BAB 16

68 14 0
                                    

CON CAFÉ, sebuah kedai kopi yang sedang hangat diperkatakan di sebuah universiti berdekatan menjadi tempat persinggahan Sephia dan Janice setelah kelas di petang hari dibatalkan kerana pensyarah mereka terpaksa bergegas pulang ke rumah atas sebab peribadi. Tak sampai setengah jam kemudian, Izara memunculkan diri. Memandangkan kelasnya juga tamat awal, bolehlah dia ikut sekali.

Usai meletakkan barangan mereka ke sebuah meja bulat kosong di tengah-tengah kafe, Sephia bangun dan mengambil pesanan dua lagi gadis yang duduk bersamanya. Setelah mengulang kembali pesanan mereka agar tak tersilap, dia pun memalingkan tubuh menuju ke kaunter.

Sementara menunggu Sephia membuat pesanan, Janice meminjam sebuah kerusi dari meja sebelah lalu diletakkan di antara dia dan Izara. Barangan di atas meja dia pindahkan ke kerusi tak berpenghuni itu. Alih-alih, beg milik Sephia memuntahkan isinya. Kedua-dua mereka melatah tetapi tak lama sebelum kedua-duanya tunduk mengutip barang Sephia yang terjatuh.

"Eh?" Izara mengutip gambar seseorang yang diselit di antara mukasurat diari Sephia. "Lelaki ni, bukan ke dia..."

"Abang Nael?" Mata Janice membundar. Tangan lekas mengambil sekeping gambar itu dari tangan Izara. "Betullah! Ni Amar Nusayr, abang Nael!" Getusnya.

"Tapi kenapa Phia simpan gambar dia dalam diari?" Izara berfikir dalam.

"Pesanan Cik Gadis dah siap!" Umum Sephia, kembali dengan dulang resin berisi tiga cawan teh susu dengan ketulan boba. "Apa tu?" Soalnya, menyedari Janice dan Izara sedang menatap gambar seseorang.

"Er..."

Sephia meletakkan dulang ke atas meja dan mengambil sekeping gambar yang dikatakan Nusayr itu dari tangan Janice. Riak wajah Sephia serta-merta berubah. Dia sudah menatap gambar itu berjuta kali tetapi tetap saja kali itu, dia menatapnya selama yang mungkin tanpa berkerdip.

"Itu... Nusayr, abang Nael eh?" Izara membuka bicara.

Sephia menghela nafas dalam. Tangan dipanjangkan dan mengambil beg serta buku diarinya. Gambar diselitkan semula ke tempatnya dan disimpan ke dalam beg bersama buku diarinya sekali. Zip beg ditutup rapat. Izara dan Janice sudah mempersiapkan diri untuk menghalang Sephia daripada pergi tetapi alih-alih, Sephia malah melabuhkan punggung ke kerusi yang kosong.

"Hm. Betul." Akuinya. "Aku..." Sephia menjeda sejenak. "Aku suka Nusayr—abang Nael."

Janice dan Izara bungkam. Ekspresi kedua-duanya mendatar. Tak pernah terlintas dalam fikiran semudah itu Sephia menyatakan perasaannya. Melihat kedua-dua tak memberi sebarang reaksi, Sephia melanjutkan kata.

"Aku suka dia dah lama. Sejak aku umur 12 tahun lagi. Masa tu, dia baru habis SPM."

"Tapi—"

"Eh, t-tapi dia tak suka aku!" Nafi Sephia, dapat mengagak apa yang Izara mahu katakan.

Izara tersenyum kecil. Bukan itu yang dia mau ketengahkan. Ya, memanglah ada jurang usia yang besar di antara Sephia dan Nusayr tetapi sejujurnya, itu dulu. Kini mereka berdua sudah melonjak dewasa. Siapa saja yang mahu persoalkan andai cinta mekar di usia dewasa?

"Tapi, bukan ke you dengan Nael bersepupu? Maksudnya, Nusayr pun sepupu youlah?" Izara tetap meneruskan pertanyaannya.

"Oh." Tiba-tiba, sakit hati Sephia terhadap Amar Nael menjelma semula. Cerita yang dikarang Nael itu sering saja membuat masalah dalam hidupnya. Benci! "Mana ada. Kitorang berjiran tapi tak ada apa-apa pertalian darah pun. Nael memang dari dulu saja je reka cerita. Nak jadi penulis novel agaknya." Sambung Sephia, geram.

"Ohh." Izara dan Janice terangguk-angguk. "Tapi, kalau betullah korang tak bersepupu, I would think that you like Nael more than Nusayr."

"Maksud you?"

"Sebab you dengan Nael lebih rapat. Sebaya pula tu. Bukan ke sepatutnya it's easier for you to develop feelings for Nael? Lagipun, Nusayr nampak macam... dingin semacam je. Tak penat ke suka orang macam tu?"

Sephia tertawa kecil. "Taklah! Memanglah Nusayr tak seramah Nael, tapi dia okay je. Cuma mungkin... perlu masa untuk dia rapat dengan seseorang?" Sephia tersenyum sendirian teringat malam dia terserempak dengan jejaka itu di pameran motosikal klasik Nael. "Lagipun, aku tak suka lelaki macam Nael."

"Lelaki macam Nael?" Janice menjongket sebelah kening.

"Alah, yang peminat keliling pinggang, ramah dengan semua perempuan, yang tersangatlah overrated!"

"Hm..." Janice berfikir sejenak. "Valid! Perasaan kau memang valid!" Dia terangguk-angguk bersetuju, mengundang tawa Sephia dan Izara.

"Okay, now that we know you like Nusayr... aku dah lama nak cakap benda ni sebenarnya. Cuma takut kau rasa kekok, rasa tak selesa." Izara menyengih.

"Apa dia?" Tanya Sephia.

"I think you and Nusayr would make a cute couple. Betul tak Janice?"

"B-Betul, betul!" Janice terkejut bila Izara menariknya sekali untuk bersetuju.

"Iya ke?" Sephia menyengih, menggigit bibir. "Me and him? Ish, malulah!"

"Eleh, malu-malu kucing pula!" Janice mencuit lengan Sephia, mengundang lebih banyak tawa daripada meja di tengah-tengah Con Cafe. "Nanti kalau nak kahwin, jangan lupa jemput kitorang!"

Sephia menepuk perlahan lengan Janice. Sebenarnya, dengan hanya membayangkan dia dan Nusayr duduk bahu ke bahu di atas pelamin saja sudah cukup membuatkan hatinya menyanyi riang. Inilah yang dikatakan malu-malu, tapi mahu!

"Kahwin?" Suara garau mencelah perbualan mereka.

Janice dan Sephia menoleh ke arah yang sama. Figura tinggi berjaket kulit dengan kaca mata hitam terletak rapi di atas kepala kini berdiri di antara mereka berdua. Wajah riang Sephia bertukar gerun. Sejak bila Nael ada di situ?! Sejauh mana dia sudah mendengar perbualan mereka?!

"Siapa yang nak kahwin? Kau?" Nael tunduk, menatap gadis yang sudah meneguk liur. "Dengan siapa?" Ada keseriusan di nadanya.

"Adalah!" Balas Sephia, menjeling tajam lelaki itu. "Sibuk je nak tahu!"

Nael melopong. Betulkah Sephia baru saja membentaknya? Untuk seorang lelaki?!

"Eleh, baru suka! Belum tentu lagi lelaki tu nak dengan kau!" Balas Nael dengan nada yang sama seperti Sephia.

Tak berpuas hati, Sephia bingkas bangun. "Eh, kau—" Tak sempat menghabiskan kata, telefonnya berdering. "Nasib baik! Nasib baik ada orang call aku, tahu? Kalau tak, pakai gigi palsulah kau lepas ni!" Ugutnya seraya menekan butang jawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.

Nael menjelir lidahnya. Izara tertawa kecil, terhibur. Tiba-tiba, Sephia yang sedang menjawab panggilan itu mengejutkan mereka dengan—"HAH?!". Lantas ketiga-tiga mereka menoleh ke gadis berambut keriting itu.

"Hari ni saya kerja separuh hari je. Kalau awak free, bolehlah kita buat tutoring session hari ni. Awak kat mana?"

"S-Saya..." Sephia sempat lagi menjeling Nael yang sedang cuba untuk mencuri dengan perbualannya di telefon. "Saya okay je kalau nak buat hari ni tapi saya kat luar dengan kawan-kawan saya."

"Oh. Kat mana? Area kampus ke?"

"Haah. Kat Con Cafe, kafe depan kampus."

"Oh!" Jejaka itu seperti baru saja menyedari sesuatu. "Okay, I see the cafe."

"Hah?!"

"Con Cafe, kan?" Soalnya lagi. "Saya tunggu awak kat luar."

"A-Awak kat luar?!"

*****

Sorry sebab lama tak update! Life's been very busy these days. Hope korang suka these 2 chapters!

OVERRATEDWhere stories live. Discover now