudah lama goyah. Seolah-olah hati sudah menemui rumah yang sebenar-benarnya di Malaysia. Jadi hati takut akan rindu rumahnya bila terpisahkan lautan nanti.

"Apa kata kalau kita buat family dinner? Dah lama kita tak duduk semeja; me, you, papa and Nael. Nanti mama book—"

"Ma," Nael tak memberi peluang untuk wanita itu menghabiskan cadangannya. "Why are you still trying to fix what's already broken beyond repair?"

Puan Anya tergamam.

"Stop it. It makes you look so pathetic." Nadanya mendatar tanpa emosi. Begitu juga dengan wajahnya. Nusayr yang tadi tersenyum dan tertawa lepas bila dengan Sephia Jane kembali ke lumrahnya, pendiam dan sukar didekati.

"Abang penatlah. Abang tidur dulu. Mama pun tidurlah." Dia meminta diri. "Assalamualaikum."

Sahutan salamnya sayup-sayup kedengaran di hujung talian. Sepertinya Puan Anya terasa hati lagi dengan putera sulungnya itu. Walaupun dia yang membesarkan Amar Nusayr dan Amar Nael, tetap saja terkadang dia masih tergamam dengan kata-kata mereka. Walhal dia sudah lama menghafal perwatakan mereka yang berantonim itu.

Nusayr merebahkan semula badannya ke katil yang sedikit keras kerana springnya yang tebal. Kali itu, lengannya tak bersandar di dahi tetapi di mata. Menutup penglihatannya sepenuhnya. Lalu kelihatan dadanya memuncak naik ke atas; menghela nafas berat. 

*****

hello! sorry sebab ambil masa hampir sebulan nak update bab baru. i wish i can write all the time tapi itulah. born to write but forced to be a student packed with assignments and tests :(

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: May 13 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

OVERRATEDNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ