BAB 28

73 11 8
                                    

BELAKANG disandar pada kaunter informasi dengan sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar, sementara sebelah lagi memegang jaket denim gelapnya. Suhu di dalam bangunan itu cenderung dingin. Lebih-lebih lagi di malam hari. Jadi setiap kali berangkat pergi ke tempat kerja, dia memandang akan menyediakan jaket untuk menghangatkan tubuh.

            Mata menjenguk ke lorong menuju ke bilik air wanita. Sephia masih belum kelihatan. Dia pun tunduk memerhatikan kaki jenjangnya yang diunjur. Alih-alih, telefonnya yang disimpan di dalam poket seluar bergetar dan tangannya turut sama bergetar. Tak berlengah, dia terus menekan butang jawab dan membawa telefonnya ke telinga.

            "Eh, kau ni pekak ke buta? Ke buat-buat tak nampak, tak perasan?"

            Nusayr menjongket kedua alis. Telefon dijarakkan dari telinga. Melihat nama yang tertera di skrin. Ah, Amar Nael!

            "Kau tahu tak hari ni hari apa?"

            Nusayr menilik jam tangannya. "Khamis."

            "Haa, lepas tu? Sampah kat rumah ni siapa nak buang? Nak tunggu dia jalan sendiri ke luar rumah?"

            Nusayr menjarakkan lagi telefon dari telinga. Jaket denimnya kini digantung di lengan dan tangan yang lapang naik menggaru cuping telinga.

            "Ya, Abang tahu hari ni turn abang buang sampah." Keluhnya. "Nanti Abang balik, Abang buanglah."

            "Ah, tak ada, tak ada! Aku tak kisah. Aku nak kau balik sekarang juga, buang sampah!"

            "Sorry lama sangat kat dalam toilet." Suara wanita mencelah.

            Nusayr menoleh ke kanannya dan gadis yang dia tunggu sudah kembali. Sephia yang baru menyedari Nusayr sedang membuat panggilan dengan seseorang terus menekup mulut. Kepala diangguk, memohon maaf kerana mencelah.

            "Phia?" Kedengaran suara Nael berteka-teki di hujung talian.

            Nusayr membalas permohonan maaf Sephia dengan senyuman separa halimunannya. Lalu dia berpaling dari gadis itu dan kembali ke pemanggil di hujung talian.

            "Sorry, tapi Abang ada dinner date. Adik sabar ya. Nanti Abang balik, Abang buang sampah." Bisik Nusayr, menekankan setiap kata. Telefon dibawa rapat ke mulut dan sebelum menekan butang tamat panggilan, "Janji. Bye Adik..."

            Tut... tut... tut... Begitu saja, panggilan ditamatkan. Sebelum sempat Nael mendail semula nombor telefon abangnya, Nusayr terlebih dahulu mengaktifkan mod penerbangan. Bibir diketap. Menahan tawa sambil membayangkan reaksi Nael setelah mengetahui abangnya dan Sephia keluar makan malam berdua.

            "Sorry kalau saya mencelah tadi. Tak perasan pula awak tengah on call dengan someone..." Sephia tertunduk, mulalah membayangkan seribu satu gadis jelita yang berkemungkinan berbual dengan Nusayr di telefon tadi.

            "Tak apa. It's just Nael."

            "Nael? Kenapa? Nael okay?"

            Nusayr mengamati riak risau di wajah gadis berambut keriting itu. Bukankah jelas dari nada suaranya bahawa panggilan telefon tadi bukan tentang perihal tak menyenangkan? Mengapa Sephia bereaksi negatif seperti itu? Kepuasan hati Nusayr terus padam. Gigi diketap kuat. Telefon yang berada dalam mod penerbangan diseluk masuk ke dalam poket jaketnya.

            "Nael okay." Jawabnya ringkas. "Lapar ke? Apa kata kita pergi makan malam dulu sebelum saya hantar awak balik?"

            "Er... tapi takut menyusahkan—"

OVERRATEDWhere stories live. Discover now