BAB 11

39 10 0
                                    

DERUMAN perlahan enjin kereta membuatkan Sephia menoleh ke belakang, ke jendela biliknya yang dikuak luas dengan pemandangan langit senja terbentang di depan mata. Tanpa dia sendiri sedari, kaki berlari membawa tubuhnya menghampiri rangka jendela itu. Menjenguk ke luar; ke laman rumah jiran mereka yang terletak hanya beberapa meter daripada kediaman keluarganya.

            Sebuah Maxda CX-5 berhenti di garaj rumah yang kebelakangan itu gelap-gelita saja. Sephia mengerutkan dahinya. Lama juga kereta dibiarkan di situ dengan enjin masih panas. Pemandunya seolah-olah langsung tak terfikir untuk meninggalkan perut kereta.

            Lalu seakan-akan mendengar isyarat daripada gadis berambut keriting yang sedang menjenguk dari dalam biliknya, pintu tempat duduk pemandu dibuka. Seorang jejaka berambut coklat gelap dan mengenakan kemeja putih berkolar dipadankan dengan baju panas kelabu melangkah keluar. Anehnya, dia tak menutup enjin kereta. Belum sempat Sephia tertanya mengapa, persoalan itu terjawab dengan sendirinya.

           Cermin tingkap kereta bahagian tempat duduk penumpang bahagian hadapan perlahan-lahan diturunkan. Seorang gadis dengan rambut ikal mayang mencecah bahunya bersandar nyaman seraya pandangan dilontar ke luar, mengamati rekaan laman rumah jejaka empunya kereta yang dia naiki itu. Sephia kaku lama di situ.

            Siapa gadis yang mengenakan baju serona dengan Amar Nusayr itu? Mengapa dia bersama Nusayr? Ada apa di antara mereka sampaikan Nusayr membawanya pulang ke rumah meski tak masuk ke dalam? Akankah dia masuk ke dalam kemudian? Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

            "Phia!"

            Sephia menoleh ke pintu kamar tidurnya yang terkuak sedikit kerana tak mahu dia terlepas panggilan untuk makan malam bersama daripada mamanya. Meski terasa seolah perhatiannya teralih untuk beberapa saat saja, tatkala dia kembali melihat ke laman rumah jirannya, kereta silver tadi sudah tak lagi kelihatan. Hilang bersama pemandu dan gadis jelita penumpangnya. Sephia menghembus keluhan kecil.









"PAPA,"

            Perbualan suami isteri itu terhenti seketika. Pandangan mereka serentak tertala ke anak gadis mereka, Sephia Jane yang sejak tadi diam seribu bahasa. Sebelum itu, sempat juga mereka bertukar pandangan dengan alis terjongket; bertanya kepada satu sama lain, ada apa dengan puteri mereka malam itu? Diam memanjang walhal kebiasaannya, ada saja cerita sehariannya yang menghiburkan mereka.

            "Boleh tak kalau Phia nak minta duit lebih sikit untuk elaun bulan depan?" Soalnya, kutleri di tangan diletakkan ke atas pinggannya yang tak disentuh.

            "Duit lebih?" Puan Michie memandang suaminya dengan mata membulat. "Kenapa? Phia nak belanja kawan-kawan makan ke?"

            "Phia—"

            "Mama rasa bagus juga idea tu. Kawan-kawan Phia dah banyak tolong Phia. Sekali-sekala belanja diorang makan, apa salahnya?" Sambung Puan Michie. "Bila Phia nak ajak—"

            "Phia nak beli makeup." Potongnya.

            "M-Makeup?" Sekali lagi, suami isteri itu saling berpandangan. Lambat-lambat, Puan Michie mengukir senyum. "I guess our daughter is a woman now!" Dia bertepuk tangan, gembira.

            Sementara itu, suaminya, Encik Sopian tak putus daripada menatap raut wajah puterinya yang masih muram meski keinginannya diraikan. Hatinya berbisik, ada sesuatu yang tak kena. Dia tak kisah untuk memberi elaun lebih meskipun untuk alat solekan sekalipun dan andai benar anak gadisnya sudah mula berminat untuk menjaga penampilannya, dia gembira buat Sephia. Tetapi...

OVERRATEDWhere stories live. Discover now