BAB 30

53 10 4
                                    

JAM tangan kulit sekuning telur ditilik. Mulutnya muncung. Izara dan Janice memintanya untuk menunggu mereka di sebuah kafe berhampiran perpustakaan kerana hari itu, mereka mahu mengulangkaji bersama. Janji 9 pagi, tapi sudah melonjak ke 9.30 pagi. Kedua-duanya masih belum kelihatan.

            Sephia menyedut habis minuman 'float' yang dia pesan. Cuaca hari itu agak menyengat. Tak sesuai untuk dia menikmati minuman panas. Kakinya yang tergantung di kerusi setinggi paras pinggangnya dia ayun ke depan dan belakang. Masih sendiri, menunggu rakan karibnya dalam kalangan siswa dan siswi yang sedang berbual rancak sesama mereka.

            Tiba-tiba, semua kepala di dalam kafe serentak menoleh ke luar. Sephia yang tertanya-tanya pun menoleh ke arah yang sama. Ternyata di luar, ada motosikal berkuasa tinggi Yamaha GT50, tetapi rasanya, bukan motosikal itu yang menarik perhatian mereka. Sebaliknya, perbalahan di antara penunggang motosikal itu dan penumpangnya. Mata Sephia membulat. Tak berfikir panjang, dia lekas bergegas ke luar dan menghampiri mereka.

            "Kenapa ni?" Tanya Sephia, panik.

            Izara menanggalkan topi keledar kuning yang dia kenakan lalu dikembalikan kepada Nael dengan kasar. Mujurlah Nael meletakkan sebelah kakinya ke jalan tar, kalau dia, sebab tolakan Izara itu boleh saja dia terjatuh dari motosikalnya.

            "If you can't choose me in a room full of girls who like you, then why didn't you just reject my confession in the first place, Nael?!" Bentak Izara, tak mempedulikan pertanyaan Sephia. "You ingat you siapa nak jadikan I pilihan kedua?!"

            Nael yang lebih separuh wajahnya masih berselindung di sebalik topi keledarnya membuka mulut. Alih-alih, matanya tertala ke Sephia dan bukan lagi Izara. Melihat gadis berambut keriting, dia teringatkan kata-kata Nusayr; bagaimana Sephia senang sekali bila Nael dan Izara akhirnya bersama. Hati tertusuk lagi. Nafas panjang dihela. Gigi diketap rapat.

            "I'll be busy today. Call your driver to send you home." Katanya dan dengan begitu saja, menunggang pergi motosikalnya tanpa mempedulikan Izara yang melaung namanya berkali-kali, agar jangan pergi dulu.

            Melihat Izara yang seperti orang histeris begitu, Sephia memberanikan diri untuk menghampirinya. Tangan diletakkan ke bahu Izara, membuatkan gadis bertudung coklat itu menoleh ke arahnya. Menyedari saja Sephia ada di situ, matanya terus berkaca.

            "Phia..." Rengeknya dan esakan pecah.

            Sephia yang belum mengatasi kejutan berat perbalahan mereka tadi, dia ndikejutkan lagi dengan Izara yang tiba-tiba membenamkan wajahnya di bahunya. Dengan kekok, tangan Sephia naik mengusap belakang gadis itu. Tak tahu bagaimana lagi untuk menenangkannya kerana dia sendiri tak tahu, punca gadis itu dan Nael bertikam lidah di hadapan orang ramai seperti itu.








MATAHARI di mula naik terpacak 90 darjah di atas kepala. Sephia kembali dari bilik air ke dalam bilik tidur di mana Izara masih melayan perasaannya sendiri. Dia meminta diri untuk membuat panggilan kepada Janice tadi, memaklumkannya tentang rancangan mereka untuk mengulangkaji bersama hari itu terpaksa ditangguh. Sephia tak memberi penjelasan lebih, dan meminta Janice untuk terus datang ke rumahnya kerana dia sudah membawa Izara pulang ke rumah. Janice pun akurkan saja.

            "Iz," Panggil Sephia, duduk di samping gadis itu di atas katil. "I nak turun bawah kejap. Nak ambilkan air untuk you and Janice. She'll be here in 10."

            Izara mengesat air mata di pipinya dan mengangguk. Baru saja Sephia bangun, Izara malah meraih tangannya. Memintanya untuk duduk semula.

OVERRATEDWhere stories live. Discover now