BAB 31

36 7 0
                                    

PUSINGAN empat roda Mazda CX-5 semakin perlahan bila mendekati rumah bercirikan mediterranian. Meski kawasan perumahan elit, rumah yang satu itu tampil berbeza dari rumah yang lain, menampilkan keunikan seni bina yang kaya dengan unsur-unsur seperti teras-teras yang luas dengan tiang-tiang besar, pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar dengan corak ukiran yang halus, serta atap berbentuk melengkung.

Kombinasi urna-urna lembut seperti putih, krim, dan biru cerah memberikan kesan sejuk dan damai kepada pandangan mata sesiapa saja yang melihatnya. Di sekitar rumah pula, ada pohon-pohon cemara dan kelapa memberikan teduhan dan suasana yang sejuk di tengah teriknya cuaca. Batu-batu besar yang tersusun rapi di sekeliling taman menambahkan lagi keunikan kepada landskap rumah itu.

Kereta yang dipandu oleh jejaka berkaca mata akhirnya berhenti di hadapan laluan menuju ke pintu utama rumah. Gadis berkemeja kuning dengan corak zigzag merah menanggalkan tali pinggang keledar yang memeluk tubuhnya. Dengan kepala tertunduk malu, dia memalingkan badannya menghadap jejaka yang menghantarnya pulang.

"Thank you for today." Ucap Sephia kepada Amar Nusayr.

Sama seperti hari-hari sebelumnya mereka keluar berdua untuk kelas tambahan, Sephia mengucapkan ayat itu tanda berterima kasih kepada Nusayr sebelum berpergian. Sama seperti hari-hari sebelumnya juga, Nusayr tak membalas ucapannya. Lalu sama seperti hari-hari sebelumnya juga, Sephia meninggalkan perut kereta dengan hati yang berat kerana setiap kali mereka bersama, waktu bergerak begitu pantas. Tak pernah merasa cukup menatap jejaka itu.

Langkah yang berat dan longlai diatur menuju ke pintu utama kediaman keluarganya. Tak sedar yang jejaka di dalam perut kereta sudah menurunkan cermin keretanya, dia mengeluh panjang. Mengutuki hari kerana menghampiri penghujungnya. Meletakkan koma pada pertemuan mereka.

"Sephia."

Langkah Sephia terhenti. Betulkah apa yang dia dengar? Itu... suara Nusayr, kan?

"Sephia Jane."

Sephia menoleh ke belakang. Kedua matanya terbeliak besar. Betullah. Nusayr memanggilnya.

"Y-Ya?"

Nusayr membuka mulut, tetapi teragak-agak untuk berbicara. Di bawah malapnya lampu jalan, halkumnya samar-samar kelihatan naik lalu turun semula. Gemuruh.

"I just want to tell you that hari ni, hari terakhir saya tutor awak."

Gadis itu tergamam. Seperti helai-helai daun yang berguguran di musim gugur, perasaannya layu dan terhempas oleh angin kepergian yang tak terelakkan. Setiap langkah menuju kepergian cinta pertamanya terasa seperti getaran yang menusuk hatinya. Bagai titisan hujan yang terus mengalir, tak henti-hentinya merintih dan merenung kehilangan yang akan datang. Terperangkap dalam labirin di mana setiap lorong hanya mengingatkannya pada kenangan manis yang sebentar lagi akan menjadi kenangan semata-mata.

"Saya nak sambung Master Degree." Sambungnya tanpa ditanya.

"Kat mana?"

"South Africa."

"South Africa?" ulang Sephia, matanya terbeliak dengan kejutan. Sebuah destinasi yang begitu jauh, 8732 kilometer jauhnya. "Bila? Esok?" dia bertanya dengan nada campur aduk antara kehairanan dan kehairanan.

Nusayr tersenyum kelat. "Lepas final exam awak. Lagi 2 minggu macam tu," jawabnya dengan tenang, tetapi hatinya berdebar-debar dengan perasaan yang campur aduk.

            Cumanya, Sephia tak tahu akan perasaan Nusayr yang sebenarnya. Bahkan reaksi wajah jejaka itu juga tak jelas kelihatan di bawah langit malam itu. Dua minggu bersisa itu ternyata bukan hanya membebankan satu hati, tetapi dua.








EMPAT orang dipisahkan laluan di antara dua buah meja di dalam perpustakaan universiti. Sephia Jane dengan Janice, Amar Nael dengan Izara. Janji mahu mengulangkaji untuk peperiksaan akhir semester bersama. Alih-alih, sejak dua jam lalu, hanya dua orang daripada mereka yang tekun membelek nota. Sementara dua orang lagi, hanyut dalam fikiran sendiri. Mereka, Sephia dan Nael.

            "Phia, aku nak pergi toilet kejap. Sakit perut." Bisik Janice seraya menekan-nekan perutnya.

           Sephia mengangguk faham dan kembali ke lamunannya. Melihat Janice bangun dan meninggalkan meja, mata Nael membuntutinya. Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Lantas dia juga berbisik kepada Izara yang duduk di hadapannya, memberitahu gadis itu dia mahu ke bilik air sebentar. Izara tak mencurigai apa-apa dan anggukkan saja.

            Nael mempercepatkan langkahnya tetapi Janice sudah jauh di hadapan. Terlambat, pintu bilik air wanita sudah tertutup rapat. Jadilah dia meraup rambut sendiri dan mengeluh panjang. Belakang disandarkan pada dinding bersebelahan pintu bilik air wanita. Mujurlah tak terlalu lama; 10 minit kemudian, Janice meninggalkan bilik air sambil mengelap tangannya menggunakan tisu.

            "Janice," panggil Nael.

            Gadis bermata sepet itu merencatkan langkahnya. Kedua matanya membulat melihat Nael di situ. Sejujurnya, walaupun mereka berkongsi kenalan yang sama, dia dan Nael jarang sekali berbual berdua saja. Terkejut juga Nael mahu menegurnya bila hanya ada mereka berdua di situ. Tiba-tiba perutnya terasa senak lagi. Ini kalau Izara nampak mereka berduaan, mesti ada yang bertekak lidah lagi. Siapa saja yang tak kenal sifat cemburu buta Izara?

            "Phia... okay ke?" Tanya Nael.

           Janice terkebil-kebil. Tisu yang telah digumpal di tangan dia buang ke dalam tong sampah di sebelahnya.

            "Er... maksudnya?" Soal Janice kembali.

            "She seems... troubled by something. Macam tak boleh nak fokus buat revision. Dia ada masalah dengan mana-mana pensyarah lagi ke? Is it about her study?"

            "Oh!" Janice mengangguk faham. "Masalah dengan pensyarah tu, rasanya tak ada. Tapi tak boleh nak fokus tu... mungkin sebab abang kau kut." Janice menjongket bahu tak pasti.

            "Nusayr?"

            Janice mengangguk laju. "Dengar cerita, dia nak sambung belajar kat South Africa. Mestilah Phia sedih. Nusayr has always been her motivation to study. Lagipun, dia pilih Environmental Science sebab Nusayr juga."

            Sesal. Itu satu kata yang menggambarkan perasaan Nael saat itu. Kata orang, malu bertanya sesat jalan tetapi sudah bertanya, merasa sesal pula. Barangkali ada kalanya memang harus tinggal dalam bayang-bayang tanpa ada kepastian bila kepastian itu hanya akan melukai hati yang sedang cuba untuk sembuh.

            "Itu je ke nak tanya?"

            Nael lekas mengangguk. Janice terus meminta diri. Tak mahu dilihat berdua dengan Nael. Meski Izara rakan karibnya, dia sendiri takut dengan api cemburu Izara. Lalu tinggallah Nael bersendirian di laluan itu; dengan degupan jantung yang semakin perlahan menghampiri henti. Bahkan jantung tak ingin berdegup kerana mendengar yang bukan halwa telinga daripada orang lain. Apatah lagi jika mendengar empunya badan mengakuinya dengan lidah sendiri; yang dia ada rasa dengan lelaki lain.

            Berdikarinya; jatuh cinta tapi sendiri.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now